8 Petua Merawat Anak Demam Panas Di Rumah
Suhu badan anak tiba-tiba mencanak naik adalah satu situasi yang agak panik dan mencemaskan ibu bapa lagi-lagi bila anak ada sejarah sawan demam panas.
Ya, anak Nur, Mardhiyah pernah kena sawan bulan Mac yang lalu. Sejak dari
pengalaman ngeri ni, memang jaga betul bila Mardhiyah demam. Taknak dah sejarah
berulang. Cukuplah sekali. Tak sanggup nak hadap situasi anak kejang atas
tangan lagi.
Boleh baca kisah Mardhiyah sawan demam di sini : Pengalaman Ngeri Anak Sawan Demam Panas
Sejak kena sawan, mesti Mardhiyah akan demam setiap bulan. Kadang demam
dulu baru batuk & flu. Kadang batuk & flu datang dulu baru demam.
Kadang demam sahaja. Demam panas dalam tempoh yang lama pun ada. 11 hari dia
demam. Pergi klinik berkali-kali. Buat ujian darah pun dah. Tapi darah ok tiada
masalah. Jadinya, rawat saje dirumah sampai sembuh.
Jadi disini Nur nak share apa Nur buat tiap kali Mardhiyah demam.
PETUA MERAWAT ANAK DEMAM DI RUMAH
1. Jangan panik
Paling utama. Sangat penting untuk kita sebagai ibu bapa (ibu terutamanya)
untuk kekal tenang supaya dapat rawat anak kita yang tengah demam tu dengan
lebih baik. Karang panik, otak jam, satu apa pun tak jadi. Anak perlukan kita
tu. Ingat.
Atau kalau tak tahu nak buat apa, pergi lah klinik atau hospital untuk berjumpa
dengan doktor.
2. Kawal suhu anak sebaiknya
Nak kawal suhu anak perlu pantau suhu badan anak dengan kerap. Ada beberapa
perkara kita boleh buat untuk kawal suhu anak. Contohnya jelum dan bagi ubat
demam.
Biasa orang jelum kepala anak kan? Tapi Nur tak. Nur guna spray. Mardhiyah
makin besar makin tak suka kena jelum. Menangis lepastu di campaknya tuala
basah tu. So untuk kawal suhu Mardhiyah bila demam, Nur spray air di kepala,
badan dn ketiak. Memang basah budak ni tiap kali demam. Menangis bila kena
spray. Tak kisah. Asalkan dapat kawal suhu badan dia.
Ubat demam pula Nur akan kasi bila suhu badan Mardhiyah dah lebih 38.5°C.
Selagi boleh Nur nak antibody Mardhiyah lawan secara natural
jangkitan demam tu. Taknak terlalu bergantung pada ubat.
3. Mandikan anak dengan lebih kerap
Nur mandikan Mardhiyah dengan air suam. Kalau air paip yang biasa kita guna tu
kadang sejuk. So Nur taknak suhu badan Mardhiyah terkejut bila kena air sejuk,
Nur mandikan dia dengan air suam sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
Baru-baru ni Mardhiyah demam Nur kasi dia main air dalam bilik air. Buatkan
bubbles banyak-banyak dalam baldi atau tab mandi dia, dan biarkan dia main
sekejap. Lebih kurang macam mood-booster juga sebab yela bila demam anak takde
mood kan. Kalau macam Mardhiyah memang suka main air, dan why not masa dia
demam ni bazir sabun sikit. Hehe
4. Beri banyak air dan susu
Kalau anak masih menyusu badan, beri anak susu badan sekerap yang boleh. In
shaa Allah makin kerap kita bagi anak susu badan, makin cepat antibody anak
terbina untuk melawan virus. Tapi ada masanya anak akan tolak susu. Part ni kena cek lah. Takut tekak dia
bengkak ke.
Kalau anak dah start makan, pun kena beri anak minum air sekerap yang boleh.
Boleh bagi anak minum jus buah ke. Yang penting kena kasi badan anak kekal
hydrated. Kalau anak dehydrated, karang masalah lain pula timbul.
5. Beri anak makanan bersup, buah tinggi Vitamin C dan juga madu
Biasanya kalau Mardhiyah demam Nur akan buatkan Mardhiyah sup ayam dimana Nur
akan lebihkan bahagian tulang ayam. Kalau stok CBB ada lagi dalam freezer, Nur
juga akan masukkan CBB dalam sup ayam Mardhiyah.
Baca juga : Resepi Chicken Bone Broth (CBB)
Vitamin C dan madu sangat bagus untuk meningkatkan sistem imun badan anak.
Buah tinggi Vitamin C bukan setakat buah oren aje ya. Macam-macam ada.
Contohnya, jambu batu, betil, buah delima, strawberry, epal, kiwi, mangga,
anggur d an banyak lagi. Korang tinggal pilih aje.
6. Massage anak dari hujung kaki sampai hujung rambut
Bila kita demam badan rasa tak selesa kan? Macam tu jugalah dengan anak kita.
Lagi lah anak Nur sekarang tengah sangat lasak panjat sana sini. Mungkin ada
tergeliat urat atau apa-apa yang buatkan dia rasa tak selesa.
Why not kita guna kuasa magis sentuhan kasih seorang ibu untuk beri urutan buat anak
kita? Bukan urut beria macam tukang urut tu. Urut lembut sahaja supaya dapat
beri kelegaan untuk anak.
Nur massage anak guna massage oil dari Tasneem Naturel (sekarang dah re-brand
ke Resty Oil). Dalam massage oil ni ada essential oil eucalyptus (dan juga
beberapa essential oil yang lain) dimana eo eucalyptus ni sangat bagus untuk
membantu meredakan suhu, batuk dan selsema anak di samping dapat memeberikan
ketenangan buat anak.
7. Rawat demam anak dengan essential oils
Ingredients sesuatu produk sangat memainkan peranan untuk kita pilih dan guna
pakai kepada anak kita. Keberkesanan essential oils juga tak boleh disangkal
juga dalam ikhtiar kita untuk merawat demam anak.
Nur memang akan sapu kerap balm CF-Rub Tasneem Naturel bila Mardhiyah
demam. Lagi-lagi bila putik-putik batuk atau selsema tu dah muncul. Sebab
taknak melarat jadi lebih teruk.
Kandungan essential oils seperti lavender, oren, lemon, eucalyptus, tea tree,
cypress dan frankincense sangat banyak membantu dalam masalah kesihatan anak
seperti demam, batuk dan selsema. Lagipun yang menariknya balm CF-Rub ni adalah
balm ni tak melekit dan tak panas. So tak risau bila terkena mata
Mardhiyah.
Last but not least.......
8. Berdoa dan tawakal moga Allah memberikan kesembuhan buat anak kita
Tidak ada yang dapat memberikan kesembuhan buat anak kita dari sakit melainkan
Allah SWT. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan yang berasal dari-Nya.
Walaupun demikan, seorang mukmin mestilah berikhtiar untuk mengubati
sakit. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidaklah Allah menurukan suatu penyakit, kecuali Allah juga menurunkan ubatnya” HR Bukhari 5354).
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Semoga perkongsian Nur ini bermanfaat untuk mereka yang membacanya. Maaf andai ada tersalah kata atau petua yang di kongsikan ini nampak beshe-beshe aje. Maklumlah, baru setahun jagung jadi ibu. In shaa Allah akan dimantapkan lagi ilmu di dada demi agama, bangsa dan negara. Cewah!
***By the way, saje lah nak bagi tahu, buat mommies kat luar sana yang nak tahu apa barang penjagaan bayi/anak yang Nur guna untuk anak Nur si Mardhiyah tu, jemput baca post Nur dekat bawah ni k. Mana tahu kita ni pengguna yang sama. Yeay sep sikit!
Senarai barang penjagaan bayi/anak yang best & awesome.
Senarai barang penjagaan bayi/anak yang best & awesome.
21 Comments
pengalaman menjaga anak demam panas tak ada. tapi kalau menjaga anak kena bronchitis pernah. allahu. hanya allah tahu macam mana perasaan bila doktor sah kan air dah penuh dalam paru paru anak.
ReplyDeleteselalu budak kecik kalau kena demam memang biasa mak bapak jadi panik lepas tau yang budak demam panas ni boleh kena sawan sebab tu kena rawat cepat
ReplyDeleteTq share info. Anak saya pun kalau demam mmg lama.. Tak pernah lg try guna EO atau spray2 ni, maybe nak try lepas ni.
ReplyDeleteMemang paling utama bila anak demam ialah ibu bapa jgn panik sbb bila panik tu yg lg teruk
ReplyDeleteWahh nice sharing. Sekarang ni lagilah musim sakit. Memang berguna info dalam ni. Terima kasih ya sebab share!
ReplyDeleteTerima kasih share info ni. Biasa marina pegi klinik je mintak ubat. Lepas tu letak kain basah kat dahi
ReplyDeleteTerima kasih share info sebegini. Kekadang ibubapa cepat panik dengan keadaan sebegini. Dengan ada info sebegini boleh membantu kita
ReplyDeleteUish. Abam paling risau bila anak demam. Sanggup ambil cuti untuk pantau suhu anak. Letak kain basah selalu. Besar pengorbanan ibubapa ni. Patotlah apa2 kita buat, tak dapat restu mak ayah. Tak menjadi je.
ReplyDeleteBagusnya tips. Sangat berguna untuk bakal ibu dan ibu yang lain. Syira pun jarang bawa anak ke doktor kalau demam. Selagi tak memudaratkan
ReplyDeleteMemang kalau anak sakit atau demam panas..kita yg akan jadi susah hati. Masa anak2 sis kecik dulu..rajin jugak yg no 2 tu demam sb ada tonsil..kerja sis tgh mlm panas pun sis akan bwk ke hospital sb takut melarat. Sis jenis kelam kabut sikit kalau anak sakit..:).
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian ini. InsyaAllah ramai yang akan mendapat manfaat perkongsian ini dalam menjaga kesihatan anak-anak.
ReplyDeleteJelum ni apa ya? Kesiannya Mardhiyah. Moga dia tak cepat kena demam lagi.
ReplyDeleteTu lah sebagai mak ni kena bagi perhatian lebih dengan anak kecik. Sesambil buat step ni kena rajin tuam, bagi baju yang nipis penuh pengudaraan kadang2 buka je baju bagi panas hilang dan hala kipas kat badan (cover kepala).
Kita pun tak sampai hati tengok bayi bebudak kecik demam. Depa tak bermaya terus daripada seaktif aktif kejadian.
teringat masa kecik-kecik dulu, mak selalu urut badan dan tapak kaki dengan minyak dicampur bawang putih untuk hilangkan angin dalam badan...
ReplyDeletethank you for sharing this info. bagus lah info nie untuk ibu bapa diluar sana. tambah2 yng baru timang cahaya mata. demam panas nie bahaya. boleh membawa kepada yg lebih serious. harap semua parents cakna info2 seperti ini
ReplyDeleteindeed very useful tips to treat fever... very great information for parents... :)
ReplyDeleteterim akasih atas perkongsian dan tips ni..kadang2 kita mencari juga remedi terbaik utk anak2 terutama yang masih kecil kalau mereka tiba2 kena demam panas
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNti try la pulak mandikan anak dengan mandian lemon.insha allah membantu menurunkan suhu panas..
ReplyDeletehttps://anakperak.com
mandi tu jarang betul parents buat sebab kalau dulu bila demam kena selimut sampai kebah padahal doktor dah larang
ReplyDeletememang kalau anak demam..ibu bapa terlebih panik..tips yg bagus..lg2 yg first time pglaman jd ibu bapa ni..
ReplyDeleteMasa ank kecik laaa plg mencabar...bila demam bukan boleh amik mudah...banyak risiko kalo kita xprihatin...thanks for infor
ReplyDelete