RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK LEMAK UNTUK ANAK KECIL
"Menurut pakar pemakanan, kesihatan seorang anak bergantung kepada apa yang dimakan sejak masih kecil lagi. Pengambilan khasiat makanan yang seimbang yang kaya dengan nutrisi yang diperlukan oleh bayi menjadi faktor penentu ketahan badan anak dari serangan penyakit serta membantu perkembangan fizikal dan otaknya".
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Setakat ini, salmon telah digembar-gemburkan sebagai makanan hebat dengan kadar asid lemak Omega-3 yang tinggi. Tidak hairanlah harganya agak mahal. Sebenarnya, tidak perlu salmon jika anda mahu mencari Omega-3. Terdapat spesis ikan tempatan dengan kandungan Omega-3 yang lebih tinggi daripada salmon. Jumlah nilai gizi pemakanan juga tidak kurang hebatnya.
Ikan kembung mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dan lebih murah daripada ikan lain seperti salmon, tuna, dan tenggiri. Ikan kembung adalah sumber nutrisi yang sangat baik. Vitamin D yang terdapat di dalamnya membantu menyerap kalsium yang diperlukan untuk tulang yang sihat dan gigi sihat.
Kandungan protein, Omega-3, vitamin B12, vitamin D, fosforus, vitamin B2 (Riboflavin), vitamin B6, iodin, dan selenium dalam ikan kembung adalah lebih tinggi daripada ikan salmon.
Omega 3 dapat membantu perkembangan otak dan mata pada bayi. Kandungan ini juga membantu perkembangan otak yang normal dan perkembangan mata apabila janin masih dalam rahim. Hati bayi sentiasa sihat dan tekanan darah tetap normal.
***Nur ada share juga resepi biskut bayi dengan hanya menggunakan 4 bahan. Jom buat sama-sama!
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Jarang sebenarnya masakkan Mardhiyah menu yang ada santan. Ikan kembung masak lemak ni adalah menu yang kedua yang bersantan Nur masakkan untuk Mardhiyah. Nervous juga nak kasi Mardhiyah makan. Entah dia suka ke tak. Tapi alhamdulillah, syukur sangat. Mardhiyah sukaaaa!
RESEPI IKAN MASAK LEMAK UNTUK ANAK KECIL (Cara Nur)
Bahan:
1 ekor ikan kembung
1/4 Bawang merah (potong dadu)
2 ulas bawang putih (potong dadu)
1 inci kunyit hidup
Santan
1 batang seai serai diketuk
1 SK stok ikan bilis (ganti garam)
Sayur seperti batang saderi, baby corn dan tomato dipotong dadu halus
**Nur juga ada share video resepi ikan kembung masak lemak labu di Instagram. Boleh cuba juga. Jangan lupa follow tau! Hihi
Cara:
1) Masukkan semua bahan kecuali santan ke dalam peiuk dan gaul sebati.
2) Masukkan santan ikut kepekatan yang korang suka.
3) Bila dah mendidih, perlahankan api dan masukkan ikan.
4) Tutup api bila ikan dah masak.
Boleh makan dengan bubur atau nasi panas. Boleh juga diratah macam tu je. Ikut selera anak macam mana. Kalau Mardhiyah nur bagi makan dengan bubur. Sebab tu dah standby letak sayur sikit dalam tu.
**By the way, saje lah nak bagi tahu, buat mommies kat luar sana yang nak tahu apa barang penjagaan bayi/anak yang Nur guna untuk anak Nur si Mardhiyah tu, jemput baca post Nur dekat bawah ni k. Mana tahu kita ni pengguna yang sama. Yeay sep sikit!
0 Comments