Pengalaman Menghidap Guillain Barre Syndrome (GBS)
Nak nangis rasa bila buka FB Messenger, ada request beberapa
message dari bulan Ogos yang Nur tak perasan pun. Message beberapa pesakit GBS
yang bertanyakan pengalaman Nur sebagai GBS fighter. Ada yang minta pendapat
dan bertanyakan soalan begini dan begitu. Nur susun sepuluh jari minta maaf.
Nur dah lama tak lepak FB. On FB pun untuk update apa yang patut sahaja. Sekali
lagi Nur minta maaf ya.
Nur ada share sedikit info berkenaan GBS di FB dan Nur sangat
tak sangka, ada yang share dan ramai juga yg pm tanya pasal GBS memandangkan
Nur sendiri seorang GBS Fighter. Jadi untuk memudahkan kerja, Nur tulis kat
sini jela. In case akan datang ada yang bertanya lagi, Nur boleh kasi link
entry ni sahaja. In shaa Allah memudahkan urusan kedua belah pihak.
Bagi yang nak tahu FB post yang Nur share tentang GBS tu,
boleh baca di sini ya: Cerita Ringkas Apa Itu GBS di Facebook
Ok Nur akan mulakan dengan pengalaman Nur sendiri, macam
mana Nur tahu Nur diserang GBS.
Kejadian terjadi pada tahun 2016 dimana Nur berusia 22 tahun
ketika itu dan belum berkahwin. Tiba-tiba hujung jari telunjuk (kanan) Nur rasa
kebas. Nur ingatkan kesan terkena permukaan kayu sebab masa tu Nur praktikal di
construction site, Nur ada buat inspection terhadap kerja pemasangan pintu. Nur
pergi ke klinik untuk pemeriksaan. Ujian darah semua dah buat tapi keadaan diri
Nur normal. So doktor bekalkan vitamin.
Tapi rasa kebas tu tak hilang dan makin hari, rasa kebas
makin merebak ke hujung jari-jari yang lain, termasuk jari tangan kiri dan jari
kedua belah kaki. Pergi ke klinik lagi sekali dan Nur siap buat ujian gula
dalam darah, takut ada kencing manis yang buat rasa kebas tapi keadaan diri
masih normal. Doktor masih tak tahu apa yang terjadi pada Nur, dan Nur
dibekalkan vitamin tambahan.
Hari demi hari keadaan makin teruk. Kekuatan otot kaki makin
merosot. Masih boleh berjalan tapi ada sedikit lemah. Nur masih lagi datang ke
construction site untuk teruskan tempoh praktikal. Buat kerja macam biasa
walaupun agak mencabar untuk berjalan di tapak binaan yang kita maklum keadaan
jalan tanah merah yang tak rata dan berlecak.
Sehinggakan pada suatu pagi Nur turun tangga (jenis kayu
yang penghuni dalam rumah tu akan dengar kalau ada orang naik turun tangga)
untuk bersiap pergi ke site, dan bunyi tangga yang agak kuat menarik perhatian
ayah yang pada pagi itu juga hendak pergi kerja. Melihat keadaan anak yang
turun tangga dah macam gergasi gayanya, ayah terus ambil EL dan bawa Nur pergi
ke Hospital Sultan Ismail (HSI). Nur agak degil untuk pergi ke hospital, tapi
kali ni Nur akur juga.
Naik kerusi roda yang disorong oleh ayah. Kali ni terasa
sangat diri ini masih lagi anak dara ayah yang memerlukan bantuan ayah. Nur
jenis tak suka susahkan orang, selama ni apa-apa jadi pada diri Nur, Nur cuba
untuk selesaikan sendiri. Di hospital, pada mulanya ujian darah dan juga X-Ray
dibuat. Keputusan darah dan X-Ray tiada menunjukkan sebarang keadaan yang luar
dari biasa. Normal semuanya.
Dan kes Nur ini ditolak ke bahagian ini dan itu. Nampak lah
bagaimana keadaan tegang antara doktor yang berlainan department membincangkan
sakit Nur yang tak tahu punca ni. Akhirnya, Nur diterima oleh department
medical dan bermulalah tempoh Nur warded selama 12 hari.
Ujian Air Tulang Belakang
Doktor dah bagi tahu, the only way yang boleh Nur buat untuk
mengesan sakit apa yang sedang Nur hadapi adalah dengan membuat ujian Lumbar
Puncture atau bahasa melayunya ujian air tulang belakang. Nur terima. Tapi
malangnya tidak bagi pihak ayah dan keluarga Nur. Yela, majority masyarakat
kita berfikiran ujian air tulang belakang boleh memberi kesan lumpuh buat
pesakit. Jadi Nur request untuk ikhtiar dulu detect sakit Nur dengan ujian CT
Scan dan MRI. Tapi malangnya kedua ujian ini tidak menunjukkan apa-apa yang
dapat membantu doktor untuk mengesan punca sakit yang Nur hadapi ketika itu.
Nak buat kedua-dua ujian ini pun mengambil masa beberapa hari. Maklumlah
hospital kerajaan. Pesakit bukan sikit kan?
Keadaan kesihatan diri semakin merosot. Otot kaki makin
lemah. Nur tak boleh berjalan sendiri melainkan orang lain papah. Dah mula
pakai pampers ketika itu. Taknak guna tube untuk buang air kecil. Muka Nur pun
dah senget sebelah (macam orang strok). Selera makan pun merosot. Berat drop
6kg. Doktor gesa untuk buat ujian Lumbar Puncture. Nur memang setuju. Nur
memang berserah sahaja semuanya pada Allah. Tak larat dah menanggung sakit
ketika itu. Selagi doktor tak dapat kesan Nur sakit apa, selagi tu doktor tak
dapat beri rawatan.
Muka senget effect GBS |
Sah GBS & Rawatan IVIG
Akhirnya, ujian Lumbar Puncture dijalankan. Lagi sekali
pengalaman perit tercatat dalam perjalanan hidup Nur. Sakit yang teramat sakit
ketika proses ujian air tulang belakang diambil walaupun bius sudah diberi.
Sampaikan selepas ujian air tulang belakang dah selesai, doktor terpaksa beri
Nur ubat tidur sebab keadaan Nur agak teruk ketika itu.
Keputusan ujian air tulang belakang menunjukkan Nur diserang
penyakit GBS. Tiada ubat buat penyakit ini tapi sejenis ubat/rawatan (IVIG, intravenous pooled immunoglobulin) akan
diberi mengikut dos yang sesuai kepada pesakit. Mengikut apa yang Nur paham, IVIG bertindak sebagai penebat
bagi melindungi sistem saraf pesakit yang telah diserang oleh sistem imun badan
sendiri. Tiada lagi serangan terhadap sistem saraf apabila sistem saraf telah
dilindungi. Manakala keadaan pesakit (boleh rujuk FB post diatas) akan beransur
pulih dengan sendirinya. Tempoh pemulihan bergantung pada tahap sakit seseorang
pesakit itu sendiri.
Consume Produk 4Life
Info tambahan, selain menerima rawatan IVIG, Nur juga consume 2 daripada
produk 4life (sponsor by En. Syakib) untuk menguatkan lagi sistem imun Nur supaya kadar pemulihan dapat dipercepatkan.
1. Riovida air - Sejenis cecair yang diperkaya dengan jus buah-buahan antioksidan, seperti Acai, buah delima, blueberry, elderberry, dan anggur ungu
2. Transfer factor (TF) - TF dihasilkan oleh sistem imun, untuk sistem imun. Sumber TF
yang paling berkesan ialah kolostrum lembu dan kuning telur ayam. TF adalah dalam bentuk pil.
Sebagai ahli keluarga mesti dorang nak terbaik kan? Takkan
Nur nak tolak? Nur pun consume 2 produk ni semasa warded dan selepas
discharged.
Berminat untuk dapatkan produk 4Life, korang boleh contact En. Syakib - 019-7100010.
Doktor tak sangka Nur cepat pulih walaupun Nur menghidap GBS stage awal. Nur dah boleh
berdiri tanpa perlu sokongan apa-apa pada hari ke 11 Nur warded. Tapi berjalan
masih perlukan sokongan ketika itu. Jadi atas perbincangan bersama doktor, Nur
boleh discharged tapi perlu menjalani proses pemulihan dan fisioterapi terlebih
dahulu. Selepas pihak pemulihan dan fisioterapi berpuas hati dengan kemajuan
diri Nur, baru Nur boleh discharged.
Di bahagian pemulihan, Nur menjalani beberapa aktiviti untuk
merangsang deria sensor tangan, kordinasi tangan dan kekuatan otot tangan. Nur
lupa apa nama aktiviti tersebut.
Di bahagian fisioterapi pula, Nur perlu menjalani aktiviti
seperti kayuh basikal, bangun duduk kerusi, berjalan dalam lane dan lain yang
Nur tak berapa nak ingat.
Alhamdulillah, dapat discharged
Tempoh warded 12 hari untuk pesakit GBS tu dikira tempoh
yang agak cepat juga. Nur pun tak sangka. Berkat doa dan semangat mak ayah,
keluarga dan mereka yang mendoakan Nur, juga ikhtiar dengan produk 4life, Nur bertambah sihat dan dibenarkan untuk discharged dan
menjalani aktiviti fisioterapi sendiri dirumah. Nur jadikan tangga dirumah itu
sebagai tempat untuk Nur exercise menguatkan kaki. Mak agak risau tapi Nur
perlu kuat sebab Nur ada lagi sem terakhir pengajian Nur bakal bermula.
Walaupun masih belum boleh berjalan dengan normal, Nur tetap
pergi kuliah. Tapi jalan tak perlu guna tongkat, kadang Nur pimpin tangan kawan
atau jalan sendiri perlahan-perlahan. Masih belum boleh menulis dengan baik
ketika itu. Agak mencabar sebab kelas kuliah berlainan tempat.
Ada juga rawatan susulan yang Nur jalankan juga di hospital
untuk memastikan Nur betul-betul sihat. Alhamdulillah, selepas tak lebih 2
bulan, Nur dah boleh jalan normal seperti orang lain. Tangan dan kaki dalam
keadaan baik dan 100% Nur sihat dari penyakit GBS.
Sekian sedikit coretan tantang pengalaman Nur mengalami
sakit GBS. Satu pengalaman yang perit sebenarnya. Banyak air mata dah
dikeluarkan semasa tempoh sakit. Hampir give up. Tapi syukur alhamdulillah,
masih bertahan hingga sihat sepenuhnya. Buat GBS Fighter yang lain. Jangan
mengalah. Awak kuat. Kesembuhan itu pasti ada. Sabar dan teruskan bersemangat
untuk pulih.
Buat mereka yang beragama Islam, walaupun sakit, dan keadaan
tak normal seperti orang lain, solat jangan tinggal. Tak susah pun. Ada cara
dan kaedah untuk orang yang sakit solat. Zikir jangan tinggal. Nur akui, ada
masa semangat kita drop sampai 0. Tapi tolong bangkit kembali. Zikir. Doa. Mohon pada Allah untuk diberi kekuatan dan
kesabaran. In shaa Allah, korang akan pulih dari GBS.
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk entry yang panjang
ni. Assalamualaikum.
20 Comments
Allahu Akbar!Alhamdulillah, Nur diberi kesembuhan, diuji semasa usia muda, jika tiada keluarga yg jadi tulang belakang mungkin Nur akan hilang arah, terima kasih pd keluarga Nur.
ReplyDeleteAllahu . Semoga terus kuat ya dan cepat sembuh. Haida doakan kesejahteraan kesihatan yang baik buat awk
ReplyDeleteI really admire your fighting spirit. Semoga terus diberi kesihatan yang baik.
ReplyDeleteTerharu dengan kekuatan jiwa dan jati diri awak. Semoga terus sihat dan di dalam jagaan Allah selalu <3
ReplyDeleteMoga Nur terus sihat ye.
ReplyDeleteKhusyuk aida baca kisah Nur.
Alhamdulillah... Semuanya ok ok aje kan.
Yg penting, mental kena kuat,kan.
Then ok.
Akak pernah dengar tentang pykt ni dari colleague akak cerita kawan dia kena pykt ni..dan sampai sekarang masih berubat. Alhamdulillah Nur dan sembuh sepenuhnya..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Semoga terus kuat sis
ReplyDeleteAllahu akbar. Memang perit nak lalui semua ini. Dengan pengalaman ini memberi keinsafan kepada kita. Semoga terus tabah dan berlapang dada setiap ujian dari Allah. Ada hikmah yang kita semua tidak tahu.
ReplyDeleteDo take care and pray for your speed recovery. You can do it and lead a healthy life after this challenge.
ReplyDeletepada awal pembacaan mek tak tahu sangat cerita ni. Tapi bila cerita dah habis tetiba mek teringat peristiwa di uitm dulu. Masa mek check in first day, mek dah dapat katil bawah. tetiba lepas turun ambik barang, tengok cadar yang mek pasang dah dicabut and diletakkan di atas. bila ditanya katanya orang baru letak cadar dia sebab dia ada GBS ni lah. so tk boleh panjat katil. Pengetahuan mek tentang GBS memang zero. Dan masa tu darah muda takde rasa simpati, terus marah budak tu sebab kokye pun kau sakit mintak izin aku dulu lah nak cabut cadar tu. hmmm. sekian cerita daripada mek.
ReplyDeleteYa Allah, baca ni pun dah seram dan rasa sangat pengorbanan yang telah dilalui, Alhamdulilah nampanya dah okay sekarang ni kan. syukur
ReplyDeleteBaru tahu pasal penyakit GBS ni. Tak sangka mula drai kebas kebas. Selalu kalau kita rasa kebas kita akan assume mesti ada diabetes kan. Nur memang seorang yang kuat. Jadi inspirasi kepada mereka ya g ada gbs juga
ReplyDeleteTerima kasih share info berkenaan penyakit ini. Alhamdulilah dah makin sihat. Moga terus diberikan rezki olehNya untuk terus sihat.
ReplyDeletedia start dengan kebas ye... aduhai, kalau kita yang tak tau ni, mungkin akan ingat itu adalah simptom kebas biasa (semut-semut gitu)... alhamdulillah Nur dah semakin sihat... kami sekeluarga doakan agar Nur diberikan kekuatan untuk menghadapi segala rintangan mendatang...
ReplyDeleteYa allah. Seram baca kisah tentang sakit ni. Tapi mmg dugaan kan kalau tiba2 jatuh sikit and agak bahaya jugak tu
ReplyDeleteAlhamdulilah, bagus Nur kongsikan pengalaman macam ni, ramai di luar sana boleh jadikan satu kekuatan bila baca artikel Nur..moga Nur terus sihat ya..
ReplyDeleteMoga terus diberikan kesihatan yang baik oleh Allah. Dugaan sakit ni datang tanpa kita sedar, memang kena kuat dan sabar hadapi.
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan
ReplyDeleteSalam, saya ingin mendapatkan perkongsian pengalaman tentang pengurusan kehidupan pengidap GBS di Malaysia.
ReplyDeleteAllah...baru tau kewujudan sindrom camni.
ReplyDelete