Limau mandarin sangat sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina. Walaupun itu adalah adat resam kaum Cina, kaum lain pun dapat tempiasnya. Mesti banyak stok limau mandarin kat rumah kan? Nur salah satunya. 4 kotak sepatutnya ada dalam rumah. Tapi siapa nak habiskan. Mujur 2 kotak suami sedekah kat orang. So tinggal lah 2 kotak limau mandarin sahaja dalam rumah ni.

Bila biar lama-lama, limau nya pun makin banyak tak elok. Ahhhh sudah! Ni kes membazir ni. Mana boleh biarkan. Kepala pun ligat pikir macam mana nak gayakan lebihan limau ni. So, datanglah idea nak buat kek limau mandarin untuk Nur dan suami. Untuk Mardhiyah, Nur buatkan cupcakes versi sihat untuk dia. Maklumlah, baru setahun. Kena jaga makan lagi. Karang kesedapan nak makan sedap, nanti montel macam ibu dia. Tak payah! Menyusahkan! RESEPI CUPCAKES LIMAU MANDARIN UNTUK ANAK


By the way, ni first time tau Nur buat kek limau mandarin. Dek hati membara cekonon merajuk suami balik kerja lambat, lepas maghrib Nur terus ke dapur prepare barang nak buat kek limau. Mardhiyah apa lagi. Mestilah suka dapat ‘kemas’ dapur comel ibu ni.

Simple je kan bahan dia?


RESEPI KEK LIMAU MANDARIN

Bahan:
5 biji limau dikisar untuk dapatkan jusnya sebanyak 1 cawan
1 cawan gula kastor. Manis juga kalau ikut tekak Nur
1/2 cawan margerin
3 biji telur grad A
2 cawan tepung gandum
2 SK baking powder
3 sudu sunquick oren
1 SK pes oren (tak letak sebab tak ada)


Cara:
2) Pukul gula dan mentega hingga sebati.
3) Masukkan telur 1 per 1. Pukul lagi sampai kembang dan gebu. 
4) Masukkan air limau sedikit demi sedikit berselang seli dengan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak.
5) Masukkan sunquick oren dan pes oren, dan kaup balik hingga adunan sebati.
6) Oleskan loyang dengan margerin, lepastu masukkan adunan.
7) Bakar selama 40 minit suhu 180°C. Tapi Nur bakar 1 jam

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 

Senang je kan cara nak buat dia? Texture kek ni lembut dan moist gitu. Faktor penggunaan air limau kut. Lepas tu, kalau ikut tekak Nur, kek ni manis. Kalau yang kurang gemar manis macam Nur ni, boleh lah kurangkan kuantiti gula tu. 

Kek limau mandarin nya pun dah selamat masuk perut macam-macam orang. Alhamdulillah, dapat beri manfaat pada orang. Nur bagi jiran sebelah rumah satu bekas dan bekal untuk suami keesokan harinya. Takut tak laku kek nya kat rumah. Nur suka buat aje, makannya kurang. Karang terbiar sepi sampai berkulat dah membazir namanya tu. Tak baik kan?

So pada yang nak mencuba tu, Nur recommend sangat. Buatlah, senang aje. Ok, selamat mencuba ya!

20 Comments

  1. Wah simple je rupanya resepi dan bahan2 untuk buat kek ni yea, bolehla cuba nnt. Nampak sedap dan gebu jugk tuu hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah simple. Tapi texture dia moist tau. Memang sedap haha angkat bakul masuk sendiri pulak

      Delete
  2. Nie adik Rawlins suka la nie kang. Almaklum limau pun banyak kat rumah tu. Makan kerap sangat kang batuk pula anak2 kan. Better dia buat kek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu rawlins. Kadang ada yg jenis kalah kalau makan terlalu banyak limau. So boleh laa try buat kek

      Delete
  3. Eh tak sangka pulak boleh guna kordial sunquick untuk buat kek. Nanti boleh cuba jugak lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaaa buat lagi tambah umppphhh rasa oren dekat kek tu

      Delete
  4. Siap buat kek limau. Mesti best kalau dapat makan panas panas ni. Ah! buat orang teringin je tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Makan panas2 mmg sedap. Pastu masa bakar tu semerbak 1 rumah

      Delete
  5. Waaa rajinnya Nur baking kek, kalau dekat dah mintak sepinggan. Lama tak buat kek ni...limau pun banyak tu, okay nak try laaa hehehee

    ReplyDelete
  6. sedap ni, ala2 kek butter tapi ada perasa limau. saya suka resepi ni, nanti bolehlah nak cuba

    ReplyDelete
  7. ni wife saya mensti suka. Dia pernah cakap nak makan kek, blh try bagi blog post ni kat dia tengok mcm mana.

    ReplyDelete
  8. Weekend ni boleh sy try buat kek ni. Mudah mudahan lah jadi sama.. Hehe

    ReplyDelete
  9. Mudah je resepi dia ye. Tak pernah lagi membakar kek. Kukus kek pernah. Hahaha.

    ReplyDelete
  10. alamak.. tak sempat la nak buat kek sebab limau dah abis dah. Kalau tau leh buat kek sedap cenggini confirm dah reserve 5-6 biji.. nampaknya len kali la try.

    ReplyDelete
  11. Tengok kek ni terliurnya. nanti nak buat jugakla. terima kasih atas resipinya. hope jadilah kalau saya cuba buat nanti. takpernah lagi buat kek ni.

    ReplyDelete
  12. bole di cuba nie..resepi simple aje tapi hasilnya sedap...tq for the resepi ya.
    by the way, k mid baru follow your blog...frrl free to follow me back ya:))

    ReplyDelete
  13. terima kasih atas resepi. bolehlah buat nnti sebab masih ada limau mandarin dkt rumah ni :)

    ReplyDelete
  14. Waktu waktu tgh ada banyk limau di rumah kut kut ada kawan Cina bagi boleh la buat kek ni ya huhu... tetapi hati2 makan limau mandarin dari China...

    ReplyDelete
  15. sedapnya kekkkk....mmg kegemaran bonda kek ni..plg best kalo makan yg garing2 tu...boleh cuma bwt ni nnti..tq sharing resepi...

    ReplyDelete