Pada perjalanan kehidupan ini yang mengalirnya bagaikan arus di sungai. Beralih dari satu fasa ke fasa persis tahun-tahun yang menerjah.  Deras dan sejuknya menyengat tulang. Namun, saat dia mengalir deras mahupun lemah, ia tidak akan pernah terulang kan. Persis masa dan perjalanan yang sedang kita lewati hari ini. 

Tuhan rezekikan kita dengan beberapa anak tangga dalam perjalanan ini. Beralih dari satu tangga ke tangga yang lain. Tidak kira lah dari aspek karier, pendidikan, atau apa sahaja. Atau paling kurang, kata bijak pandai, ada suatu hal yang secara automatik beralih tanpa keterpaksaan iaitu umur. Berjalan, berlari, memanjat atau seumpanya pada setiap tangga bukan lah suatu hal yang terlalu rumit. 


Kau tahu apa yang menjadikan perjalanan menaiki tangga tadi pincang dan tidak keruan?





Sedang leka kau mendaki lalu tiba-tiba sahaja kau buntu, platform yang membentuk tangga kelam dari mata tanpa pamit. Hilang!!! Pada saat ini terjunam jatuh menjengah seluruh rasa. 


Kau tahu suatu hal yang membina platform tangga itu semula yang engkau sedaya habis berfikir untuk jawapannya?

Ianya adalah doa ibumu. 
Mengisi kelompongan tangga yang kelam tanpa permisi itu. 


Banyak pada momen kehidupan yang kita jalani, doa seorang ibu la yang menangkis segala banyak tribulasi. 



Ugamawan mengkhabarkan, andai tuhan angkat pergi ibu kita yang melenyapkan doa-doa mutiara yang amat kita dahagakan, maka obligasi kita kali ini adalah menyelitkan doa buat ibu kita sebelum meminta hajat kita. Tuhan mahu kita menyebut hal-hal cinta kita pada susuk mulia ini. 



“Siapa yang suka untuk dipanjangkan umur dan ditambahkan rizki, maka berbaktilah pada orang tua dan sambunglah tali silaturahmi (dengan kerabat).” (HR. Ahmad)



--------------------------------------------------------------




Sungguh indah kata-katamu wahai sahabatku, NHI nama gelarannya.


Itulah sedikit perkongsian daripada seorang sahabat Nur, yang sangat manis orangnya. Orangnya tak banyak cakap, tapi kalau sekali menulis, tinggi bahasanya. Cantik tutur katanya, secantik orangnya. Bercanggah sungguh dengan Nur. Cakap sesedap tekak aje. Yang penting apa yang nak disampaikan tu, orang boleh paham.

Kami kenal dah lama. Dari tadika lagi. Sampailah sekarang dah beranak satu. Kami jarang contact, jumpa apatah lagi. Tapi kami tak pernah lupa satu sama lain. Tatkala menaip ni, terimbau kenangan-kenangan lalu bersamnya. Zaman-zaman hingusan. Tapi itulah pengalaman, yang memberi pengajaran yang berguna untuk masa depan. I  miss u sahabat <3



***Oh ya, sebelum Nur mengundurkan diri, Nur nak cakap yang Nur yakin tak ramai masyarakat Malaysia yang tahu apa itu penyakit Guillain Barre Syndrome (GBS). Untuk pengetahuan semua, Nur adalah salah seorang GBS fighter yang 100% sudah pulih dari penyakit tersebut. Jemput baca pengalaman Nur menghidapi GBS yang tak mungkin Nur lupakan. Boleh tambah pengetahuan korang juga tau.

0 Comments