Jom Terbang Ke Negara Jiran Dengan Jetstar
Hye assalamualaikum semua.
Kabare waras ke korang? Moga sihat dan ceria hendaknya. Maaf lah terlebih hyper
saat article ini ditaip. Maklumlah excited nak bercuti bulan depan. Alang-alang
nak pergi sambut Hari Konvokesyen adik ipar di Universiti Utara Malaysia (UUM), kami
sekeluarga plan nak bercuti sekali. Perjalanan dari Johor ke Kedah mesti
mengambil masa yang sangat panjang kan? So kami plan akan berhenti sambil
bercuti di tempat-tempat terpilih nanti.
Dari sekarang lagi Nur dan
adik ipar dah usha-usha tempat penginapan untuk kami sekeluarga yang jumlahnya
10 orang. Nak book awal supaya dapat pilih ikut kesesuaian. Karang booking last
minute tak menepati citarasa pulak. Kan dah susah tu. So macam biasa lah, Nur
cari semua tu di Traveloka; jawapan segala pencarian keperluan percutian, baik
dari segi penginapan, flight, pengangkutan (kereta sewa, bas, train), tempat
makan dan banyak lagi.
Cakap pasal flight, korang
pernah tak travel naik Jetstar? Jetstar ni ialah salah satu penerbangan tambang
murah jugak la, sama macam Air Asia. For info, Jetstar ni based kat Australia -
Jet Star Pty Ltd - ialah low cost airline yang berpusat di Melbourne - ni
merupakan subsidiary kepada satu lagi BIG Airlines company iaitu Qantas. Untuk
market Asia, Jetstar Asia ditubuhkan dan berpusat di Singapore.
Melalui Traveloka pun boleh
book tiket Jetstar tau. Nur nak share ngan korang camne korang nak dapatkan
Jetstar flight promo dengan harga murah?
- Korang bukak Traveloka (web boleh, apps pun boleh), kemudian korang click flights. Nanti kat page flights tu akan ada logo airlines seluruh dunia, dan cuba korang click kat logo Jetstar, kalau korang tak tau korang boleh google Jetstar.
- Bila korang dah click logo korang akan dihantar ke page untuk Jetstar.
- Kat page Jetstar korang boleh pilih dari mana korang punya flight dan destination korang. Lepas tu korang pilih berapa adults yang nak naik, suggestion aku korang letak 1 je dulu. Lepas tu korang pilih seating class ikut bajet korang. Then pilih tarikh yang korang plan pergi, then last sekali click Search.
Nanti akan keluar list of
flights yang available dan biasanya yang paling murah akan ada kat paling atas.
Dengan cara camni korang dah boleh dapat promo Jetstar terbaru. Mudah je kan?
Oh ya, dengan Jetstar korang
boleh pergi ke Singapore juga tau. Kat page tu korang boleh book flight to Singapore online dengan harga semurah yang mungkin. Senang kan actually nak
plan dengan bajet yang korang ada. Antara tempat menarik di
Singapore yang korang boleh kunjungi adalah:
Asian Civilisations Museum
(ACM) merupakan sebuah muzium tiga tingkat yang menempatkan pameran budaya Asia
yang terdiri daripada budaya masyarakat
Melayu, Cina, India, Dunia Islam dan Asia Tenggara. ACM mempunyai sebuah
restoran, Empress yang menampilkan hidangan tradisional Cina dalam suasana
kontemporari, dan juga kafe, Privé ACM yang menawarkan makan sepanjang hari.
Terdapat juga dewan yang tersedia untuk mengadakan majlis. Kedai muzium di ACM
menyediakan cenderahati dan pelbagai buku mengenai seni Asia.
MINT Museum of Toys juga
merupakan satu-satunya muzium permainan dengan koleksi yang terbesar di Asia
Tenggara. Macam kebanyakan muzium yang terdapat di Singapura, semua pameran
dilengkapi dengan teknologi moden untuk menjadikan galeri lebih interaktif bagi
para pelawat. Bukan anak-anak korang je yang seronok di MINT Museum of Toys ni,
korang pun pasti turut sama excitednya nanti bila tengok bermacam permainan
vintaj yang dipamerkan kat sini. Bukan sikit permainan yang ada kat sini, tapi
lebih daripada 50,000 ribu kesemuanya, mesti ada yang membawa nostalgia untuk
siapa pun yang melawat. Yang menariknya lagi, ada juga permainan yang telah
berusia lebih daripada seabad dipamerkan kat sini. Permainan-permainan vintaj
ini didatangkan dari lebih daripada 40 buah negara.
Dah puas berjalan di
Singapura mesti nak bawa pulang sesuatu sebagai buah tangan kan? Tapi bajet
pula makin mengecil lepas ke sana ke mari, maka Bugis Streetlah lokasinya untuk
bershopping dengan murah tanpa rasa bersalah. Kat sini korang boleh temui
bermacam barang dari pakaian, cenderamata, kosmetik hinggalah ke gajet,
semuanya ada kat sini. Mana taknya, ada lebih daripada 800 gerai kat sini,
memang tak habis jalan kalau sehari. Untuk datang ke Bugis Street ni senang
saja sebab ia terletak hanya beberapa tapak sahaja dari stesen MRT Bugis.
Untuk pengetahuan korang kat
sinilah terletaknya bermacam tarikan berkelas dunia termasuklah tempat
penginapan, restoran, spa dan tempat-tempat hiburan yang menyeronokkan. Tarikan
terkenal yang terdapat kat sini adalah macam Universal Studios Singapore, The
Adventure Cove Waterpark, Maritime Experiential Museum, dan S.E.A. Aquarium
yang juga merupakan oceanarium yang terbesar di dunia. Sah tanpa ragu lagi
Resort World Sentosa patut ada dalam senarai destinasi lawatan korang kalau ke
Singapura.
Sewaktu menaiki perahu di
sungai ini korang akan dapat tengok tugu berwarna putih Sir Thomas Stamford Raffles, askar British
yang banyak menyumbang kepada kemodenan Singapura. Kawasan di mana tugu ini
didirikan dikatakan sebagai tempat pertama Raffles telah menjejakkan kaki
sebaik sampai di Singapura.
Walaupun Singapura merupakan
sebuah negara yang cukup membangun dan moden, tapi kualiti alam sekitarnya
sangat mengagumkan. Jomlah kita ke negara jiran kita ni dengan Jetstar.
All day every day low fares
21 Comments
best jugak kalo naik flight walau ke sebelah negara aje kan...jimatkan masa dan tenaga...
ReplyDeleteDari Johor ke SG kalau naik flight, tak sempat nak tido dah hehehehe tau-tau dah sampai heheheh..
ReplyDeleteSempat lagi tu kalau singgah uss tu kalau naik flight. Boleh balik hari lagi. Hehe
ReplyDelete2 thn lepas sy celeb anniversary ngan hubby, ke singapore, 2h 1m je. Sempat lah ke uss, bugis street, pastu kedai murtabak spore yg famous tu. Jenjalan mana ntah lagi x ingat. Hehe
Sbb naik flight, so masa utk travel tu jd singkat. Byk la masa nak jenjalan..
Pasni nak try la airlines ni..
Red Linda https://anakperak.com
Ooo baru saya kenal JETSTAR ni. Thanks sebab share.. senang nak travel ke negara dekat-dekat. Ada pula Traveloka yang memudahkan kerja kita semuanya :)
ReplyDeleteLamaynya tak pergi Singapore! Jalan jalan kat Bugis street mmg favourite betul. Pastu wajib lah pi USS dan Sentosa rinduuuu!
ReplyDeleteHaven't been there for a long time. Can consider using this airline next time :)
ReplyDeleteIt's great to travel with traveloka.... let's plan for another trip.. looks like there's a lot of great deals there..
ReplyDeletetraveloka memang banyak promo istimewa kan. kalau rajin survey memang dapat yang murah. teringin nak bercuti ke oversea, nak cuba airline yang lain ;). bolehla try book untuk percutian akan datang ;)
ReplyDeletejetstar. pernah dengar tapi belum pernah usha lagi. hehe. semestinya nak melancong ke luar negara pilih traveloka. senang rujuk dan harga memang murah compare yg lain.
ReplyDeleteGood post! I missed Singapore. Thanx for sharing your awesome travellog ya. Take care and have a good day. Hope you are good.
ReplyDeleteguna traveloka memang jimat duit. lagi pun kl dengan singapura sejam je flight kan. BBL selalu jugak guna website traveloka untuk compare harga tiket flight & hotel. lagi-lagi traveloka ada provide kod diskaun..siapa tak suka weh
ReplyDeleteJetstar ni memang pergi Singapura jer ker kenapa masa nak pergi Indonesia hari tu tak jumpa kalau tak dah boleh beli tiket kat sini memang mencari sangat hari tu masa pergi Surabaya hehehe Trevaloka kena tengok lepas ni...
ReplyDeleteLama x jejak kaki ke negara jiran... Promosi banyak.. tapi, masa lapangnya tiada T-T
ReplyDeleteJetstar ni penerbangan baru ke..
ReplyDeleteKe cik mimi yang baru tahu. Hahaha
Kalau dapat peluang bercuti, memang elok plan awal awal kan.
Baru segala perjalanan berjalan dengan lancar.
Belum pernah lagi naik jetstar. Pernah dgr..naik je blom. Tahun ni tak ada peluang nak travel mana2 sb anak exam..tahun depan baru leh gerak sana sini..nanti nk check traveloka lps ni
ReplyDeleteTeringin nak pgi Singapore hehe. Tapi kwsn dlm Malaysia pun mcm tak habis lagi pusing. Btw fiirst time dgr pasal Jetstaar ni.
ReplyDeleteBru kenal pasal jetstar nj. Mklumlah xpernah travel versea jd xtau sangat nama2 kapal terbang utk setiap negara... Hehehe... Skrg mudah jug ya berurusan dengan traveloka...
ReplyDeleteBaru dapat tahu ada Jetstar. Mudahnya guna Traveloka kan. Sis pun kalau travel, mesti guna traveloka. Tapi dah lama x travel disebabkan lepas sorang anak exam, sorang lagi exam... hahaha...
ReplyDeletedengan trevaloka sekarang ni dh mudah...lengkap dengan pelbagai pilihan...jadi kita semua xpayah susah2 nk guna travel agent...boleh booking direct je..
ReplyDeleteTraveloka nie mmg AM selalu guna n rujuk.. Nnti nak ke Singapura leh la AM rujuk iternari amelia n pegi tmpt yg disarankan yea.
ReplyDeleteNi first time emi dengar pasal flight Jetstar ni. Hehe. Memang tak pernah tahu kewujudan Jetstar. Ni dah tahu, boleh la cuba next time.
ReplyDelete