Resepi Mudah Ayam Panggang Dan Sos Black Pepper Yang Sedap Dan Lazat
'Wah, ibu masak special laa Mardhiyah'. Kata suami kepada Mardhiyah, anak kami yang berusia 1 1/2 tahun sejurus dia tengok atas meja makan ada pinggan berisi ayam panggang.
Nur pun tersenyum-senyumlah bila suami kata gitu.
Dah lama sebenarnya mengidam nak makan ayam panggang. Ada satu hari tu, gambar
ayam panggang lalu di wall Facebook. Alahai terliurnya. Nur pun terus riki-riki
resepi yang best. Tapi tak jumpa resepi yang berkenan di hati masa tu. Makanya,
nur tahan dulu keinginan nak makan ayam panggang homemade.
Bila keinginan tu datang balik, dan kebetulan Nur pun ada beli ayam, apa lagi,
terus buat. Btw, suami Nur agak strict bab beli ayam. Dia tak kasi beli ayam
dekat sembarangan kedai. Ada satu kedai ni dia jual ayam halal toyyiban (in shaa
Allah). Tapi tula, pergi balik kedai tu ambil masa 1/2 jam. Itu pun kalau
traffic ok. Kalau rajin Nur pergi la. Kalau tak rajin, makan ikan jela. Alang-alang ada ke area sana bawa Mardhiyah main di taman permainan, Nur singgah sekali kedai tu. Mujur buka.
Ok balik pada resepi ayam panggang, resepi ni Nur try & error. Bahan mudah
je Nur guna. Tapi alhamdulillah, cantik dan sedap juga kejadiannya. Suami pun
puji hihi. Alhamdulillah. Seronok tau suami puji sebab selera kami tak berapa nak selari.
RESEPI AYAM PANGGANG
Antara bahan simple yang Nur gunakan |
Bahan:
Ayam belah 4 lagi nice
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
1/2" halia*
1 kiub ayam*
3 SB Minyak zaitun atau margerin
3 SB sos tiram
2 SB mix herbs
Lada hitam secukupnya (tumbuk/blend kasar)
Garam gula secukupnya
Cara:
1. Blend bahan bertanda * lepastu campurkan dengan bahan-bahan yang lain.
2. Perasakan dengan gula & garam ikut sesuai tekak masing-masing.
3. Ayam basuh bersih. Ambil sedikit pes ayam panggang yang dah siap tadi tu dan
gaul rata dekat ayam.
Letak sedikit pes ayam panggang |
4. Kukus sekejap ayam dalam 5 minit. Untuk kasi ayam masak sekata ke bahagian
dalam. Nak skip step ni pun boleh.
Kukus guna rice cooker aje |
5. Lepas kukus, perapkan ayam dengan pes ayam panggang yang dah siap tadi tu
sekurang-kurangnya 1 jam. Nak lagi sedap 1 malam. Letak dalam esbok bahagian
chiller ya.
Ayam yang sudah diperap beberapa jam |
6. Sebelum masak, panaskan oven dulu lebih kurang 10 minit suhu 200°C baru
masukkan ayam.
7. Panggang ayam selama 45-60 minit (bergantung juga pada oven masing-masing) suhu
200°C.
Ayam dah ready nak masuk oven |
Lepastu, Nur regukan ayam panggang ni dengan carrot dan brokoli yang dikukus sebentar, mashed potato dan
sos black pepper homemade. Mantap. Tak cukup 2 ketul. Serius. So next time buat
Nur nak perap extra ayam. Boleh makan puas-puas!
Close up ayam panggang by Nur |
RESEPI SOS BLACK PEPPER
Bahan:
1 biji bawang holland sederhana*
2 ulas bawang putih*
3" carrot*
1/2 tomato*
Margerin
Margerin
1 cube ayam
Lada hitam secukupnya ditumbuk kasar
2 SB sos tiram
Kicap manis (masin pun boleh) secukupnya
Tepung jagung
Cara:
1. Potong dadu bahan bertanda *
2. Tumis bahan bertanda * dengan margerin secukupnya sehingga layu. Kemudian ketepikan dan sejukkan sebentar.
3. Blend sehingga lumat bahan yang telah ditumis tadi. Kemudian masukkan semula ke dalam periuk yang sudah dipanaskan.
4. Masukkan air (sedikit dahulu), kemudian masukkan pula cube ayam, lada hitam, sos tiram dan kicap. Nur tak tetapkan kuantiti lada hitam dan kicap sebab Nur letak 2 bahan ni agak-agak sahaja. Ikut tekak masing-masing. Cuba letak sikit-sikit dulu, kemudian rasa. Kicap pun sama. Kalau nak gelap, letak lebih. Air pun sama, agak-agak lah ya.
5. Last sekali, bila dah dapat rasa yang ngam dengan tekak, bancuh tepung jagung dengan sedikit air lepastu tuang ke dalam kuah black pepper untuk memekatkan kuah black pepper tu.
Haaa, tu cara Nur buat sos black pepper. Dah banyak resepi cuba, resepi yang ni Nur suka sebab rasa dia special sikit. Nur suka buat lebih untuk disimpan didalam freezer. Bila nak guna, Nur akan panaskan. Sama juga dengan rempah untuk perap ayam. Nur suka buat lebih untuk kemudahan di lain hari. Bila tekak teringin nak makan ayam panggang, keluarkan sahaja rempah perapan dengan sos black pepper tu.
Guna bahan perap yang sama tapi teknik masak yang berbeza. Yang ni Nur debone terlebih dahulu ayam bahagian peha dan thigh, kemudian perap dan grill di atas pan. Sexy kan? |
44 Comments
Terliur sungguh tengok gambaq nih. Lisa nak try buat ayam panggang versi ni lah. Sebab selalu guna sos blackpepper ja. :)
ReplyDeleteCubalah lisa. In shaa Allah sedap :)
DeleteMantap la Nur macam kat restoran, kalah Menate ni
ReplyDeleteFuyoo kak seri. Jauh sgt tu compare dgn Menate. Nur ni beshe beshe je :D
DeleteNampak sangat menyelerakan Nur...lama juga Sis tak buat ayam panggang ni..Oven lama bertapa hahahaha
ReplyDeleteApa lagi sis lin. Kasi bekerja lah itu oven :D
Deletewahhh.. nanti nak masak ayam panggang boleh guna resepi Nur ni la..
ReplyDeleteCubalah dila. In shaa Allah sedap :)
Deleteok..lepas ni boleh cuba
ReplyDeleteYes sila cuba :)
Deletemudah je caranya ye.. boleh la masak nanti.. TB tak leh makan ayam.. Tapi kalau buat untuk hubby ni mau berselera dia makan.. hehehe
ReplyDeleteAlahan ke TB? Ermm buat utk org lain jela ya
DeleteSedapnya ayam panggang tu. Makan yang homemade boleh bertambah tambah dan lagi berselera. Nampak mudah je nak sediakan resepi ni ye?. Pulak tu nampak pun yummy!
ReplyDeleteIyaaaa. Klu homemade boleh makan suka hati nak banyak mana. Lagi yg suka makan ayam mcm nur ni. Aah mudah je. Sila lah cuba :)
DeleteMudah je nak buat ayam bakar ni ye. Weekend ni bolehla cari bahan dan cuba resepi ni. Suka cuba resepi yang cepat je nak masak
ReplyDeleteIyaaa. Mudah je. Sila cuba. In shaa Allah sedap :)
Deleteuishhh sedapnya menu ni. Menu berkhasiat untuk dimakan satu family. Selalu perap sejam je kalau buat ayam panggang sebab kadang dah lapar baru teringat nak buat hehehe
ReplyDeleteBetul tu. Menu healthy gitew. Nak buat pun senang je. Next time blh prepare awal :)
DeleteMemang mudah pun resepinya. Tapi kalau eiza, tunggu mood datang baru nak buat. Kena buat banyak sebab askar eiza ramai. Hahaha...
ReplyDeleteHahahaha alaa lebih kurang je kita ni tunggu mood dtg. Haaaa kene buat 2 ekor ayam ni :D
DeleteRajin Nur memasak. Resepi simple . Yang penting sedap. Anak² dan suami mesti suka 😋
ReplyDeleteHealthy food 🧡
Hehehe suka sebenarnya masak. Lagipun klu masak sendiri puas. Nak makan byk2 pun tkde hal :D
Deletetips kukus ayam, then perap and bakar tu, aida guna.
ReplyDeletedpt tau dari grup masak2 di fb.
mudah resepi ni.
lama dah aida tak memanggang ayam gini.
3 bulan dah pindah rumah, lom lagi nak bakar membakar :)
Haaa. Itula nur pun guna cara ni utk dptkan ayam yg masak sekata luar dalam. Hehe dah boleh ni aida panggang2. Bukan selalu :)
Deleteaum sedapnya ayam panggang.. tu kalu betul-betul perap lama sikit mesti meresap rempah dalam isi ayam. BBL suka ayam jenis bakar ni sebab lebih sedap kunyah. Resepi pun mudah & senang nak buat.. lagi-lagi jenis orang bujang ni
ReplyDeleteBetul tu bbl. Lg lama perap mesti lg sedap. Buatlahhh, in shaa Allah sedap :)
Deleteya Allah..nampak sedap tu haaaa ayam panggang nur!
ReplyDeleteJemput tengok kak :D
DeleteTerliur pulak tengok ayam panggang ni. Lama tak merasa. Barulah sihat makan gini 😬. Tengok simple jugak resipi. Boleh cuba masak weekend ni.
ReplyDeleteYeahhh sila cuba, in shaa Allah sedap :)
Deleteboleh cuba resepi ni nanti, nak ke cameron bercuti.. plan nak buat bbq ...makan masa cuac sejuk best..
ReplyDeleteWowwww lagi best ni makan kt tmpt sejuk :)
DeleteMudah je resepi ni..antara rajin dengan tak je kan nak masak ni.
ReplyDeleteHahahaha betul tu. Klu mood rajin dtg, sila buat cepat2 :D
DeleteTak pernah lagi buat ayam panggang sendiri. Dah ada resepi ni bolehlah cuba. Hidangan makanan yg menyinatkan ni
ReplyDeleteSekali sekala mmg best pekena masakan homemade mcm ni :)
Deleteawa kalau nk mudah cam gini gak.. senang keja.. kiki.. yang penting anak n suami makan senyap sunyi smpai licin... =D
ReplyDeleteSenyap sunyi je, tau2 pinggan licin dah siap basuh kat dapur. Wah lagi best :D
DeleteOoo nyum2 sedaplah. Macam senang je nak buat. Pun macam sihat gak makan gini (tanpa nasi). Nak buat lah esok!
ReplyDeleteIyaaaa. Acah2 healthy food gitew. Cubalah :)
Deletebolelah cuba nie...dah dapat resepi kat sini pulak...nampak menyelerakan
ReplyDeleteYesssss. Kene cuba :_
DeleteMudahnya masaka ayam panggan pastu panggan guna airfryer lagi sihat hehehehe dan juga rasa lagi sedap rangup kat luar pastu juicy di dalam hehehehe..
ReplyDeleteBetul tu bro maha. Rangup diluar juicy di dalam. Confirm tak cukup 2 ketul
Delete