Gunung Lambak Tempat 'We Time' Suami Isteri Yang Awesome
Ahad lepas Nur dan suami berendud kat Gunung Lambak, Kluang. Rugi lah
kalau dah jadi orang Kluang tak naik gunung ni kan? Lagi pun memang nak sangat
pergi. Nak sangat sedut dalam-dalam udara segar. Nak sangat tengok hijau.
Al-maklumlah surirumah macam Nur ni hadap dinding je hari-hari. Hahaha. Lagi
pun Gunung Lambak ni dia level beginner so untuk surirumah yang tak fit macam
Nur ni sesuai lah.
Baca juga: Gunung Banang
Lagi pun, alang-alang adik ipar ada kat rumah, boleh tolong jagakan Mardhiyah
sementara kami berendud atas gunung. Peluang yang tak boleh dilepaskan ni.
Bijak kan saya?
- First time pergi masa study di UTHM dengan kawan-kawan.
- Second time pergi masa mengandung, tapi separuh jalan je sebab tak tahan nak buang air kecil. Maklumlah, mengandung memang kerap buang air kecil.
- Kali ketiga ni alhamdulillah, berjaya juga sampai ke puncak walaupun banyak kali berhenti hahaha.
Ok Nur cerita sikit lah pasal Gunung Lambak ni ya.
Bagi korang yang belum tahu, Gunung Lambak terletak di Kluang, Johor. Gunung
Lambak ini mempunyai 2 puncak (twin peak) dan meskipun ianya diklasfikasikan
sebagai gunung, tetapi ketinggian puncak yang paling tinggi hanyalah setinggi
510 meter (1,673 kaki) daripada paras laut. Sesiapa yang singgah di Bandar Kluang,
mesti akan nampak puncak gunung lambak ini tersergam indah dan menjadi
permandangan latar belakang Bandar Kluang.
Masa perjalanan.
Perjalanan kami naik ke atas makan masa 1 jam 45 minit. Manakala turun ke bawah
kami ambil masa 1 jam 15 minit tapi menggunakan jalan yang berbeza. Kalau
tengok gambar, ada 2 route yang berbeza yang boleh pengunjung guna untuk sampai
ke puncak pencawang. Kami guna route yang paling pantas tapi agak mencabar
untuk hiker cokya macam Nur ni. Sebab tu agak lama kami ambil masa untuk sampai
ke puncak sebab Nur banyak berhenti sampaikan suami Nur menguap aje kerjanya!
Tak rasa mencabar lah tu naik gunung dengan bini dia.
Permulaan perjalanan nampak mudah. Mendaki di atas track rata bersimen tapi mengah juga ya |
Gunung Lambak ni memang ramai pengunjungnya sebab track mudah dan tak
perlu bayar permit untuk naik gunung ni. So tiap kali kami laki bini
bersilih dengan pengunjung lain, kami akan bertegur siapa. Ayat yang paling
common kami guna ialah 'morning' dan senyum. Jarang dapat bagi salam sebab
kebanyakan pengunjung Gunung Lambak adalah mereka yang berbangsa Cina, baik
muda mahupun tua.
Checkpoint pertama. Ambil gambar jap sambil tarik nafas |
Ada sungai kecil kat checkpoint pertama ni. Eh sungai ke air terjun ek? |
Ramai yang berhenti rehat kat checkpoint kedua ni. Kat sini laa ada peta
ringkas Gunung Lambak. Bila jalan ke depan sikit akan jumpa kawasan rehat dan
ramai juga yang berkumpul dekat sini. Nur dan suami tak berhenti lama pun.
Takut tergoda taknak naik atas terus haha. So kami pun sambung perjalanan....
Peta ringkas Gunung Lambak |
Bila bergambar dengan ciptaan Allah lain yang lebih besar, boleh lah perasan kecik sikit hahaha :D |
Oh ya. Dekat checkpoint kedua ni juga korang boleh pilih nak guna route yang susah & mencabar atau guna route yang sedikit santai.
Nur guna route yang paling cepat nak sampai puncak walaupun agak mencabar. Nur memang sangat berhati-hati sebab keadaan agak curam. Ada tempat yang ada tali, Nur akan berpaut pada tali. Kalau takde, Nur berpaut pada batu atau akar yang kukuh. Tapi Nur lagi suka keadaan macam ni daripada sebelum ni yang banyak tangga. Lenguh kaki naik tangga walaupun dah biasa kat rumah naik turun tangga.
Trek mencabar sudah bermula |
Bila jumpa papan tanda 300m dah rasa excited sangat nak sampai puncak.
Rasa tak sabar sebab penat gila dah. Punyalah countdown 300m, 200m, 100m tapi
nak jumpa tiap 100m tu lama dan penat juga weh!
Muka ada happy lagi 100 meter nak sampai puncak Gunung Lambak |
Akhirnya sampai juga ke puncak Gunung Lambak.
Kawasan puncak Gunung Lambak ni tak luas, so bila ramai-ramai dah sampai puncak, rasa semak sikit pandangan mata. Kami pun tak lepak lama dekat atas ni. Dan perkara yang paling mengecewakan Nur adalah ada segelintir manusia yang hisap rokok dekat puncak Gunung Lambak. Erghhhh. Paling menyampah sebenarnya. Yela, kita datang sini nak sedut dalam-dalam udara segar tapi ada manusia yang tanpa segan silu hembus asap rokok busuk dekat sini. Frust weh!
Kawasan puncak Gunung Lambak ni tak luas, so bila ramai-ramai dah sampai puncak, rasa semak sikit pandangan mata. Kami pun tak lepak lama dekat atas ni. Dan perkara yang paling mengecewakan Nur adalah ada segelintir manusia yang hisap rokok dekat puncak Gunung Lambak. Erghhhh. Paling menyampah sebenarnya. Yela, kita datang sini nak sedut dalam-dalam udara segar tapi ada manusia yang tanpa segan silu hembus asap rokok busuk dekat sini. Frust weh!
Kami terima ucapan tahniah itu |
Mujur tiang ni kukuh. Tapi tengok lah tangan Nur. Peluk erat tiang tu. Takut juga. Belakang tu cerun weh! |
Pemandangan bandar Kluang dari puncak Gunung Lambak |
Kami pun turun guna route yang berbeza pula. Ada masa dia landai dan santai. Ada masa dia curam juga. Tapi time turun ni memang tak sabar sangat nak sampai bawah sebab jari kaki Nur dah sakit sangat. Kasut yang Nur guna ni kasut lama. Yela sejak jadi surirumah dah tak exercise so dah lama tak beli kasut sukan. Main pakai je kasut apa yang ada.
Last gambar masa tengah turun. Bateri kong laki bini. Agak jakun sebab monyet ni cantik warna bulu dia. Biasa jumpa warna cokelat gelap je. |
Oh ya, info tambahan.
Di Hutan Rekreasi Gunung Lambak ni juga ada water park. So bagi pengunjung yang rasa taknak daki gunung, boleh juga berendam di Gunung Lambak Waterpark yang sentiasa dipenuhi pengunjung lagi-lagi hari cuti.
Sumber gambar jelajahmaya.com |
Ok, sekian coretan we time kami laki bini di Gunung Lambak. Maaf spam gambar agak banyak. Kalau boleh nak letak lagi banyak tau hahahaha.
39 Comments
Waaa bestnya berendud atas gunung...Sis belum pernah lagi hiking naik gunung, tak taulah dah usia 43thn ni larat lagi ke nak naik atas dan turun gitu hehehehe
ReplyDeleteBoleh je sis lin. Hiking dgn anak2 mesti seronok. 43 tu nombor je sis hehehehe mesti boleh punya 😍😍
Deletemenarik ni Nur. we time atas bukit :) memang suwiiit lah sgt.
ReplyDeleteaida terkenang dulu kala. zaman kanak2 aida kerap ke kluang.
cuti skola ke sana sebab lepak dgn mak angkat.
di taman seri wangi ke apa ke, lupa dah...
naik bas dari bandar ke sana. ternampak bas tag 'gunung lambak'.
gunung yg berlambak, ke? :) ha ha ha ha ha... nama taman ke?
rupanya, da tua ni baru tahu memang ada bukit.
Nur orang johor tapi sangat jarang datang ke kluang. Tapi dijodohkan dgn orang kluang hehe. Tapi nur tak tahu kat mana taman seri wangi. Taman seri impian nur tahu lah hehe. Mari laa kak aida datang kluang bawak keluarga ke sini :)
DeleteMenarik boleh buat aktiviti dengan suami sendiri macam ni. Asik gi jalan2 kat Mall je boring pulak kan. Part orang hisap rokok tu memang tak patut. Patut sound je orang macam tu. Haha. And tak tahu pula siap ada waterpark dekat dengan area gunung tu. First time gak bella dengar nama gunung ni. Huhu tak selalu buat outdoor acrivity, gini la jadinya
ReplyDeleteNur memang lebih pilih utk pergi ke tempat natural macam ni compare to mall melainkan ada tujuan. Taktau kenapa kurang gemar pergi mall. Sebab takut duit cepat habis kut hahahaha.
DeleteLepas ni dah boleh planning nak pergi tempat2 macam ni pulak. Sekali sekala apa salahnya :)
Bestnya daki gunung. Lama sangat dah tak pernah naik. Dulu first time naik masa time dekat universiti. Penat dia boleh tahan tapi dah sampai atas rasa heaven nya suasana sejuk tu. Nak mendaki lagi mesti cepat pancit plus ada pulak anak dah sekarang.
ReplyDeleteAnak kena kasi tinggal hehe. Tapi masa nur daki haritu, ada juga yang bawa anak. Nur tunggu anak besar sikit baru boleh bawak daki kut. Sama laa nur pancit juga, sebab lama sgt tak exercise. Itu pasal nak sgt pergi sini :D
DeleteBestnya hiking bersama suami isteri ni. Sama2 berpeluh. Yet dream become true 😬. Moga terus istiqamah jaga kesihatan bersama ye
ReplyDeleteIn shaa Allah. Moga terus istiqamah utk jaga kesihatan. Banyak lagi perlu diperbaiki
Deletewow! i like this place.. looks great and nice.. so near to greenery and such a lovely adventure for husband and wify..
ReplyDeleteYeah, i prefer to go to greenery and natural places bcoz i feel calm here :)
DeleteBetul tu Nur. Dah nama suri rumah. Hari hari hadap dinding. Hahahah. Samalah dengan Ruby pun ha.
ReplyDeleteUikss. Masa pregnant kedua ritu pun Nur sempat naik juga ke sini ya, tapi tak habis kan. Hehehe. Tabikk.
Ruby tak pernah lagi panjat2 ni. Walaupun banyak kali dah suami plan nk pergi. Asyik tak jadi. Best jugak berendup berdua sini. Hirup udara segar.
Ohh. Waterpark pun ada jugak situ
Aah ruby. Sebab sebelum kahwin nur pernah juga ke sini, itu yang masa pregnant ajak suami datang sini. Rindu tenpat hijau macam ni.
DeleteBoleh laa lepas ni ruby plan berendud dgn suami kat gunung tempat ruby. Best tau.
Takpun, mari lah datang kluang hehehe
Pertama kali, terima kasih share satu tempat untuk beriadah bersama keluarga. Insha Allah, jika ada kesempatan Naim hendak ke sini jua.
ReplyDeleteSama2 naim. In shaa Allah, ada rezeki boleh datang bersama keluarga tercinta
DeleteBestnya dapat mendakit gunung kita tak berani walaupun nampak macam rendah jer tapi semput nak sampai ke atas tu hehehehe memang teringin juga nak mendaki kalau ada yang boleh dukung kita naik sampai atas. Cantik lak tu pemandangan kat atas gunung...
ReplyDeleteHahaha kelakar nya. Siapa yg nak dukung tuuuu. Boleh je maha. Kena kuatkan semangat walaupun dia punya penat macam hape. Bila dah sampai atas rasa puas sangat tau
DeleteSeronoknya lah boleh berendut sesama hiking sini. Selama ni dengar je pasal gunung lambak ni tapi tak pernah ambil tahu secara detail. Thank you sharing. View cantik track pun tak susah.
ReplyDeleteSama2 awak. Sebelum ni dengar je. Sekarang dah tahu sikit, boleh laa datang ke sini :)
Deleteeh BBL pun suka hiking gunung ni..rasa puas bila dah sampai kat puncak dapat tengok pemandangan dari atas gunung. semua nampak hijau je. yang penting ke kuat semangat nak daki dari bawah sampai atas tu. chaiyok!
ReplyDeleteBetul tu bbl. Yg penting kuat semangat. Nur pun tgh planning nak pergi lagi. Kena tunggu suami approve aje ni
DeleteBestnya mendaki gunung. Lama jugak saya tak buat aktiviti mcm ni. Dulu kalau boleh setiap minggu nk naik gunung. Nampak gaya nk kena start balik lepas ni. Haha
ReplyDeleteSebelum start balik kena laa kasi fit dulu badan tu kan sbb dah lama tak buat aktiviti macam ni. Kalau main terjah je macam nur, memang sakit badan lepas tu hahaha
DeleteWah!! Bestnye dapt hiking dan we time brsama..nad pn da lama x ber we time nie..tggu en husband xbz, baru boleh ber we time macm awak..hihii
ReplyDeleteIn shaa Allah nad. Kena planning baik2. Moga ada rezeki utk nad we time dgn husband ya ❤️
Deletemenarik ! tak pernah lagi dengar tentang gunung lambak. satu part di johor yang boleh masuk dalam plan ni. tapi nak hiking tu macam suka, ada budak penat la skit.
ReplyDeleteAah ada budak penat dia extra huhu. Tapi ada juga beberapa pengunjung ke sini yg bawa anak. Sampai ke puncak pun ada. Mana tahu mek pun macam dorang ke 😊
Delete1st time dengar tentang tempat ni.. tak prnhh tahu x prnh sampai hehe.. tp bila tgk gmbr n info kat atas tu.. best jugak!! teringin pula rasa nk ke sana.. lagi2 kalau dpt spend time gitu..
ReplyDeleteJomlaa atang sini sis hawa. Mesti best punya :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteGunung lambak...ini lah tempat bekelah kami sekeluarga masa kecik2....ini jgk tempat kami bercamping dgn PBSM...semua tinggal kenangan....banyak dh berubah gunung lambak skrg ni...
ReplyDeleteBonda asal Kluang ya?
Deletewahhh kita dah lama pergi hiking. rasanya zaman belajar dulu aderlah..lps kahwin dah tak pergi...tapi tempat ni nampak menarikla
ReplyDeleteWah bets ya we time panjat bukit. Takut tengok yg panjat tiang belakang tu curam tu.. Kalau saya da jerit2 dah
ReplyDeleteHaa.. xpernah pg sbb bkn org kluang tp mana tau bkh singgah jln2 cuci mata
ReplyDeleteWaaaa....best weh hiking. Nanti kami gi sana tolong guide eh. Masuk wishlist dulu la yek.
ReplyDeleteComelnya... we time suami isteri hiking bersama. Mouse mommy punya we time dengan abg ialah family run, aktiviti kanak-kanak dan family dinner sekali!
ReplyDelete💕 lepas ni ngan princess pulakkkkk.
ReplyDelete