Sedapnya Makan | All You Can Eat Dim Sum Buffet di Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru Hotel
Dim sum adalah sejenis masakan Cina yang disajikan dalam
bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Dim sum dimakan seperti gaya
makan bersama keluarga, dimana pinggan kecil dikongsi di atas satu meja dan,
kerana bahagiannya kecil, pengunjung dapat menikmati pelbagai jenis hidangan.
Menu dim sum yang biasa akan termasuk pelbagai jenis roti kukus, mee gulung
beras, dan ladu, yang semuanya termasuk pelbagai bahan utama seperti udang, ayam dan sayuran. Hidangan dim sum biasanya dihidangkan dengan
teh seperti "tie guan yin".
Pada hari Sabtu yang lepas, Nur telah berkesempatan
menikmati hidangan buffet dim sum di Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance
Johor Bahru Hotel bersama JDT Blogger yang lain. Ini adalah suatu pengalaman
yang baru buat Nur sebab Nur tak pernah makan masakan cina secara banyak macam
ni melainkan beli dimsum yang dijual kat tepi jalan tu. Nur pun tak pandai guna
chopsticks so agak mencabar ya nak makan. Rasanya lepas ni dah kena practice
makan guna chopsticks haha.
Nur datang ke Wan Li Chinese Restaurant bersama adik bongsu
Nur. Dia ni agak manja dengan Nur so mana Nur pergi sebolehnya dia nak ikut.
Dia sangat enjoy makan segala hidangan dim sum buffet yang disediakan
especially Steamed Chicken Fillet in Black Bean Sauce. Kalau Nur pulak tak tahu
mana yang sedap sebab semuanya sedap belaka. Mujur masih boleh behave masa
makan tu tau hehehe.
Steamed Chicken Fillet in Black Bean Sauce yang paling digemari adik Nur |
Oh ya, Nur dimaklumkan oleh Encik Hezrin yang bertugas sebagai Ketua Pemasaran Komunikasi di Renaissance Johor Bahru Hotel bahawa kalau ikut kiraan, kalau pengunjung makan penuh 1 meja (34 jenis item Dim Sum) macam yang kami semua makan ni secara ala carte, harga dia boleh mencecah RM400++ tau. So dia pesan better pengunjung menikmati hidangan dim sum ini secara buffet kerana dengan hanya RM68 pengunjung boleh makan sepuasnya tanpa perlu membayar lebih. Sebab tu tajuk dia All YouCan Eat Dim Sum Buffet.
So apa tunggu lagi korang? Sekali sekala apa salahnya tukar
selera makan makanan Cina pulak kan? Jom serbu. Harga berpatutan. Rasa yang
sangat sedap. Kenyang dari siang sampai ke malam pulak tu.
All You Can Eat Dim Sum Buffet
Wan Li Chinese Restaurant
Renaissance Johor Bahru Hotel
RM68/nett
Kanak-kanak bawah 6 tahun tak perlu bayar
11:30am - 3:00pm | Isnin - Sabtu
11:00am - 3:00pm | Ahad
Sebarang pertanyaan dan tempahan,
Call : 07-3813322
Whatsapp : 017-7713327
30 Comments
rasa macam makan tak ingat nak balik, haha
ReplyDeleteHahaha kan. Mujur ada kerja lain lps tu. Kalau tak mahu lepak sampai ptg
Deleteni kalau boleh nak lajak sampai petang makan dimsum ni.. moh ler repeat lagi
ReplyDeleteHahaha kan. Mujur ada kerja lain hahaha
Deletemacam sedap jeee.. tapi nisa tak berapa ngam laa dengan dimsum. maybe boleh try sikit then tengok macam mana, on tak on, haha
ReplyDeleteTry laa dlu nisa. Nur pun tekak baru juga nak cuba2 ni
DeleteAstaga. Walau baru lepas lunch, dah kenapa makin lapar lepas tengok gambar-gambar makanan kegemaran Rawlins nie? Rawlins memang sejenis penggenar dim sum.
ReplyDeleteHaaaaa kene dtg makan ni rawlin
DeleteDIM SUM? huhu. Sejujur Naim tidak biasa makan makanan sebegini, asbab tak berapa lalu. Maybe leh 'rekemen' dekat member2 Naim lepas ini
ReplyDeleteHaaaa boleh juga rekemen kt kwn2. Mana tahu nt naim pun nk cuba
DeleteTak pernah mkn. Huhu lahai nak jgk cuba laaa. Ramai kata sedap. Bagusnya kanak2 under 6y takde cas. Biasa dikenakan. Ni sekali hadap depan mata mahu kekenyangan.
ReplyDeleteMmg kekenyangan sis. Mujur nampu drive balik haha
Deletewoww berbaloi-baloi harganya tu!
ReplyDeleteSgt kak sunah. Mkn smpai lebam pulak tu
Deletewahh entri pasal makanan lagi! bertambah laparlah saya haha. nampak sedap ya dim sum buffet ni, walaupun tak pernah cuba. ahrga pun berpatutan. in shaa Allah jika ada urusan ke johor bolehlah cuba nnti :)
ReplyDeleteMeh dtg cuba. Hahahaa nur dan makanan berpisah tiada!
DeleteLama dah tk makan dimsum. Nanti nk makanla. Sedapnye
ReplyDeleteMeh jemput dtg ke Renaissance jb hotel
DeleteDim sum mmg fav sis. Semua sis suka tak ada yg tak suka..hehehe. nanti kalau ke jb bolehlah singgah makan dimsum kat sini
ReplyDeleteYeay jemput makan dekat Renaissance jb hotel yaa sis
DeleteSedapya!!! Nak nak! Sekarang ada halal~ what is the taste like ~?
ReplyDeleteNext time my turn try out halal dimsum~
Its taste very delicious. Serius cakap!
DeleteBestnya Dim Sum kita suka yang warna oren tu mesti intinya Salted egg best lah kalau dapat hehehe lama tak makan dimsum kat nak pergi sini jauh cari kat Kl lah heheh kalau sampai JB kita cuba yang kat sini ok,,,,
ReplyDeleteAah bun oren tu kira antara favourite org cina tau. Ok bro maha. Jemput dtg mkn kat Renaissance jb hotel ya
Deletesedapnya dim sum!!! Eat All You Can pulak tu... perghhhh, inilah yang sya nanti-nantikan... harga pun okay, berpatutan... bila tengok gambar-gambar tu semua, adoiiii... craving terukssss... hehehehe...
ReplyDeleteYeahhhh. Makan lah apa awak nak, selagi boleh sumbat dlm perut. Jemout ftg mkn kt Renaissance jb hotel ya
DeleteSedap dan menarik tak pernah makankat sini. Ingat satu hari nak datang and cuba sendiri
ReplyDeleteBerbaloi sangat ngn harga..bayar rm68 boleh makan lebh dari 30 jenis dim sum.. Kenyang perut..nant klu nd singgah jb, boleh la try..
ReplyDeleteMenu semuanya sedap-sedap ni, adeoiii nak pi jugalah makannn
ReplyDeletehmmm..ain x berapa minat sangat dimsum.. tapiiii uollss punyeee gambarr....alahaii..nampak dapp angat..
ReplyDelete