"Pisang adalah buah yang mempunyai pemakanan yang sangat tinggi dan kaya dengan manfaat, dan juga boleh didapati dengan mudah kerana harga yang berpatutan. Pisang juga satu jenis buah yang kaya dengan sumber vitamin, mineral dan serat, yang semestinya diperlukan oleh tubuh untuk meningkatkan metabolisme dalam tubuh. Pisang juga boleh dimakan oleh sesiapa sahaja dari orang dewasa dan kanak-kanak yang tua sehingga bayi itu selamat untuk mengambil pisang".

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . 

Birthday Mardhiyah haritu, Nur buatkan muffin pisang je. Nak beli kek rasa belum selamat lagi dia makan. So yang mudahnya nak buat kat rumah ialah muffin pisang jelah. Kami sambut 3 beranak secara simple je. Pagi Sabtu tu Nur buat muffin dan request kat suami untuk sambut birthday Mardhiyah kat taman permainan je, Dapat lah suami teman dalam setengah jam, lepas tu dia terus pergi kerja. Nur stay kat taman layan Mardhiyah makan dan main sampai puas. Alhamdulillah, walaupun simple, tapi sangat bermakna buat Nur.






Nak buat muffin pisang ni pun tak ambil masa yang lama pun. Bahan yang digunakan pun sangat simple. Boleh buat kudap-kudapan untuk anak juga ni. Dalam resepi Nur tak letak gula. So rasa dia agak plain pada tekak orang dewasa macam Nur yang dah makan macam-macam benda sedap, tapi Mardhiyah sangat suka. Nur sarankan pada korang yang nak buat muffin pisang ni, letaklah puree kurma untuk tambah manis. Nur belum restock kurma dan kismis kat rumah, so Nur guna apa ada aje kat dapur.


So yeah, Nur share resepi muffin pisang untuk baby (cara Nur) k.


BAHAN:
3 biji pisang masak ranum. Nur tak tahu apa nama pisang tu. Tapi panjangnya lebih kurang sejengkal
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung unbleached
1 SK bicarbonate soda
1 SK baking powder
1/3 cawan unsalted butter cair
1SK esen vanilla
Kertas muffin
*Boleh tambah puree kurma kalau nak tambah manis
*Boleh juga tambah kismis juga sebagai accessories


CARA:
1) Panaskan oven 180°C
2) Pukul ringan telur (pakai tangan aje). Masukkan pisang yang telah dilecek unsalted butter cair dan esen vanilla. 
3) Masukkan tepung, bicarbonate soda dan baking powder yang telah diayak ke dalam adunan telur tadi. 
4) Kacau rata. Tak perlu lama. Asalkan dah sebati aje adunannya. 
5) Masukkan ke dalam kertas muffin. Kalau nak nampak muffin tinggi melebihi kertas muffin letak adunan sehingga hampir penuh. Nur tinggalkan dalam 1cm ruang kosong. Nur letak 1 potong pisang sebagai accessories muffin ni. 
6) Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit atau ikut pada kesesuaian oven korang, dan api atas bawah ya. Last sekali Nur bakar api atas sekejap kasi permukaan atas muffin sedikit gelap. Yang ni kena pantau. Takut hangus.


P/S
*Kalau nak letak puree kurma, korang adjust texture dia supaya tak terlalu cair dan tak terlalu pekat adunannya. 
*Boleh juga letak kismis sebagai accessories

OK korang, selamat mencuba ya!

0 Comments