Sedapnya Makan Mexican Buffet Dinner Di Cafe BLD, Renaissance Hotel Johor Bahru
Rosalinda
ayamor! Haaa ter-feeling cerita Rosalinda pulak penangan Mexican Dinner Buffet
yang super marvelous di Cafe BLD, Hotel Renaissance Johor Bahru. Jomlah
sambil baca entry Nur kali ni sambil dengar lagu Rosalinda ayamor. Haaa cepat
buka lagu Rosalinda dekat YouTube masing-masing. Mesti teringat dulu-dulu masa
kecik tengok telenovela Mexico ni kat TV3 kan? Alahai kenangan sungguh!
Ok cukup pasal Rosalinda...
Berita baik untuk penggemar makanan ala Mexico. Melalui citarasa yang
menakjubkan dan bahan masakan yang unik, masakan Mexico telah memikat selera
penggemar makanan Mexico dari seluruh dunia. Cafe BLD tak lepas peluang
untuk memikat pelanggannya dengan menyediakan pelbagai menu
bertemakan Mexican Buffet Dinner sebagai hidangan setiap hari Jumaat dan
Sabtu sepanjang bulan September 2019 ini.
Ok Nur nak share sesuatu. Satu fakta yang menarik tentang makanan
Mexico ialah masyarakat Mexico dari wilayah selatan lebih suka ayam dan
sayuran. Dan menariknya Cafe BLD ada menyediakan hidangan bertemakan ayam dan
sayuran seperti Arroz Con Pollo, Guacamole dan Salsa untuk di makan bersama
nachos dan PicoDe Gallo yang juicy kepada mereka yang sukakan makanan ala
'healthy plate' gitew.
Bila ada hidangan yang 'ringan' macam ni, confirm boleh simpan lebih ruang
dalam perut untuk makan menu yang lain kan? Nur ada sebab tau cakap macam ni.
Hehehe. Sebabnya, Cafe BLD juga ada menyediakan Burritos, Tacos, Quesadillas
yang juga dikenali sebagai Mexican Pizza. Sedap nama quesadillas ni kan? Boleh
buat nama anak hahaha. Ok, Quesadillas ni dia guna tortilla dough sebagai
base. So dia nipis dan tak terasa cepat kenyang bila kita makan.
Tak ketinggalan, Cafe BLD ada juga menyediakan seafood segar seperti udang,
kupang dan tiram yang boleh dimakan dengan 5 jenis sos yang berbeza. Oleh
kerana Nur tak pandai makan tiram, Nur makan udang saje. Udang besar-besar
pulak tu. Makan 3 ekor je dah cukup puas.
Kita beralih pula di bahagian luar Cafe BLD yang menyediakan barbecue station
untuk memanggang daging Mexican style. Jarang jumpa okey. Nur first time jumpa
tau. Ada juga goreng station untuk pengunjung menikmati makanan goreng. Paling
best durian goreng crunchy tu. MasyaAllah, bila gigit bunyi krup krap tu
perghhhhhh memang best.
Last but not least.....
Pemanis mulut yang menambahkan lagi manis seorang Nur. Macam-macam jenis
ada. Tinggal pilih je nak yang mana. Paling best Nur suka pistachio layer cake
sebab tak terlalu manis. Hehe Nur kurang gemar makanan manis sebab tu yang tak
terlalu manis menjadi pilihan tekak. Tapi pada mereka yang gemar makanan manis,
dont worry, confirm korang suka pelbagai jenis pemanis mulut yang Cafe BLD
sediakan.
So apa lagi korang? Jom la makan kat sini.
Mexican Dinner Buffer
Jumaat dan Sabtu | September 2019
6:30PM-10.00PM
Harga:
RM123.00 dewasa
RM61.50 kanak-kanak (5-12 tahun)
Sebarang pertanyaan dan tempahan,
Call : 07-3813322
Whatsapp : 017-7713327
.....................
Promosi sepanjang September 2019
Malaysia Day Buffet | 16 September 2019
To celebrate Malaysia Day, a country of diverse culture and cuisines, we have
decided to bring all the flavors of Malaysia to you.
Lunch: RM9O nett per person
Dinner : RM123 nett per person
The Chocolate Cake Company
Pandan Sponge and Cream Cake
RM65 nett per kg
For reservations,
Call : 07-3813322
Email : Mohamad.abdullah@marriott.com
Oodles of Noodles
Chef Linus Mak has come up with some fancy yet traditional noodle dishes which
come in soup, semi dry and dry dishes to savour from. Have it with or without
seafood.
RM25 nett per dish (Chicken based)
RM35 nett per dish (Seafood based)
Fajitas Fiesta Platters
A popular Tex-Mex dish with the choices between beef or chicken, and served
with refreshing Guacamole plus juicy Pico de Gallo.
RM42 nett per serving
For reservations,
Call : 07-3813322
Email : henry.lee@renaissancehotels.com
13 Comments
Bagusnyaaaa makanan mexico!
ReplyDeleteJarang2 nak jmpa mexican food. Selalu italy lah, western lah, english lah. Mexico pun yang bun tu, kopi depa. mana nak makan gini banyak. Bagusnyaaa tapi kat JB pulak depa buat.
Buat lah kat KL. Nak rasa jugak. Hehe.
Yang tahu, makanan mexico tu nachos n sos tomato ke apa ntah tu..hehe..byk juga pilihan lain.
ReplyDeletesedapnya ! and sekali sekala boleh lah try masakan mexico pulak ye dak. heheh. boleh lah visit sini kalau datang sana nanti.
ReplyDeletewow aDA MENU Mexico
ReplyDeletemesti sedap-sedap nie. one day nak try lah makan di sini nanti
BESTNYA LAMA TAK MAKAN BUFFET MACAM NI HEHEHE PULAK TU MAKANAN MEXICAN YANG MEMANG KITA JARANG DAPAT RASA NAK PERGI NEGARA MEREKA MEMANG TIDAK LAH HEHEHE DAH ADA KAT MALAYSIA NI BOLEH CUBA TAPI JAUH SANGAT JOHOR KENAPA AYIOOOO...
ReplyDeleteNachos and quesadillas nie kegemaran Rawlins haha
ReplyDeleteRawlins sejenis yang suka makan makanan berasaskan sayuran so sesuai la kan - dip-dip and sauces nie memang sedap
Tak pernah lagi saya makan maxican buffet macam ni. nampak menarik dan harus dicuba ni. nanti boleh la try kat sini kan.
ReplyDeleteWow Jarang-jarang ada buffet offer Mexican food macam ni. Peluang menarik nak try makanan Mexico pulak. Selalu kena pi kedai ala cart je jadi mahal la huhu
ReplyDeleteoh my god, makanan mexico ..daging dia nampak meneylerakan..perghh..ni memng makan tak pandang kiri kanan dah..sedap ni oii
ReplyDeletewahh sedapnya! saya ni rasanya jarang makan makanan mexico. teringat juga dulu2 tengok telenovela dengan family haha.. btw makanan semuanya nampak menyelerakan. :) terima kasih atas perkongsian ya
ReplyDeleteyoh.. i wanna try out mexican food too.. looks so yummy and delicious.. drooling...
ReplyDeleteFuhh Mexican menu memang best. Hehe. Nanti nak cuba lah. Suka semua makanan Mexican sebab banyak cheeseeee
ReplyDeletelapor lagi...makanan lagi...hahahahhaha
ReplyDelete