Balm Tasneem Naturel Pilihan Terbaik Ibu Bapa Buat Penjagaan Diri Bayi Dan Anak Tersayang
Sebagai ibu bapa, kita mesti nak yang terbaik untuk anak kita kan? Baik dari segi penjagaan diri, kesihatan, pendidikan dan aspek-aspek yang lain.
Balm Tasneem Naturel antara barang keperluan yang mesti ada di rumah lagi-lagi bila kita ada anak. Sebab anak ni sangat tak terjangka apa yang akan jadi pada mereka. Masalah yang jadi pada anak ni boleh bagi masalah juga pada kita tau. Tak boleh biar, seboleh-bolehnya perlu diselesaikan dengan kadar yang segera.
Antara 5 masalah yang sering terjadi pada anak ialah:
- Demam, batuk berkahak dan selsema
- Masalah penghadaman, kembung perut, sembelit, cirit-birit dan gatsrik
- Susah tidur, kerap jaga malam, bangun tidur menangis tak ceria
- Anak meragam, tak tenang dan tantrum
- Masalah kulit, ruam, ekzema, kulit sensitif, kesan gigitan nyamuk
Syukur alhamdulillah, founder produk ni, Puan Haridah Sahri telah menghasilkan satu produk semulajadi yang sangat banyak membantu kita, kaum ibu terutamanya dalam urusan penjagaan anak. Dengan sapuan yang konsisten, produk yang berasaskan bahan semulajadi termasuk essential oils (minyak pati tumbuhan ) boleh membantu para ibu menyelesaikan atau mengurangkan kelima-lima masalah di atas.
Sudah tentunya banyak kelebihan yang ada pada balm Tasneem Naturel ni. Antaranya ialah:
- 100% produk semulajadi
- Bebas bahan kimia berbahaya
- Bebas SLS (Sodium Lauryl Sulfate) dan paraben
- Balm tak panas, malah wangi
- Jimat dan boleh digunakan dalam tempoh yang lama
- Mendapat kelulusan KKM
- Sesuai digunakan oleh seisi keluarga termasuklah bayi yang baru lahir
BAHAN SEMULAJADI YANG TERDAPAT DALAM BALM TASNEEM NATUREL
1. Essential oils (minyak pati tumbuhan) mengikut jenis balm
Setiap Balm Tasneem Naturel mempunyai 7-10 essential oils (minyak pati tumbuhan) yang telah dicampurkan mengikut dos bayi dan kanak-kanak atau dengan kata lain, ianya sudah ‘dilute’ sesuai kegunaan mengikut peringkat umur.
2. Beeswax (Lilin Lebah)
Beeswax adalah bahan yang terhasil daripada proses metabolism kelenjar lilin pada abdomen lebah. Ia hanya dapat dihasilkan oleh lebah pekerja dimana beswax menjadi bahan untuk menghasilkan sarang lebah yang kukuh.
3. Shea Butter
Shea butter terkenal sebagai pelembab kulit semulajadi. Kebanyakan produk kosmetik semulajadi menggunakan shea butter dalam produk mereka. Shea butter dihasilkan daripada tumbuhan bernama Shea atau Karite.
4. Carrier Oil
Minyak pelarut yang diekstrak daripada tumbuhan seperti Olive Oil, Jojoba Oil, Virgin Coconut Oil, Almond Oil, Argan Oil, Coconut Oil, Blackcurrant Oil, Grapseed Oil dan lain-lain yang digunakan untuk ‘dilute’ atau proses pencairan perbagai jenis minyak pati tumbuhan (essential oils) tadi, untuk memastikan ianya sesuai digunakan oleh anak-anak kecil.
5 PILIHAN BALM TASNEEM NATUREL
1) Calm Time (KLIK SINI UNTUK INFO LANJUT BALM CALM TIME)
Membantu menstabilkan serta meredakan emosi bayi, anak – anak kecil atau orang dewasa. Apabila disapu pada anak, ia akan mengurangkan ketegangan saraf anak yang menegang akibat tantrum atau kesan mengamuk tadi. Sapuan balm yang konsisten setiap hari amat diperlukan untuk kesan yang lebih baik.
Kelebihan Calm Time Tasneem Naturel adalah untuk membantu masalah :
- Anak yang kuat meragam dan tantrum.
- Anak yang kurang fokus.
- Anak sering menangis dan merengek tanpa sebab.
- Anak meragam semasa hendak tidur.
2) Sleep Time (KLIK SINI UNTUK INFO LANJUT BALM SLEEP TIME)
Sleep Time Tasneem Naturel membantu memperbaiki hormon tidur . Minyak pati cedarwood yang digunakan dalam Balm Sleep time boleh mengimbangkan hormon tidur dan jaga. Begitu juga Lavender yang kita sudah sedia maklum untuk memberi rasa tenang kepada sistem badan manusia dan memudahkan tidur.
Kelebihan Sleep Time Tasneem Naturel adalah dengan menyelesaikan masalah:
- Anak susah tidur malam atau siang.
- Anak tidak tidur lama atau nyenyak.
- Anak selalu terjaga dan menangis.
- Memberikan tidur yang berkualiti dan anak bangun dalam keadaan ceria (deep sleep).
3) CF - Rub (KLIK SINI UNTUK INFO LANJUT BALM CF-RUB)
Cf-Rub merupakan balm kecemasan yang wajib ada di setiap rumah untuk kanak-anak mahupun dewasa. Sekiranya ibu-ibu selalu travel, ianya sangat membantu untuk anak-anak terutamanya bila anak sudah ada simptom-simptom demam, sakit tekak dan sebagainya, boleh segera sapu.
Kelebihan CF Rub adalah untuk membantu :
- Selesema, hidung tersumbat dan sukar bernafas.
- Batuk yang berpanjangan
- Batuk berkahak
- Membantu mencairkan kahak bagi memudahkan anak mengeluarkan kahak
- Panas badan atau simptom demam
T-Rub juga adalah balm wajib ada dalam setiap kit kecemasan anak di rumah mahupun sepanjang travel. Ianya juga boleh digunakan oleh orang dewasa.
Antara kelebihan T Rub adalah membantu menyelesaikan masalah:
- Anak kembung perut
- Anak mengalami masalah sembelit
- Anak sakit perut, tidak selesa atau sebu
- Anak cirit-birit
Balm Skeenz Tasneem Naturel sememangnya diformulasikan untuk masalah kulit anak. Ianya tidak mengandungi sebarang kimia berbahaya dan steroid.
Anatara kelebihan Balm Skeenz Tasneem Naturel adalah membantu masalah :
- Ruam lampin
- Ruam susu
- Gatal-gatal
- Kulit kering
- Kesan gigitan serangga
- Meredakan ekzema
Dengan kandungan yang premium dan manfaat yang sangat diperlukan oleh ibubapa, tidak hairanlah kenapa balm Tasneem Naturel mendapat permintaan yang tinggi dari ibubapa. Rata-rata ibubapa sangat berpuas hati dengan pelaburan mereka mendapatkan balm ini untuk manfaat kesihatan keluarga.
0 Comments