Sedapnya Makan Malam Truly Malaysian Buffet Dinner, DoubleTree By Hilton, Johor Bahru
Hari Malaysia adalah cuti
yang disambut pada 16 September setiap tahun sebagai tanda memeperingati
penubuhan Persekutuan Malaysia. Tidak lepas peluang juga dalam usaha
memperingati Hari Malaysia, Makan Kitchen di DoubleTree Hotel Hilton Johor
Bahru telah menganjurkan Truly Malaysian Buffet Dinner.
Bertemakan keharmonian budaya
di bawah satu bumbung, Makan Kitchen menghidangkan pelbagai hidangan tempatan
yang diilhamkan dari kepelbagaian makanan yang ada di seantero Malaysia yang
semestinya sedap dan menyelerakan.
Sepanjang bulan September
2019 ini, dengan hanya RM88 nett bagi setiap orang dewasa dan RM44 nett bagi
setiap kanak-kanak, para tetamu boleh menikmati masakan tradisi Malaysia yang
terbaik termasuk masakan Melayu, Cina dan India.
Antara menu kegemaran rakyat
Malaysia sepanjang masa yang dihidangkan di Truly Malaysian Buffet Dinner
adalah seperti Nasi Kakwok, Aneka Ikan Masin Dengan Bawang, Sup Tulang Sum Sum
Kambing, Assam Laksa, Nasi Dagang Terengganu, Nasi Kerabu Bunga Telang, Stir
Fried Carrot Cake dengan Cili, Sup Ikan dan banyak lagi.
Tidak lupa juga pelbagai
pencuci mulut yang menggoda tekak dan perut seperti Pandan Layer Cake, Bubur
Cha-Cha, Sago Gula Melaka, Kelapa Krim Brulee, Apam Balik dengan Perasa, Pisang
Goreng, aiskrim tempatan termasuk Asamboi, Milo, Kacang Hijau, Jagung, Bandung
Cincau dan banyak lagi yang tak dapat Nur ungkapkan dengan kata-kata tahap kesedapannya. Haaa boleh ke nak kata gitu? Hahaha
Sampai berebut kami nak makan
Durian Maringue Cake ni tau. Baik anak jati Malaysia, mahupun tetamu bermata
biru. Raja segala buah kan, walaupun diolah dalam bentuk cake, rasanya tetap
sangat sangat sangat sedap!! Maaf, hantu durian memang macam ni perangai dia
kalau cakap bab durian. Hehehe
Haaa yang 3 ketul tu la durian maringue cake. Sedap sangat! |
Bukan itu sahaja tau.
Sepanjang bulan September ni, akan ada menu istimewa yang bakal mengejutkan
deria rasa para pengunjung. Kaunter khas Hainanese dan Kantonis menampilkan
Baked Wenchang Chicken, Puqian Zaopo Local Vinegar Seafood Noodle dan banyak
lagi hidangan yang menarik tertarik disediakan.
Menariknya lagi, kalau korang
datang dengan memperagakan Baju Kurung, Cheongsam, Saree dan pakaian
tradisional tempatan yang lain, korang layak menerima diskaun 10% untuk harga
buffet dinner Truly Malaysian ni tau. So, jangan persiakan peluang yang ada ni.
Luaskan semangat kemerdekaanmu!
Ahaaa seronokkan promosi dari
Makan Kitchen ni. So apa lagi, jom lah serbu DoubleTree By Hotel Hilton di
Johor Bahru ni. Oh ya sebelum lupa, berikut adalah details tentang......
Truly Malaysian Dinner Buffet
dari Makan Kitchen, DoubleTree by Hotel Hilton.
Sepanjang bulan September
2019
Buka setiap hari Ahad -
Khamis
Beroperasi dari jam 6:30pm -
10:30pm
Sebarang tempahan boleh contact
07-2686868
Email : JohorBahru.FB@hilton.com
*Istimewa 25% discount untuk
ahli Hilton Dining APAC.
25 Comments
Memang sedap semuanya, berbaloi dengan harganyaaa...
ReplyDeleteBetul tu sis lin. Setuju sgt....
Deletemacam nak pi repeat lagi je...
ReplyDeleteJom jemaah hehehe
DeleteBila tengok gambar, terliur rasanya. Bila dah ada makanan depan mata, terus rasa x tau nak makan mana 1 ni.hehe..tapi syok juga laya dinner buffet skali skala.nk tunggu bulan ramadhan, jenuh la berebut makanan.x puas.huhu
ReplyDeleteBetul tu. Jadi confuse nak pilih yg mana. So pilih semua, makan sikit2 hahahaha
DeleteMeriahnya lauk. Terliur AM tgk. Banyak masakan Malaysia dari pelbagai negeri.. Baru blk dr JB semlm.. Kalu tahu, AM ajak boss menjamu selera d sini.
ReplyDeleteAlamak lambat pulak info sampai ek...
Deletememang sedap nampak semua menunya :), nak pula menu dessert tu. memang takkan lepaskan peluang nak makan semua jenis makanan yang ada. orang kata baru puashati dan berbaloi dengan harga nya :)
ReplyDeleteIyaaaa. Kek durian tu paling sedap. Berebut tau...
DeleteNampak sedap pulak tengok dalam gambar ni. Banyak makanan tradisional . Nak pergi johor nanti boleh la letak dalam wishlist. Hotel dia pon memang cantik n femes dkt jb kan
ReplyDeleteTema pun truly malaysian kan. Haaaa terhidang semua makanan malaysia baik kaum melayu, cina, india. Tinggal pilih je....
DeleteSedapnya , lapo pula rasa. Johor banyak makanan sedap2
ReplyDeleteJuhuhu. Meh dtg johor...
DeleteMakanan semua nampak sedap, ni rambang mata nak pilih mana nak makan dulu .. Ada aiskrim malaysia juga, nostalgia sangat.
ReplyDeleteIyaaaa. Nur pun rambang mata sgt smpai lupa nak makan aiskrim malaysia
DeleteSedapnya! Terliur pulak. Nampak sedap semua menunya. In shaa Allah jika ada rezeki ke sana akan singgah.
ReplyDeleteNak bawa my friends pergi Makan Kitchen la. Macam best plak juadah yang ada nie - yang kita kenal dan new takes on the traditional Malaysian dishes. I like! Harga pun menarik.
ReplyDeleteMakanan kat Double Tree ni memang tak pernah mengecewakan.. sedap-sedap.. Dilah pernah pergi time bulan puasa.. meriah makanan yg dihidangkan.. lagi2 ni masakan tradisional Malaysia mesti lagi sedap-sedap..
ReplyDeletenama Double Tree pun dah cukup kita yang baca pun yakin makanan diorang memang sedap dan anatara yang terbaik...tapi sayang saya belum berpeluang untuk mencubanya....maybe next time
ReplyDeletesedap menunya. hari malaysia tak ke johor. november insyaAllah ke johor. best lah korang dapat menikmati hidangan truly asian.
ReplyDeleteSedap semua makanan ni.. Memang makana melayu semua.. Ni kalau nad mau menambah je.. Hehehe.. Harga pun not bad.. Tapi jauh sangat ke Johor.. Orang johor kene cuba ni
ReplyDeletesedapnya semua menu yang ada. memang semua masakan malaysia. paling win aiskrim malaysia tu. kuih-muih and puding dia pun nampak sedap. uish. terliur pulak.
ReplyDeletesedapnya tengok semua menu. terliur BBL skrol entri sampai habis. banyak pilihan makanan chef dah prepare untuk customer. memang betul-betul masakan popular malaysia kan
ReplyDeleteSedap mkn kat sini..rasa mcm nak pergi lagi..boleh kita borak2..😊
ReplyDelete