4 SEBAB LAGU DI MATAMU DARI SUFIAN SUHAIMI TRENDING DAN VIRAL SELEPAS ANUGERAH JUARA LAGU 33
Memandangkan diri ini dan ramai lagi di luar sana yang masih
lagi belum move on dengan lagu Di Matamu yang 'berhantu' dari Sufian Suhaimi
versi AJL33, Nur nak cerita sikit 4 sebab kenapa lagu ni trending dan viral serta mendapat hampir 5 Million views di YouTube sejurus
dinobatkan sebagai persembahan terbaik Anugerah Juara Lagu 33, pada 3 Februari
2019 lalu.
4 SEBAB LAGU DI MATAMU TRENDING DAN VIRAL
1) Persembahan yang penuh dengan penghayatan dan menyentuh
hati sehingga mendapat gema sorakan dan tepukan luar biasa dari para penonton.
Malah, ribuan penonton juga membuka lampu flash di handphone tanpa disuruh
sepanjang persembahannya itu.
Memandangkan Di Matamu merupakan lagu sedih dan berkaitan
dengan kisah putus cinta, Sufian Suhaimi telah menyampaikan lagu ini dengan
sangat baik dan penuh emosi sehingga membuatkan ramai penonton menitiskan
airmata.
2) Arrangement lagu yang sangat sedap. Pembukaan
persembahan dimulakan dengan syair Melayu Klasik yang sayu dan diiringi dengan
tiupan seruling yang menambahkan lagi 'perisa kesedihan' dalam lagu ini
sehingga mendapat pujian dari penyanyi tersohor Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza.
3) Tema pentas dan props pelamin yang mendatangkan
kontroversi netizen kerana dikatakan menyerupai konsep pernikahan Elfira Loy
dan Muhammad Faris pada 1 Januari lalu. Namun, Sufian menjelaskan persembahan
itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak dan memohon maaf sekiranya ada yang
terasa hati.
4) Tweet dari bekas tunang Sufian Suhaimi dan juga adik
Elfira Loy yang mendatangkan kritikan ramai netizen. Namun, Sufian Suhaimi
hanya berterima kasih kepada bekas tunangnya Elfira Loy berhubung doa artis itu
untuk kemenangannya di AJL33.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Walau apa pun kontroversi persembahan Di Matamu itu, Nur
sangat kagum dengan sikap Sufian yang tidak cepat melatah dengan kontroversi
dan kecaman yang tercetus. Tahniah dan semoga selepas ini Sufian terus sukses dalam
bidang nyanyian dan mencipta hasil seni yang berkualiti.
0 Comments