10 Tips Drive Sendiri Bersama Anak Kecil Tanpa Suami
Bila ada anak kecil,
sebagai seorang isteri mesti kurang waktu tidur kan? Jujur cakap sejak ada anak
ni Nur sangat suka jadi penumpang bila balik kampung sebab waktu ini lah
Nur dapat qada' tidur bila anak Nur, Mardhiyah dah tidur dalam car seat dia.
Nur asalnya tak reti tidur dalam kereta, dan Nur jenis cepat mabuk so Nur
prefer jadi driver daripada penumpang. Tapi sejak ada anak ni, lain pula
jadinya. Huhu
Walaupun dapat tidur sekejap, Nur rasa macam waaahhhhhh bestnya dapat tidur
tanpa gangguan! Jangan cakap kenapa tak tidur masa Mardhiyah tidur siang kat
rumah. Huhu untuk seorang surirumah, time anak tidur lah kami macam lipas
kudung siapkan kerja ini dan itu. Sebab bila anak celik, kita perlu spend
masa dengan anak. Anak ni bijak, dia tak kasi kita buat kerja bila dia celik.
Tak percaya? Tanya lah mereka yang kerja 'oil and gas' macam Nur ni. Mesti
jawapan kami lebih kurang sama.
Fuh panjang mukadimah. Ini lah peel surirumah bila dah diberi peluang untuk
meluahkan perasaan. Hahaha.
Ok berbalik pada tajuk, macam mana pula gayanya bila isteri perlu memandu
sendiri dengan anak kecil tanpa suami? Macam Nur, selalu juga Nur drive tanpa
suami untuk balik ke rumah mak ayah di Masai. Walaupun perjalanan tak lama
sangat (2 jam sahaja), mencabar juga tau nak drive sendiri dengan anak kecil
yang sangat unpredictable peel dia.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Jadi di sini, Nur share sikit beberapa
TIPS DRIVE SENDIRI BERSAMA ANAK KECIL TANPA SUAMI
Tips ini berdasarkan pengalaman Nur sendiri. So mana yang kurang
atau bagi korang tak masuk akal, harap dimaafkan ya.
1. Rancang bila nak gerak
Kalau macam Nur, biasa gerak pagi dalam 9am gitu sebab waktu tu dah dekat waktu
tidur Mardhiyah. Kalau gerak bukan waktu tidur dia, agak mencabar sebab mesti
anak bosan duduk dalam car seat. Ni biasa jadi bila Nur ada urusan area Kluang
sahaja seperti nak pergi bank, pejabat pos, beli barang kat mall,
dll. Tapi ada juga ibu bapa yang bernasib baik dimana anak dia pantang
masuk kereta, terus tidur. Haaa itu kelebihan yang tak semua orang ada
tau.
2. Periksa keadaan anak
Pastikan anak dalam keadaan selesa. Dah makan, dah mandi, diaper dah tukar.
Kalau kurang sihat tu kurang digalakkan untuk drive berdua sebab anak agak
manja time tu. Kalau terpaksa juga, kena redah jela.
3. Sediakan snack untuk anak
Ini memang wajib ada. Sekurang-kurangnya biskut dan air masak untuk Mardhiyah.
Sedikit sebanyak, bila anak leka dengan makanan, dia akan berasa lebih relaks
dalam car seat. Good food is good mood right?
4. Sediakan toys anak yang paling dia suka
Nur akan sediakan sekurang-kurangnya 2 atau 3 toys untuk Mardhiyah, supaya dia
leka bermain dalam car seat kalau dia taknak tidur atau perjalanan tu
adalah bukan waktu tidur dia. Paling-paling cokya Nur tak akan lupa untuk bawa
bantal busuk Mardhiyah. Penyelamat tu!
5. Pasang CD alunan ayat al-Quran, zikir terapi atau lagu kesukaan dia
Kalau gerak pagi, boleh pasang surah al-Waqiah. Lepastu boleh sambung zikir terapi. Macam Mardhiyah dia serasi dan suka dengan zikir terapi Hafiz Hamidun. Bila bukak, senang sikit dia nak tidur. Tambah pulak dah spray siap-siap bantal busuk Mardhiyah dengan Sleep Pillow Mist.
Baca juga : Anak Lebih Mudah Tidur Dengan Sleep Pillow Mist
6. Beri anak ketenangan dengan balm Calm Time
Ni antara ikhtiar lain yang Nur buat untuk makesure Mardhiyah kekal tenang
dalam car seat. Sebelum gerak, Nur akan sapu siap-siap balm Calm time pada
tapak kaki, belakang bedan, pergelangan tangan dan nadi belakang telinga. Dalam
balm Calm ni ada 8 jenis essential oils seperti lavendar, naval orange,
tangerine, Geranium, marjoram, Frankincense, Bergamot & Chamomile yang
sangat membantu dalam memberi ketenangan buat anak.
Baca juga : Anak Lebih Tenang Dengan Balm Calm Time
7. Makesure kereta dalam keadaan yang baik
Haa ni paling penting. Malam sebelum gerak tu memang akan minta suami untuk cek
kan kereta. Benda basic macam tayar, radiator, brek, wiper, minyak hitam,
bateri dan lain-lain. Bila kereta dalam keadaan baik, in shaa Allah perjalanan
akan 'smooth' aje.
8. Isi minyak siap-siap
Ini pun sama. Nur akan minta tolong suami isikan minyak dan topup Touch n Go
malam sebelum Nur gerak. So tak perlu susah-susah nak singgah mana-mana stesyen
minyak untuk isi minyak. Tinggal tekan minyak aje sampai ke destinasi. Touch n
Go pula letak di tempat yang senang kita nak capai. Jangan diselitkan pula kat
celah-celah bedah. Mahu mengagau cari karang.
9. Pastikan diri sendiri dah sedia
Keadaan diri perlulah baik baik dari segi mental mahupun fizikal. Kalau mood tengah swing tak
usah laa drive jauh-jauh. Karang fikiran melayang kereta pun terhuyung hayang.
Makesure diri kita sihat dan mampu drive dengan baik sampai ke destinasi.
10. Berserah dan tawakal
Lepas dah settle tips-tips yang Nur cakap kat atas tu, sebelum gerak baca doa
keluar rumah dan doa naik kenderaan. Mohon moga Allah lindungi perjalanan agar
dapat sampai ke destinasi dalam keadaan yang selamat.
Ok. Itu sahaja tips yang dapat nur kongsikan berdasarkan pengalaman Nur
sendiri. Diharapkan kawan-kawan semua dapat juga kongsi bersama tips atau
kaedah yang korang guna pakai semasa korang drive sendiri dengan anak
kecil tanpa suami. Sharing is caring kan? Diharapkan juga perkongsian Nur ni
bermanfaat buat semua.
Terima kasih, assalamualaikum....
24 Comments
bantal busuk pun bawak ke?hehhe
ReplyDeletememang kalau travel dgn anak kecil ni, banyak persediaan kena buat. kalau dorang meragam, kita juga yang susah sbb x ada pembantu...
https://anakperak.com
Aah. Budak ni takleh lepas bantal busuk dia. Kind of 'penenang' dia juga. Baguslah jugak klu mcm tu. Kuta pun tenang nak drive hihi
Delete3 tahun PJJ dgn husband mmg everday drive bawa anak kecik fuhh mencabar kekadang sampai 2 or 3 kali terpaksa berhenti... mmg guna tip2 mcm di atas nie membantu
ReplyDeleteKuatnya awak 3 thn pjj dgn suami. Tahniah buat korang. Moga Allah sentiasa mudahkan urusan awak..
DeleteOhmyyyy. Nasib you jenis yg calm and teratur as a mom. Jadi boleh lena sikit ikut step di atas. Nak bawa orang besar pun ada peel apa lagi bebudak kan yg belum reti nak sampaikan apa dia nak lah, belum reti kawal emosi lagi semua.
ReplyDeleteMencabar nyaaaaa!
Aah. Kne well prepared kalau tak kita yg kalut...
Deletegood sharing...jadi parents dengan ada anak kecil memang kena well prepared dengan semua benda supaya perjalanan kita lancar dan tidak terganggu yang boleh buat kita sendiri kelam kabut kan
ReplyDeleteBetul. Setuju sgt. Tiap kali drive berdua mmg kene well prepared mental fizikal...
DeleteNice sharing so untuk mereka yang ada anak kecil boleh la jadikan panduan kan.
ReplyDeleteYup. Moga bermanfaat..
DeleteAlhamduillah kak. selamat sampai ke dentinasi yang di tuju. Kekadang di dalam waktu kecemasan sememang di nafi kena drive sendiri. Ini akan menjadi panduan kaum isteri di luar sana. Insha Allah
ReplyDeleteAlhamdulillah. Moga bermanfaat utk dijadikan panduan yg tak seberapa utk org lain...
DeleteWah.untunglah si isteri sokmo tidur dekat sebelah.yg geram bila dia bangun.kata eh dekat je,rasa Baru je tidur tadi.haha.
ReplyDeleteHahahahahaha. Jgn geram bro. Apa salahnya kasi chance....
Deleteye betul. preparation memang kena lengkap if not kita akn stress untuk drive. walaupun jarak yang dekat ianya amat mengganggu kalau anak nak perhatian.
ReplyDeleteBetul. Sbb boleh ganggu emosi kita juga tau..
Deletetulah, tak terbayang rasanya ada anak ekcil and drive sorg2. takut depa meragam menangis semua. hebat ibu2 di luar sana yang drive sorg2 dgn anak kecil tanpa suami.
ReplyDeleteYou did so well while driving and taking care of your baby and toddler. Thanks for the nice tips, definitely not easy and tiring.
ReplyDeletealahaii.. comelnyaa anak2..
ReplyDeletethanks wawa jenal share tips ni! :p
ReplyDeleteIt is not easy to drive alone with toddler or baby aroundm you are really brave!! Thanks for the tips!!!
ReplyDeleteBagus tips Nur ni, sangat manfaat bagi mereka yang ada anak kecil dan memandu ..
ReplyDeleteAku yg xde ank jd seronok plak bace tips kau.. Ttbe.. Hahaha
ReplyDeletedatang dapatkan ilmu parenting kat sini. walaupun kita tak kawin dan ada anak lagi tapi tak salah untuk ilmu ni kan. tq for sharing.
ReplyDelete