15 Surah Amalan Ibu Mengandung
Kehamilan berlaku apabila sperma menyuburkan telur selepas
ia dibebaskan dari ovari semasa ovulasi. Telur yang disenyawakan kemudian
bergerak ke dalam rahim, di mana implantasi berlaku. Satu implantasi yang
berjaya menghasilkan kehamilan buat seorang insan bergelar wanita.
Sekali wanita telah mengesahkan kehamilannya, dia harus
mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana ini adalah limpah kurnia Allah
SWT. Ini adalah anugerah yang banyak orang memohon baik isteri mahupun suami,
sepanjang hidup mereka untuk memperoleh
anak-anak yang soleh dan soleha sebagai penghibur dan pengikat kasih sayang
antara qsuami isteri.
Semasa mengandung, kita dinasihatkan agar mengamalkan
perkara-perkara yang digalakkan dalam Islam. Antaranya adalah membaca al-Quran.
Sebagai umat Islam, membaca ayat suci al-Quran merupakan satu ibadah yang
sangat dituntut.
Walaupun tiada dalil dalam Islam yang menyuruh ibu hamil
mengamalkan mana-mana surah dalam al-Quran, tetapi tidak salah sekiranya ibu
hamil membaca surah-surah dalam al-Quran dengan harapan agar Allah swt
mengurniakan kesihatan, kebaikan, kemudahan serta rahmat Allah buat ibu dan
anak yang dikandungnya.
Sebagaimana janji Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.” (Surah Al-Isra, ayat 82)
Berikut adalah surah-surah untuk ibu mengandung amalkan
sepanjang proses kehamilan supaya mendapat bayi yang seperti kita inginkan.
Doanya ringkas dan mudah dihafal, InsyaAllah. Surah-surah untuk ibu mengandung
ini juga boleh dibaca oleh si bapa, lebih baik supaya ikatan antara anak dan
ibu bapa sentiasa utuh terjalin.
1. Surah Al-Fatihah
Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.
2. Surah Maryam
Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang
sabar dan taat.
3. Surah At-Taubah
Untuk membersihkan jiwa dan memelihara daripada maksiat.
4. Surah Yusuf
Agar anak yang dilahirkan cantik rupa dan cantik akhlaknya.
5. Surah Al-Fatihah, 3 Qul Iaitu Surah Al-Ikhlas, An-Nas dan
Al-Falaq, Ayat Kursi
Bacakan kepada kandungan setiap malam sebelum tidur agar
kandungan dilindungi.
6. Surah Yaasin
Untuk ketenangan jiwa dan semoga anak tak mudah terpengaruh
dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
7. Surah Al-Hujurat
Sebagai doa untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat
berhati-hati.
8. Surah Luqman
Agar memperolehi anak yang cerdik akal dan terang hati.
9. Surah Al-Nahl (Ayat 78)
Agar anak yang dilahirkan bersikap rajin dan berdisiplin.
10. Surah Al-Imran (Ayat 38)
Doa agar mendapat zuriat yang soleh dan solehah.
11. Surah Al-Imran (Ayat 8-9)
Doa memohon rahmat.
12. Surah Al-Imran (Ayat 192-194)
Doa memohon keampunan Allah.
13. Surah Ibrahim (Ayat 40-41)
Doa agar anak tetap mengerjakan solat.
14. Surah Al-Baqarah (Ayat 128)
Doa agar anak patuh kepada perintah Allah.
15. Surah Al-Furqan (Ayat 74)
Doa agar diberikan zuriat yang menyenangkan hati.
Boleh highlight siap-siap dalam al-Quran masing-masing.
Kalau macam Nur tampal sticky highlighter strip pada muka surat tertentu dan
tulis sekali apa kelebihan surah tersebut. So bila nak baca boleh terus niatkan
mengikut kelebihan surah itu untuk baby dalam kandungan kita. Sharing is caring
kan.
Tapi apa-apa pun, jangan hanya amalkan bacaan ayat-ayat suci
ini ketika hamil sahaja sebaliknya jadikanlah ia sebagai amalan harian supaya
hidup sentiasa mendapat keberkatanNya. Buat mereka yang sedang hamil, tahniah
Nur ucapkan. Semoga dimudahkan urusan sebelum, semasa dan selepas bersalin ya.
19 Comments
terima kasih nur atas perkongsian ni..boleh diamalkan sama ada yang hamil atau yang tak hamil atau yang tak akan hamil sampai bila2 (lelaki)...haha
ReplyDeleteNice sharing=)
ReplyDeleteSemoga dengan amalan membaca ayat-ayat ini beserta niat yg baik untuk bayi dalam kandungan, semua urusan dipermudahkanNya..amiinnn
Red Linda ~ https://anakperak.com
Terima kasih berkongsi ilmu yang manfaat ini. Semoga ia akan memberi kebaikan, jika ramai mengamalkan nescaya puan dapat saham pahala, ini pelaburan tidak mengeluarkan modal. hehe
ReplyDeletenice sharing.perkongsian yang menarik dan bermanfaat.
ReplyDeletebanyak jugak untuk amalan harian ibu mengandung. Entah sempat nak baca semua entah tidak nak pulak kalau jenis mabuk teruk. Anyway thanks share
ReplyDeleteBagus artikel ni. Amalan yang perlu diamalkan oleh ibu-ibu yang hamil. Semoga anak dalam kandungan menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibu bapanya.
ReplyDeleteSurah maryam dgn yusuf tu dah Biasa dgr, yp yg lain2 tu belum lg..good info. Nice sharing.. InsyaAllah blh diamalkan. Terima kasih!
ReplyDeleteindahnya alQuran.
ReplyDeletejadikan amalan.
terutama time pregnant.
moga anak dlm rahim mendgr ibu dendangkan dgn alunan ayat alQuran.
berdoa agar anak menjadi elok sempurna.
in shaa Allah...
Tenkiu share amalan surah-surah ni. Semoga dengan amalkan membaca surah ni, bila bersalin nanti dipermudahkan urusan bersalin
ReplyDeleteSaya masa pregnant dulu ada jugak baca baca surah ni. Tapi tak selalu. Sebab masa pregnant dia punya dahsyat melepek, muntah, pengsan semua. Masa 6 bulan ke atas baru larat nak buat apa apa
ReplyDeleteSetuju... memang ia merupakan antara amalan yang sering dilakukan... masa preggy dulu pun alhamdulillah, ada juga la cari masa tapi teruk sangat alahan... sampai dah masuk OT pun dok muntah bagai lagi... alhamdulillah, semua4 dah selamat... thanks for the informative article ya...
ReplyDeletethankyou. bags info ni. dalam pregnant ataupun tak regnant memang quran kena jadi amalan. paling malas alfatihah pun tkpe lah. tapi banyak surah pendek dapat kita amalkan. semoga ayat ayat quran itu menjadi pelindung dan nur bila kita di barzakh nanti.
ReplyDeleteNice for sharing Nur.. Semasa mengandung memang bagus amalkan baca surah2 ni semua.. kita pun akan rasa lebih tenang kan..
ReplyDeleteThanks sharing. Betul kata nur, jangan amalkan time mengandung sahaja. seeloknya rajinkan diri baca :)
ReplyDeleteNice sharing Nur,
ReplyDeleteBanyak rupanya Surah yang boleh diamalkan untuk Ibu yang hamil.
Semoga zuriat yang dikandung menjadi saham akhirat untuk kita di akhirat kelak. InshaAllah. Aamiin3x
Entri yg sangat bermanfaat. Nak kena bookmark ni, sbb boleh digunakan utk bakal isteri nnti. Doakan saya bertemu jodoh ya. Heehee
ReplyDeleteSangat bermanfaat untuk para wanita especially yang hamil. Rajin2 amalkan. Ataupun pasang kat radio supaya terbiasa. Al-Quran kan banyak hikmahnya.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsan ini..memang alau org mengandung kena amalkan doa2 dan baca surah tertentu dlm quran,,,banyak ganjaran dan kebaikannya
ReplyDeleteSaya pun ada satu Al Quran terjemahan macam ni... senang baca bahasa rumi... terima kasih perkongsian surah amalan
ReplyDelete