Balm Calm Time Bantu Anak Lebih Tenang Dan Ceria
Anak
meragam memang memeningkan kepala ibu bapa. Runsing pikir apa nak buat supaya
anak berhenti meragam. Bukan emosi anak sahaja terganggu, emosi kita sebagai ibu bapa juga boleh
terganggu tau. Nanti mulalah nak jadi Hulk marah anak-anak, sekali package naik
tangan kat anak. Nauzubillah.
Alhamdulillah…
Kehadiran BALM CALM TIME ini mampu membantu ramai ibu-ibu di luar sana yang menghadapi masalah anak suka mengamuk, tantrum dan seumpamanya. Ini kerana terdapat 8 essential oils dalam Balm Calm Time bantu anak lebih tenang dan selesa.
Kehadiran BALM CALM TIME ini mampu membantu ramai ibu-ibu di luar sana yang menghadapi masalah anak suka mengamuk, tantrum dan seumpamanya. Ini kerana terdapat 8 essential oils dalam Balm Calm Time bantu anak lebih tenang dan selesa.
SIAPA YANG PATUT ADA BALM CALM TIME NI?
- Ibu-ibu dalam pantang yang berdepan masalah si kecil sukar tidur, tidak lena, kurang selesa, cemas atau terus tersedar dari lena apabila ditinggalkan seketika oleh ibu
- Ibu-ibu yang mempunyai masalah anak yang meragam, suka merengek tanpa sebab, ataupun tantrum
- Ibu-ibu yang bekerja dan ada masalah meletakkan anak di dalam car seat semasa driving
Secara ringkasnya, kelebihan balm Calm Time adalah untuk:
- Memberikan keselesaan
- Mengurangkan tekanan
- Mengurangkan keletihan
- Bantu anak lebih tenang
Balm
ini membantu menenangkan anak anda jika dalam keadaan tantrum / mengamuk /
menangis tanpa henti.
Berikut merupakan testimoni dimana kami menerima
FEEDBACK POSITIVE
daripada pengguna balm Calm Time (packaging lama)
"Sapu masa nak keluar rumah & lepas penat main, Alhamdulillah anak-anak good mood & happy". |
"Anak dah tak nangis malam" |
Tapi macam mana balm Calm Time ni boleh bantu masalah anak meragam ya?
Jom kita check kandungan balm Calm Time ni.
1.
Essential oils (minyak pati tumbuhan)
Setiap Balm Tasneem Naturel mempunyai 7-10 essential oils (minyak pati
tumbuhan) yang telah dicampurkan mengikut dos bayi dan kanak-kanak atau
dengan kata lain, ianya sudah ‘dilute’ sesuai kegunaan mengikut peringkat umur.
Setiap essential oils (minyak pati tumbuhan) yang digunakan mempunyai Material
Safety Data Sheet (MSDS) di mana sijil ini diperlukan untuk mendapat kelulusan
KKM. Balm Tasneem Naturel kesemuanya telah mendapat kelulusan Kementerian
Kesihatan Malaysia.
2.
Beeswax
Beeswax adalah bahan yang terhasil daripada proses metabolism kelenjar lilin pada abdomen lebah. Ia hanya dapat dihasilkan oleh lebah pekerja. Senang cerita, beeswax ini dipanggil ‘lilin lebah’ yang menjadi bahan untuk menghasilkan sarang lebah yang kukuh.
Beeswax adalah bahan yang sinonim dengan rawatan keradangan kulit. Ia secara semulajadinya membantu merawat masalah kulit kering, masalah bakteria pada kulit, masalah jerawat dan juga strechmark.
3.
Shea Butter
Shea butter terkenal sebagai pelembab kulit semulajadi. Kebanyakan produk kosmetik semulajadi menggunakan shea butter dalam produk mereka. Shea butter dihasilkan daripada tumbuhan bernama Shea atau Karite.
Shea butter boleh membantu melembabkan kulit kering, mengelupas, sunburn, ruam dan banyak juga diguna dalam produk menghilangkan parut.
4.
Carrier Oils
Minyak pelarut yang diekstrak daripada tumbuhan seperti Olive Oil, Jojoba Oil, Virgin Coconut Oil, Almond Oil, Argan Oil, Coconut Oil, Blackcurrant Oil, Grapseed Oil dan lain-lain yang digunakan untuk ‘dilute’ atau proses pencairan perbagai jenis minyak pati tumbuhan (essential oils) tadi, untuk memastikan ianya sesuai digunakan oleh anak-anak kecil. Dalam Balm Tasneem Naturel ini, kami menggunakan Olive Oil di mana kita tahu, khasiat Olive Oil ini sangat banyak seperti:-
Melembapkan kulit – Minyak ini mengandungi sejumlah besar vitamin E, antioksidan yang melindungi kulit daripada pelbagai faktor luaran seperti sinaran matahari atau angin yang kuat. Tekstur minyak zaitun yang ringan menjadikannya pelembap sempurna yang tidak melekit yang tahan lama dan sesuai dengan semua jenis kulit.
Memperbaiki kesihatan kulit – Minyak zaitun mengandungi vitamin E, yang dapat meningkatkan kesihatan kulit dengan merawat keradangan, jerawat, dan melindungi kulit dari penyakit yang serius seperti psoriasis dan kanser kulit.
Ok sekarang Nur terangkan secara ringkas
1) Lavender
Lavender Essential Oil diekstrakkan dari pokok Lavandula Angustfolia. Bahagian tumbuhan yang digunakan adalah bahagian bunganya.
Khasiat Lavender Essential Oil yang utama adalah membantu mendapatkan tidur yang lena dan mengurangkan perasaan resah, bimbang, stress dan tension. Fungsi ini sangat membantu anak yang tantrum, kerap meragam dan seumpamanya.
Secara kesimpulannya, minyak pati Lavender ini memberikan kesan tenang kepada anak.
2) Orange
Orange essential oil adalah diambil dari bahagian kulit buah oren. Melalui proses perahan dan bukan penyulingan berstim. Jadi essential oil yang diperoleh adalah 100% daripada buah oren.
Orange essential oil sangat wangi dan sangat bagus untuk naikkan mood ketika stress, resah dan gelisah.
Kebaikan Orange Essential Oil adalah :
- Bantu tingkatkan peredaran darah
- Bantu kurangkan rasa resah dan gelisah
- Bantu kurangkan hypertension
- Bantu kurangkan rasa penat melampau
- Bantu kurangkan kemurungan
- Bantu legakan kesakitan
- Bantu kurangkan sakit sendi
- Bantu naikkan mood
- Bantu berikan rasa relax
3) Mandarin
Juga daripada kalangan keluarga citrus yang baunya sangat menenangkan.
Kebaikan Mandarin Essential Oil adalah :
4)
GeraniumKebaikan Mandarin Essential Oil adalah :
- Bantu kurangkan masalah insomnia
- Bantu kurangkan rasa resah dan stress
- Bantu kurangkan rasa loya dan muntah-muntah
- Bantu kurangkan kesakitan
- Ada sifat antibakteria dan antiseptik
- Bantu tingkatkan peredaran darah
- Bantu kurangkan sakit sendi
- Bantu tingkatkan imun badan
- Bantu naikkan selera makan
- Bantu tingkatkan rasa tenang
- Bantu kekalkan kelembapan kulit
Geranium essential oil adalah berasal daripada tumbuhan Geranium. Bahagian tumbuhan yang digunakan ialah batang dan daun. Geranium melalui proses penyulingan untuk hasilkan Geranium Essential Oil. Geranium ada bau bunga dan segar. Baunya sedikit seperti bau air sirap ( hidung mommy la..hihi).
Kebaikan Geranium Essential Oil :
- Bantu naikkan mood
- Bantu stabilkan hormon
- Kurangkan perasaan resah (anxiety) dan stress
- Kurangkan kemurungan
5)
Marjoram
Marjoram, disebut juga sweet marjoram (Origanum majorana). Tanaman ini berasal dari daerah Mediteranean. Dalam sejarah Yunani, marjoram adalah simbol kebahagiaan yang disebut “the joy of the mountains.”
Khasiat Marjoram Essential Oil antaranya adalah :-
- Membantu meredakan rasa sakit seperti lenguh otot, sakit kepala, sakit gigi, sakit akibat demam dan sebagainya.
- Membantu mengurangkan rasa kejang. Marjoram oil memiliki sifat sebagai antispasmodic yang mengawal dan mengurangkan kejang.
- Membantu meningkatkan kemampuan kognitif dan daya fokus.
- Membantu meningkatkan peredaran darah.Marjoram oil memiliki sifat menghangatkan dan ianya meningkatkan kelancaran peredaran darah.
6) Frankincense
Frankincense Essential Oil disuling dari resin (getah) pokok spesis Boswellia Serrata. Ia adalah bahan yang popular dalam perubatan dan kosmetik.
Kebaikan Frankincense Essential Oil adalah :
- Bantu kuatkan sistem imun badan
- Bantu kurangkan sakit badan
- Bantu kurangkan sakit kepala
- Bantu kurangkan stress iaitu kurangkan rasa resah dan gelisah
- Bantu kurangkan sakit sendi
- Boleh bantu tidur lena waktu malam
7) Bergamot
Bergamot Essential Oil datang dari tumbuhan sitrus yang bernama Citrus bergamia. Ia dikatakan sebagai buah mutasi lemon. Bergamot adalah adik beradik kepada lemon, limau dan oren.
Kebaikan Bergamot Essential Oil :
- Bantu naikkan mood ceria dan bahagia
- Bantu kurangkan simptom kemurungan
- Bantu galakkan rembesan hormon
- Bantu kurangkan rasa stress
- Bantu kurangkan kesakitan dengan kurangkan sensitiviti pada kesakitan
- Bantu lancarkan pernafasan
- Bantu kurangkan sakit kepala, pening kepala dan migrain
- Bantu legakan sakit-sakit sendi dan otot
- Bantu kurangkan sakit ‘cramp’ pada abdomen dan kaki.
8)
Roman Chamomile
- Roman chamomile oil dikenali sejak zaman kuno lagi kerana memiliki kesan menenangkan (sedative and soothing).
- Selain memberikan kesan yang menenangkan kepada fikiran dan tubuh yang stres, Roman chamomile essential oil juga dapat digunakan untuk meringankan perasaan sedih, marah, ketidakpuasan hati atau perasaan yang terlalu sensitif.
- Sifat-sifat tersebut menjadikan minyak patinya banyak digunakan untuk membantu mengurangkan rasa cemas, gelisah atau susah tidur. Hal ini sangat membantu anak yang baru lahir yang sedikit cemas dan susah tidur atau tidur sekejap -sekejap kerana mereka masih lagi ,engambil masa untuk beradaptasi dengan dunia luar perut ibu.
- Selain Lavender, Roman atau English Chamomile merupakan minyak pati yang paling digemari ramai orang.
0 Comments