Resepi Daging Masak Kicap Sedap Versi Pemalas
Daging Masak Kicap Sedap Versi Pemalas |
Nak dijadikan cerita, tak
plan pun nak masak daging masak kicap. Tapi mengenangkan itu adalah menu yang
mudah dan tekak pun teringin juga, Nur pun prepare bahan-bahan yang nak
digunakan. Tengah-tengah tumis bawang, tetiba mood malas tu datang. Malas nak
masak sayur. Terus idea datang nak humban sayur yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam daging kicap.
Maka, terhasil lah DAGING
KICAP VERSI PEMALAS.....
Tak susah pun nak masak
daging kicap sebenarnya. Ni pun, selama 2 tahun usia perkahwinan kami, Nur
first time masak daging masak kicap. Tapi yang bestnya suami Nur puji. Eh
perasan. Padehal, dia komen aje. Dia kata, rasa daging kicap yang Nur masak ni
macam rasa daging kicap yang biasa makan kat catering. Catering mana pun Nur
tak tahu lah. Nur iya kan aje. Hahahahaha.
Ok jom layan resepi Daging Kicap
Versi Pemalas yang mudah tapi sedap sampai boleh bukak bisnes catering
agitchewww!
Resepi Daging Masak Kicap
Versi Pemalas
(cara Nur) untuk 2 orang
makan
Bahan utama yang disediakan. Masa ni carrot dengan kacang panjang belum masuk list lagi |
Bahan:
Daging secukupnya
1 1/2 bawang besar
5 ulas bawang putih
1" halia
1 batang serai (titip)
4 sekawan
1 SB lada kisar
2 SB sos cili
1 SB sos tiram
Kicap manis secukupnya
Kentang
Carrot
Kacang panjang
Tomato
Cili hijau
Cara:
1. Rebus daging terlebih
dahulu. Air rebusan simpan. Kalau korang guna daging batang pinang, tak perlu
rebus pun boleh. Tapi nanti masak dagingnya lama sikit lah sampai daging empuk.
2. Goreng kentang yang dah
potong memanjang macam Cheezy Wedges KFC tu dan toskan.
3. Mayang halus 1/2 bawang
besar (lagi 1 biji bawang besar potong bulat untuk accessories nanti), bawang
putih dan halia. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan serai dan 4
sekawan.
5. Masukkan lada kisar, sos
cili dan sos tiram. Gaul rata.
6. Masukkan pula air rebusan
daging dan kicap secukupnya sampai korang dapat warna gelap yang korang suka
dan gaul rata.
7. Lepastu boleh masukkan
carrot dan daging yang dah rebus tu. Kalau korang suka kuah banyak dan banjir,
sila tambah air secukupnya ya.
8. Bila dah sebati semuanya,
masukkan accessories lain seperti bawang besar yang dah potong bulat, kacang
panjang, cili hijau, tomato dan kentang. Gaul rata.
9. Bila dah cukup masak
semuanya, tutuplah api.
Accessories daging masak kicap. Meriah kan? |
Eh. Korang jangan lupa
perasakan dengan garam & gula secukupnya tau. Kalau rasa kurang pedas,
tambah lah lada kisar. Kalau rasa nak lagi pekat kuahnya, tambah lah lagi sos
cili & sos tiram. Pandai-pandai lah adjust ikut selera korang ya.
Lihatlah kemeriahan daging masak kicap sedap versi pemalas ni. Ada orang kata versi pemalas pun meriah rupa dia tau! |
Senang tau bila dah cukup
semua dalam 1 lauk. Ni boleh buat bila korang nak makan sedap tapi nak senang
masak. Memang meriah rupa menu ni. Kalau jenis dah biasa makan 1 lauk, maybe
rasa biasa jela. Tapi yang dah biasa makan 3 4 lauk, rasa lain sikit lah. Yela,
biasa penuh meja makan. Ini, kosong je 1 menu. Pelik sikit laaa. Tapi apa-apa
pun asalkan kenyang, yedak?
Haa kita kasi zoom sikit. Terliur tak? Kalau terliur, pergi masak cepat..!! |
Ok lah, semoga resepi yang
Nur share ni bermanfaat ya. Selamat mencuba ya korang!
44 Comments
Walaupun nampak simple, Naim dah terliur walaupun gambar sahaja. Terima kasih sudi berkongsi resepi. hehe
ReplyDeleteKadang2 yang simple tu lah yang menarik selera sampai tertarik senduk nak tambah nasi hehehe. Terima kasih juga naim :)
Deleteaduhai,sedap nyer. Aida kerap buat masak kicap. Just bukan daging. More to ikan & telur. Anak2 tak makan sgt daging,Nur. Pastu Nur letak kentang. Wow. Terbaik. Complete.
ReplyDeleteSama laaa kita ni aida. Jarang makan daging. Biasa ikan, ayam & telur. Tapi kadang2 nak juga makan daging kan? HIHI :)
DeleteNi versi rajin ni..tq share resepi 😁
ReplyDeletehttps://abamkoriee.com/
sama2 hihi :)
Deleteversi malam ni la yang kadang-kadang sedap tau. Kalau saya masuk kicap je.. haha.. lagi malas kan?
ReplyDeletehahaha malas nk masak sayur sebenarnya. tu yg versi malas campak sayur dlm ni :)
Deleteresepi malas tapi sedap. dapat pulak makan dengan nasi putih panas-panas fuh mesti habis licin. sesuai sangat la untuk orang bujang macam BBL try resepi mudah ni.. main campak-campak je
ReplyDeletetry lah BBL. senangg sgt niiiii
DeleteDalam mood 'malas' pun dah nampak sedap, belum lagi masak dalam mood 'rajin'
ReplyDeleteNanti share la pulak resepi daging masak kicap versi rajin 😁
hahahahaha versi rajin ek. special punya lah gitu :)
DeleteSimple tapi sedap kan. Saya pun suka buat masak kicap ni sebab menu paling senang dan yang penting boleh buh sayur sekali. So tak yah la nak masak 2-3 jenis lauk.. hehe
ReplyDeletekannnnn. tu yg nur campak sayur dlm ni. itu psl nama dy versi malas :D
DeleteWalapun bahan-bahan simple tapi memang nampak sedap. Ni bukan pemalas ni. Ni rajin dah cuma bahan-bahan simple. Takpe simple janji sedap...nyummm
ReplyDeletehehehehehe tukar nama la ni? simple tapi sedap hehehehehe :)
DeleteWahhh tempting la menu ni. Simple tapi boleh bertambah ni. Nanti cuba masak
ReplyDeleteagak tempting juga laaa. lagi yg suka mkn mcm nur ni. hahahaha angkat bakul masuk sendiri ya? hahahahaha :D
Deleteaduhai menyesal tengok..kan dah terliur malam2 gini. nak cari daging la esok, pastu masak kicap ikut resepi ni. nampak sedap sgt
ReplyDeletedaging qurban banyakkkkk :D
DeleteAkak kalau dah nama resipi masak kicap sedap tak pemalas ni kira rajin lah boleh masak sesedap tu dan mudah caranya nak cuba juga lah hehehe lama tak masak...
ReplyDeletemasak laaa abg maha. confirm sedapppp :)
DeleteLebih kurang sama resepi Liez punya cuma sayur tu je lain. Memang fav buat masak kicap untuk anak-anak. Favourite menu diaorg. Lagipun mudah nak disediakan dan bahan-bahan mmg dah ada dalam fridge
ReplyDeletebetul tu liez. bahan mudah. hasil pun boleh tahan :)
DeleteSedapnyaaa! Nad setakat ni belum pernah masak lagi untuk husband huhu. Dah nak dekat sebulan kawin ni duk berehat jee. Kalau dapat masak daging pun nice juga kan. Nampak simple tapi kalau Nad buat taktau la jadi ke tak T_T
ReplyDeleteconfirm jadi ni nad. kacanggggg je :D
DeleteNi bukan masakan pemalas ni hahahah. Sebab kesedapan di mmg ketara. Suka tenagok masakan simple2 macam ni sbb rasanya mmg terbaik
ReplyDeletehahahaha in shaa Allah laaa terbaik rasanya. ni daging qurban banyak. boleh laa buat lagi
DeleteSelalunya buat ayam masak kicap je, tak pernah try lagi buat daging masak kicap. Nak cuba buatlah. Thank you untuk resipi.
ReplyDeletebuatlah mira. sedapppp tau. hehe sama2 :)
DeleteLama dah tak masak daging masak kicap, anak lebih suka ayam masak kicap dari daging so kita ikutkan je le selera dia, kang masak lain kurang lak dia makan. Tengok resepi ni rasa nak buat le pulak..:D
ReplyDeleteYelaa, ayam kan kegemaran ramai. Nur pun suka mkn ayam. Cuma sekali sekala tu teringin nk mkn daging 😊
Deletelama tak masak daging , kena simpan resepi nih sebab nak buat masa raya haji nanti ...walaupun simple tapi nampak sedap ...boleh ajar anak dara masak macam nih jugak
ReplyDeleteHaaaa, raya qurban hr tu mst dpt daging kn? Blh la try resepi ni 🙈
DeleteWaaa nampak sedapnyaaa menu kicap ni...Lama tak masak kicap simple camni...nanti nak buatlah ...
ReplyDeleteRaya qurban hr tu dpt byk daging tak sis? Boleh buat nii 🙈
Deletesimple but always selera tekak ni makan lauk kicap. thanks for sharing kak nanti boleh cuba version ni pula
ReplyDeleteSama2 emme. Kicap kegemaran org ramai. Telur masak kicap pun sedap 😋😋
DeleteNi bukan versi pemals sis, tengok pon terliur..hihi
ReplyDeletePemalas juga ni sbb malas nk masak sayur 🤣
DeleteSedapnyaaa.. Tapi kita x berani makan daging lepas dari operate. Tapi kalau dah malas, nak cepat, mmng masukkn semua bahan jadikan satu lauk. Hihihi
ReplyDeleteOooo yeke? Knp ya lps operate takleh mkn daging? Haha kann. Klu malas kasi masuk semua bahan 🤣
DeleteHuissshh, tertelan air liur i tau!
ReplyDeleteHi, nona singgah jenguk2 geng2 JDT Blogger...hehee
Hye kak nona. Jap lg nur singgah blog akk pulak ya. Tp takkan telan air liur je? Kene buat juga ni 😂
Delete