Resepi Mudah Kek Chiffon Pandan Yang Gebu Dan Sedap
Maaf lah ada santan Ayambrand kat situ. Buat kek chiffon pandan ni masa join contest Ayambrand hihi |
Buat penggemar kek chiffon pandan, lepas baca resepi ni korang dah boleh jimat tak payah beli kek chiffon kat kedai. Buat sendiri je kat rumah. Serius Nur cakap senang je nak buat dia. Tak leceh. Tak guna margerin pun. Eh kenapa mention margerin? Sebab kalau buat kek guna margerin, yang lecehnya bila nak cuci perkakas sebab berminyak. Yang lain ok je hahahaha. Sedap dan sangat berbaloi korang buat. Confirm boleh tambat hati mak mertua!
Iyolaaaa serius boleh tambat hati mak mertua. Cakap gini
sebab family mertua Nur baik dari umi ayah dan juga adik beradik yang lain semua
suka makan manisan. Buatlah apa pun mesti laku. Terharu diri yang membuatnya
tau. Bukan apa, Nur suka buat je. Makannya kurang . Tapi kek chiffon ni memang
kegemaran Nur. So kalau buat untuk family mertua, Nur akan join sekali makan.
Tapi berpadalah makan. Karang dikatanya buruk siku hahahahaha. Jom usha resepi dia!
. . . . . . . . . . . . . . . . .
Resepi Mudah Kek Chiffon Pandan Yang Gebu Dan Sedap
Antara bahan yang diperlukan |
Sebelum tu nak warning sikit. Kalau ikut resepi ni, Nur dah kurangkan kuantiti gula sebab Nur kurang gemar kek yang terlalu manis. Manis dia just nice gitu. So tak muak makan. Sebab tu kalau buat, cepat aje lesap keknya. Hihi
BAHAN A
6 biji kuning telur
2/3 cawan minyak jagung (guna minyak sawit pun boleh)
2/3 cawan santan kotak
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan gula kastor
2 SB pes pandan (baca nota kat bawah sekali)
1 1/2 cawan tepung gandum diayak
2 sudu kecil baking powder diayak
BAHAN B
6 biji putih telur
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil cream of tar tar
CARA:
Sebelum start buat kek chiffon, ada beberapa perkara yang perlu untuk korang take note. Untuk mendapatkan meringue (Bahan B) yang baik semasa membuat kek chiffon, ini antara tips yang Nur gunakan:
- Pastikan tiada setitik air pun dalam putih telur. So, lepas basuh telur, pastikan telur tersebut dilap sehingga kering.
- Bekas dan peralatan untuk pukul telur pun kena pastikan kering dan bersih.
- Pastikan tiada setitik kuning telur dalam putih telur. Berhati-hatilah semasa mengasingkan putih & kuning telur.
Bahan A:
**Untuk bahan A, tak perlu gunakan mixer pun. Guna whisker dah cukup. Gaul pun tak perlu sampai kembang. Cukup sampai sebati semua bahan. Gunakan bekas yang sedikit besar untuk Bahan A sebab nanti, Bahan B akan dimasukkan ke dalam Bahan A so adunan akan bertambah banyak. Let's go!
1. Ayak tepung gandum dan baking powder bersama. Ketepikan.
2. Kocak kuning telur terlebih dahulu dengan menggunakan garfu selama 1 minit. Kemudian masukkan pula gula dan garam. Kacau rata.
2. Masukkan pes pandan, minyak & santan dan kacau
lagi.
3. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak tadi. Gaul sebati semua bahan menggunakan whisker sehingga sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan B (meringue):
2. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit. Anggaran dalam 1 sudu besar macam tu sampailah gula tu habis. Jangan masukkan semua gula sekaligus ya. Mixer tetap on dengan kelajuan sederhana tau.
3. Bila gula dah habis dimasukkan, masukkan pula cream of tar tar. Haaa kalini gunakan kelajuan maksimum. Pukul lagi hingga betul-betul kembang atau dah mencapai tahap stiff peak. Kalau nak tahu meringue korang dah jadi dengan baik, cuba terbalikkan bekas selama 10 saat. Kalau adunan statik tak jatuh, okay dah tu.
4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit. Gunakan spatula dengan kaedah kaup balik sehingga habis licin meringue. Macam mana nak tahu adunan dah siap? Jawapan dia adalah bila sudah tiada lagi garisan putih dalam adunan.
5. Bila adunan dah siap, tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser dengan minyak pun tau.
6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali untuk pecahkan air bubble (jangan kuat sangat.Manja-manja ajerr) sebelum di masukkan ke dalam oven.
7. Ikut pengalaman, Nur perlukan masa sejam lebih untuk hasilkan kek chiffon ni. Mula-mula Nur bakar kek dengan suhu 150'C selama 60 minit, api atas bawah.. Kemudian Nur sambung lagi bakar dengan suhu 170'C selama 10 minit, api atas bawah. Lepas tu Nur bakar lagi dengan suhu 150'C selama 1 minit (anggaran sahaja), api atas untuk menggaringkan permukaan atas. Adjust la ikut oven masing-masing ya.
8. Lepastu, korang boleh cucuk kek dengan lidi untuk kepastian kek dah cukup masak ke belum. Kalau lidi tu licin aje, maksudnya kek dah cukup masak lah tu.
9. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk. Tapi kalau Nur tak tunggu sampai sejuk pun, asalkan kek dah jatuh keluar dari loyang, Nur angkat & ketepikan loyang, pastu terbalikkan semula kek. Haaaa pandai-pandai korang laa nak terbalikkan macam mana.
10. Haaaa apa lagi, bolehlah kek tu di potong dan hidangkan macam dekat gambar atas sekali tu.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . .
. . . . . . . . . . . . . . . .
Ok selamat mencuba pada mereka yang ingin mencubanya. Berbaloi sangat kalau buat sendiri. Hasil pun sangat memuaskan. Makan pulak dengan keluarga tercinta. Pehhhh memang ngam lah!
Tengok tu. Light, airy, fluffy & bouncy texture. Sexy betul |
28 Comments
Rajinnya dia buat kek chiffon. Ingat lagi zaman kek ni viral masa akk kecik2 dulu, hampir tiap hari kakak akak dok kisar daun pandan nak buat kek ni, hihi
ReplyDeleteNur guna pandan paste je kak. Tak rajin nak kisar daun pandan. Tp klu guna yg ori lg sedap & naik bau dia kan
DeleteSedapnya kek ni. Memang simple bebeno pembuatannya. Masa kecik2 memang makan kek ni la. Kalau guna bahan asli memang yummy rasanya.
ReplyDeleteRajinnya dia buat kek nie. Resepi pun tak banyak karenah dan bahan. Agak-agak, Rawlins rajin tak nak buat? Haha
ReplyDeleteNak suruh adik buatkan la. Rawlins jadi food tester je.
betul-betul gebu la kek chiffon tu.. mudah je resepi & video tutorial sangat simple mudah nak faham. boleh la BBL cuba sendiri nanti ye
ReplyDeleteAduuhh, sedapnya akak buat. Senang betul nampaknya buat kek chiffon ni. Nak faham pun mudah. Bahan pun tak banyak digunakan. Lama dah tak buat kek. nanti nak buat la kek chiffon pandan.
ReplyDeleteSia auka kek chiffon. Bole la cuba resepi ni tapi kdg tu waktu lak xde. Tapi apa pun tk share resepi.
ReplyDeletewah!!! nampak mudah betul nak buat kek chiffon gebu-gebas vogue de vass nih... dah la kek chiffon ni favourita de amour my better half and children... jadinya, memang akan ku cuba resepi ini... terima kasih ya kongsi resepi...
ReplyDeleteSy suka cake chiffon ni lembut sahaja, terima kasih kongsikan resepi ada masa nak try nnt, by the way saya dah follow Instagram nnt follow back yea.. zaidalifah_aisheteru tq
ReplyDeleteYa ampun
ReplyDeleteKek feveret ni. Nanti nak try buat ikut resepi ni. Mudah jer nmpk cara yg digunakan
Wowww sedapnya nampak kek ni. Save resipi ni dulu. Boleh buat kemudian.
ReplyDeleteAhaaa betul tu, pakai merjerin memang leceh nak cuci perkakas. Selalunya rendam dulu dengan air panas semalaman. Senang je rupanya nak buat kek chiffon ni, terima kasih nur sudi share resepi ni :)
ReplyDeleteWahhh cantik gebu nampak kejadian dia. Sis suka makan kek chiffon tapi buat dia tak pandai. Dah ada resepi ni bolehlah cuba kan. Tq ya share resepi
ReplyDeleteYa ampun nampk sedap dan lembut kek nya..bahan takdela sush mana..nak cuba buat la..arghh teringin tekak makan kek ni..tapi nak cari bargnya dulu..tq share
ReplyDeletebila tengok orang buat kek dengan mudah teringin nak buat kek cuma kekangannya adalah oven. huhu. mek kat rumah tkde oven so banyak tengok aje kek daripada membuatnya.
ReplyDeleteSeronok tengok orang memasak, buat kek dan sebagainya. Saya ni yg tahu, makan je. Nk buat mmgg tak reti. Haha. Terima kasih share resepi ya
ReplyDeleteBestnya makan kek.. pekena ngan teh o panas. Pergh. Thanks kerana share resepi kek ini. Ramai yang boleh rujuk :-)
ReplyDeleteYa Allah sedapnya tengok hasil yang jadi memang nak kena cuba lah ni bestnya rugi kalau tak buat mudah lak tu hasil yang sedap giler thanks share kita nak juga cuba ni kena buat mudah...
ReplyDeleteAlahai sedapnya.... Dah lama kita tak baking. Nampak senang hasil gebus resipi awak ni. Nak try laaaa
ReplyDeleteTq tau
Sedaap nya..suzie mmg suka kek chiffon..klo sekali ngap pasti nak lagi..😊😊
ReplyDeleteNampaknya sangat gebu, Ayam Brand Santan memang wangi dan ori. Mouse mommy pun selalu guna produk Ayam Brand untuk masakan. Yum..yum... kek chiffon pandan akk mesti wangi dan sedap!
ReplyDeletealahaii..sedapnya laa..tp kurang pandai nak baking kek sendiri :-)
ReplyDeleteWaaaa nak kena cuba ni ...nampak mudah ajeee
ReplyDeletemacam mudah je cara nak buat kek chiffon pandan ni. favourite! boleh cuba nanti. Terima kasih
ReplyDeletePandainya buat kek, nmpk sedap pula tu hehe
ReplyDeleteBonda mmg peminat kek chiffon ni...wahh cuti hujung minggu ni boleh laa cuba resepi baru ni...tq for sharing
ReplyDeleteNie pn favret suzie jgk..mmg suka mkn kek chiffon xcukup nur..haha
ReplyDeleteTanx sharing. Janji rajin. Hehe
ReplyDelete