NASI AYAM BBQ YANG SEDAP
Nasi ayam memang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia tidak kiralah Cina, Melayu, India, Iban, Kadazan dan bangsa lain. Ada yang mengatakan sejarah nasi ayam berasal dari negara China kerana kemahsyuran nasi ayam hainan adalah seantero dunia. Namun tidak ada bukti kukuh yang menyokong penyataan itu.
Asalnya plan nak buat ayam bbq tu je. Tapi, kasi balun jela buat nasi ayam berayamkan ayam bbq. Lain sikit dari biasa kan? Nice juga tau. Suami cakap rasa dia macam ayam percik kat Ayamas tu. Buat sos sekali. Tapi lupa nak ajak bergambar sekali. Maklumlah, dah kebulur 🤣
RESEPI NASI AYAM BBQ (Cara Nur)
Nur cerita step by step ya. Sebab kali ni punya nasi ayam, step dia lain sikit dari nasi ayam yang biasa.
1) AYAM BBQ
Ayam yang telah siap diperap dan menunggu masa untuk dibakar |
1. Kukus ayam separuh masak.
Gaul ayam dengan bawang putih yang telah ditumbuk dan sedikit madu, lepas tu kukus. Kukus untuk kasi isi dalam ayam tu masak betul bila dibakar dalam oven nanti.
2. Perap ayam at least 2 jam.
Bahan :
1 SB jintan manis kisar
1 SB jintan putih kisar
Lada hitam kisar
Serbuk cili
Garam secukup rasa
Bahan :
1 SB jintan manis kisar
1 SB jintan putih kisar
Lada hitam kisar
Serbuk cili
Garam secukup rasa
3. Sapu/gaul ayam dengan sos glaze sebelum dibakar dalam oven.
Bahan (agak-agak jela ya) :
2 SB minyak masak
Kicap soya cair
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Madu
Lada hitam kisar
Serbuk cili
Cube ayam
Garam jika perlu
Bahan (agak-agak jela ya) :
2 SB minyak masak
Kicap soya cair
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Madu
Lada hitam kisar
Serbuk cili
Cube ayam
Garam jika perlu
4.Bakar ayam selama 30 minit
(ikut oven juga. Agak-agak belum masak, tambah aje masa) suhu 200'C.
Lepastu, keluarkan ayam, sapu ayam dengan sos glaze, bakar lagi ayam dalam 10 minit. Agak-agak ayam belum masak, panjangkan lagi masa. Nak sapu lagi sos glaze pun boleh. Adjust lah ikut citarasa.
Lepastu, keluarkan ayam, sapu ayam dengan sos glaze, bakar lagi ayam dalam 10 minit. Agak-agak ayam belum masak, panjangkan lagi masa. Nak sapu lagi sos glaze pun boleh. Adjust lah ikut citarasa.
2) SUP AYAM
Bahan:
Kaki, leher dan bahagian ayam yang tak banyak isi
5 sekawan
1 inci halia
ulas bawang putih
Air secukupnya
1 cube ayam
Cara:
1) Rebus semua bahan dengan air yang cukup (untuk sup dan masak nasi nanti) sehingga mendidih.
2) Masa nak hidang nanti boleh taburkan daun sup dan bawang goreng
3) NASI AYAM
Bahan:
Beras
1 helai daun pandan disimpul
1 batang serai diketuk
1 ulas bawang putih
Sup secukupnya
Sedikit mentega
Cara:
1) Cairkan mentega dalam periuk nasi yang panas.
2) Tumis bawang putih yang telah ditumbuk lumat sehinga kekuningan, seterusnya masukkan serai pula.
3) Masukkan beras dan air dengan sukatan yang betul.
4) Akhir sekali masukkan daun pandan, dan gaul sehingga sebati. Masak nasi seperti biasa.
4) SAMBAL NASI AYAM
Bahan:
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili api *Optional. Nak extra pedas letak, tak suka pedas tak payah letak
6 tangkai lada merah
1 SB sos cili
Tepung jagung
Cara:
1) Kisar semua bahan kecuali tepung jagung.
2) Masak sambal atas dapur dan masukkan campuran tepung jagung dengan air untuk memekatkan sedikit textue sambal.
3) Perasakan dengan gula dan garam mengikut citarasa.
5) SAYUR
Daun salad
Timun
Tomato
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Fuh. Banyak juga step dia kan? Nampak leceh kan? Tapi bila dah siap, dan selamat masuk dalam tekak, pehhh betapa nikmatnya NASI AYAM BBQ ni.
Selamat mencuba ya 😉
0 Comments