Resepi Pancake yang Senang untuk Sarapan
Pancake antara makanan yang anak-anak Nur suka. Selalunya Nur akan buat pancake sebagai menu sarapan. Terkadang ada juga buat pancake sebagai menu kunyah-kunyah petang budak-budak ni. Bergantung pada permintaan. Anak sulung Nur dia suka makan kosong gitu je. Ada masa minta cicah dengan susu pekat. Anak kedua pula ikut mood. Kadang nak makan dengan madu, kadang nak makan dengan Nutella.
Tapi sekarang viral juga ya pancake ni? Orang panggil dia baby pancake. Haaa kemain meriah tengok. Macam-macam topping ada. Cokelat, Oreo, Biscoff, ini lah itu lah. Tapi sungguh, Nur tak pernah beli. Sebab apa? Sebab boleh buat sendiri dik. Haha.
Sekilas Tentang Pancake
Pancakes adalah resipi untuk makanan yang telah lama wujud, asal pancake panci bermula pada masa masyarakat Rom kuno. Pancake pada mulanya dikenali sebagai Alita Dolcia (makanan manis) gabungan susu, tepung dan perasa. Bahan-bahan kemudian dibakar dengan kuali rata, kemudian ditambah dengan sirup buah dan madu.
Nama pancake semakin popular di adegan Eropah sejak tahun 1430-an. Pancake adalah makanan khas untuk orang Eropah Timur. Di sana, pancake sering digunakan sebagai menu khas yang dikenali sebagai Pancake Tuesday yang disajikan sehari sebelum Paskah.
Sepanjang zaman, pancake telah digunakan di pelbagai negara. Di Perancis, panci nipis dan rangup, yang dipanggil crepes dan galettes, yang lebih tebal dan lebih luas seperti bentuk roti. Sementara itu, di Jerman penkek mempunyai bentuk yang lebih padat dan dibuat dari ramuan dasar kentang (pfannkuchen).
Di Ireland, pancake mempunyai tekstur padat dan diperbuat daripada kentang, yang dikenali sebagai boxtry. Scotland juga tidak ketinggalan scone tuangkan pancake. Di Amerika, pancake dikenali sebagai nokehick yang dibuat dari adunan lembut yang diperbuat daripada jagung.
Lempeng ini memang disajikan dengan pelbagai persembahan dan perisa. Walaupun penyampaiannya berbeza di setiap negara, tetapi pancake masih mempunyai peminat sendiri dan perkembangan resipi semakin meningkat setiap kali.
Resepi Pancake
Senang je nak buat lempeng mat saleh ni. Tapi tak ngam lah makan dengan sambal tumis. Sesuai dipadankan dengan madu, nutella atau strawberry syrups ke. Ikut citarasa korang lah ya.
BAHAN :
1 cawan menggunung tepung gandum
1 cawan susu (terpulang nak guna susu full cream/low fat/fresh milk)
1 biji telur
1 SK baking soda
1 penutup esen vanilla
1 1/2 SB gula halus
2 SB marjerin/minyak masak
CARA:
1. Cairkan margerin dalam microwave sekejap.
2. Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau sebati (Makesure tak ada tepung berketul k)
3. Panaskan non stick pan, masukkan satu senduk bancuhan ke dalam pan dan biar seketika. Api sederhana kecil ya. Karang api besar hangus pancake korang.
4. Bila dah ada lubang-lubang macam sarang lebah tu, terbalikkan.
5. Agak-agak dah cokelat keperangan bahagian bawah tu, angkat dan letak ke dalam pinggan.
6. Ulang langkah 3-5 untuk lempeng mat saleh yang seterusnya.
Akhir Kata
Resepi ni boleh dapat 7 keping pancakes saiz besar. Tapi kalau buat mini pancake dapat banyak dan cepat sikit nak siap. Nur buat pancake guna pan aje. Tapi kalau yang ada pancake maker tu best juga kan? Mesti lagi cantik kejadian pancake dia.
Okaylah, selamat mencuba 😄
4 Comments
Sedap pancake. Saya sukaaa.
ReplyDeleteTulaaa, lagi sedap kalau cicah nutella ni hihihi
DeleteKalau guna telur gred C brapa bnyk diperlukan eh?
ReplyDeleteSebiji pun boleh sis
Delete