Resepi Biskut Baby Dengan Hanya Menggunakan 4 Bahan
Bayi sememangnya sangat gemar untuk mencuba pelbagai perkara
baru termasuklah ingin makan sendiri. Seawal usia 8 bulan, bayi yang tiada
masalah kesihatan sudah boelh menikmati pelbagai jenis snek dan ‘finger food’
yang lazat walaupun masih belum tumbuh gigi lagi.
Finger food bagus untuk bayi, dimana ia dapat mengasah
kemahiran motor halus mereka dengan memegang dan menggenggam makanan. Mereka bukan
sahaja dapat belajar tentang rasa dan tekstur makanan itu dengan menggunakan
deria rasa lidah sahaja, malah dapat belajar tentang tekstur makanan tersebut
melalui deria sentuhan (tangan).
Memandangkan biskut di pasaraya mengandungi kandungan gula
yang tinggi, dan yang organic pula harganya agak mahal, lebih baik kita buat
sendiri di rumah. Senang sangat.
MUDAH, SIHAT DAN TIADA GULA TAMBAHAN!
Oh, btw ini adalah resepi yang telah diolah sedikit. Sebelum ni Nur buat biskut baby menggunakan nisbah 3 cawan tepung gandum unbleached dan 2 sudu besar tepung jagung. Tapi end product dia, biskut tu tak berapa nak cair dimulut. Kesian pula baby. Dah la gigi belum banyak. Itupun kalau dah tumbuh gigi. Kalau belum, mengharapkan gusi ajelah. So Nur olah sikit supaya biskut tu senang sikit nak cair dalam mulut. Senang sikit baby nak makan.
Jom tengok resepi biskut baby dengan hanya menggunakan 4 bahan.
RESEPI BISKUT BAYI 4 BAHAN
BAHAN:
1 ketul unsalted butter
1 1/2 cawan unbleached flour atau tepung atta (Nur guna brand Faiza)
1 cawan tepung jagung
2 1/2 oz puree yang manis bagi berasa biskut tu
(Nur guna puree labu campur kurma)
CARA:
1. Pukul butter sampai kembang. Kemudian masukkan puree dan pukul lagi. Sekejap aje kasi rata semua bahan.
2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Nur kaup balik aje sampai bahan semua mesra dan tak lembik dan tak melekat di tangan. Kalau adunan masih melekat di tangan, boleh tambah tepung gandum sedikit demi sedikit.
3. Bentukkan ikut selera nak bentuk apa.
4. Bakar dalam oven suhu 180 'C selama 30 minit terlebih dahulu.
5. Kemudian buka oven untuk check biskut dah cukup masak ke belum. Senang je nak check. Cuba tolak biskut guna sudu, kalau bergerak maksudnya dah masak, kalau tak bergerak cuba tambah lagi 10 minit. Pastu ulang step yang sama untuk check biskut dah cukup masak ke belum.
Biskut ni pun boleh buat bubur tau. Kut ada yang terlupa atau tak sempat nak buatkan anak breakfast, tinggal tuang air suam dekat biskut ni aje. Lenyek-lenyek kan, nanti cair macam bubur. Nak lagi sedap boleh lenyek kan pisang sekali ke. Alaaaa, kita yang buat dia. Pandai-pandai lah kita olah, yedak?
Turn anak kedua, Raihah pula makan biskut air tangan ibu |
Pabila dua ketul Nurain bergabung makan biskut air tangan ibu |
Tapi yang geli hatinya, seumur hidup Nur, ni baru kali kedua Nur buat biskut, walaupun mudah je cara dia . Yelah biskut baby menggunakan 4 bahan je. Buat kek Nur suka tapi buat biskut ni, alahai kurang kerajinan sebab pada Nur buat biskut ni makan banyak masa. Nak adun, nak gentel bentukkan dia, nak bakar, nak check satu-satu biskut, nak susun dalam balang. Kalau buat kek pula, masa nak buat je renyah sikit. Pastu tinggal bakar aje. Aihhhhh, terbayang kek chiffon pandan kegemaran Nur & Mardhiyah.
By the way, saje lah nak bagi tahu, buat ibus kat luar sana yang nak tahu apa barang penjagaan bayi/anak yang Nur guna untuk anak Nur dua ketul @thenurais tu, jemput baca post Nur dekat bawah ni k. Mana tahu kita ni pengguna yang sama. Yeay sep sikit!
Senarai barang penjagaan bayi/anak yang best & awesome.
Senarai barang penjagaan bayi/anak yang best & awesome.
18 Comments
Umur berapa bulan ya boleh bagi biskut ni
ReplyDeleteNur buat kat anak bila dia dah 7 bulan nak masuk 8 bulan. Kene try dulu puan. Dan semasa anak makan, kena pantau takut tercekik
DeleteAwww comelnya mama buat biskut untuk bayi baru nak makan solid food ni. 5 tahun dulu, akak beli je dr mummy yang suka baking dan buat stok makanan bayi. Nur mungkin boleh start bisnes dengan menu ni. Nak skit biskut. Hehehe.
ReplyDeletecamni pun sedap ni. bukan budak2 orang dewasa yang ada diabetik pun macam sesuai je sebab tak ada gula
ReplyDeleteSenang dan tenang kan bila buat makanan untuk bayi sendiri kan. Boleh jaga kebersihan dan kita pun puas hati dengan diet anak kan
ReplyDeletebagsu2..nanti nak kongsi dengan anak buah suruh dia buat biskut ni untuk anak2nya ...nampak mudah jer ....tq share cara dan resepi
ReplyDeleteHehhehe fafa pon memang buat biskut homade je untuk anak. Sebab memang jaga salt n sugar. Nononoooo .. Tu sanggup buat sndiri.
ReplyDeleteRajin Mama bikin biskut haaa.. ni kalau buat bukan anak je makan, silap-silap Mak pun suka ni hehehehe
ReplyDeleteSenang jer rupanya buat biskut baby ya? Lebih terjamin bila buat sendiri. Comel jer anak-anak nya!
ReplyDeleteAwak, sesuai buat bisnes ni..
bagus anak2 makan biskut air tangan ibu ni. mesti anak2 membesar dengan kasih sayang dan jadi anak2 yang baik mendengar kata ibu.
ReplyDeleteBagusnya buat biskaut sendiri. Memang kalau pemakanan anak kene jaga. Suka baby dpr makan air tangan mak dia. Nampak sennag buatnya.
ReplyDeletememang tinggi tahap kerajinan dan ketabahan sis Nur buat biskut baby sebab cara nak buat tu renyah. Buat puree lagi senang daripada biskut ni. Tapi tengok diorang makan macam happy hehe
ReplyDeleteWah! This looks absolutely delicious! And i love how you shaped them into small, bite-sized pieces to make it easy for toddlers to eat them. Thanks for sharing the easy recipe and cant wait to make it :)
ReplyDeletenampak senang je nak buat. bookmark dulu lah boleh buat masa baby dh besar sikit nanti
ReplyDeleteOh wow bagus juga bake biskut baby sendiri coz kita boleh control the bahan and kandungan gula.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHi maaf nak tny..seketul butter tu yg 250g ye?
ReplyDeleteIya awak
Delete