"B, kalau b balik kerja nanti, keadaan rumah sama je macam sebelum b pergi kerja, b jangan marah eh". Kata Nur kepada suami sebelum dia pergi kerja tadi pagi.

Rumah masih bersepah. Beg pakaian masih beratur tepi pintu rumah. Tak bersentuh pun lagi.

Malam tadi kami 3 beranak baru sampai Kluang setelah 9 hari kami pergi jalan bercuti. 6 hari bersama keluarga mertua, 3 hari bersama family Nur. 3 hari terakhir tu, Nur dah mula tak sihat. Tekak perit yang amat. Batuk. Selsema juga. Kepala jangan kata. Berat saje. Tambah dengan mabuknya lagi.

Amalkan zikir ini ketika kita sedang marah, zikir hilangkan marah, zikir ketika marah, zikir menahan marah, zikir kurangkan marah, zikir tahan marah, zikir hilang marah, zikir kawal marah, zikir menghilangkan marah, zikir bila marah, zikir redakan marah, rajin amalkan zikir ini untuk redakan hati yang sedang marah, emosi ketika mengandung tidak stabil, mengandung perlu banyak bersabar, mengandung anak kedua, bercuti ketika mengandung


"Takpe yunk, awak rehat je. Kan tengah tak sihat tu. Cuma satu jela, baju pergi pantai semalam kena bersihkan. Kalau tak berbintik tahi lalat karang sebab terbiar lembab dan basah". Balas suami Nur.

Alhamdulillah, cuma satu tugas tu jela kena kasi settle hari ni. Itupun saat jari menaip ni, belum settle pun lagi. Nantilah, tunggu kekuatan dan kerajinan datang. Makan tengah hari Nur dan Mardhiyah dah siap-siap order kat group Delivery Kluang.

Bercuti saat mabuk memang satu percutian yang sangat memenatkan. Ya. Nur sekarang tengah mengandungkan anak kedua. Baru 2 bulan. Mabuk, cuma tak seteruk masa mengandungkan Mardhiyah dulu. Pattern mabuk sama je dengan anak pertama (makan, nak muntah, makan nak muntah) cuma kali ni badan lebih kuat dan perlu kuat sebab ada anak kecil yang perlu di jaga. Masa mengandung anak pertama boleh laa nak melepek sepanjang hari. Kalau mengandung kali ni tak push badan untuk kuat, habislah Mardhiyah terbiar tak terjaga. Huhuhu

Masa bercuti hari tu, emosi memang naik turun especially bila hari-hari terakhir iaitu di Cameron Highlands. Diri sendiri dah sedia kala mabuk, tambah pulak dengan mabuk jalan berliku-liku, tambah lagi dengan Mardhiyah dah start mengaruk hari-hari terakhir bercuti, memang senang je diri ni nak bertukar jadi hijau. Kalau tak jadi Hulk, jadi naga hijau pun boleh. Huhu

Amalkan zikir ini ketika kita sedang marah, zikir hilangkan marah, zikir ketika marah, zikir menahan marah, zikir kurangkan marah, zikir tahan marah, zikir hilang marah, zikir kawal marah, zikir menghilangkan marah, zikir bila marah, zikir redakan marah, rajin amalkan zikir ini untuk redakan hati yang sedang marah, emosi ketika mengandung tidak stabil, mengandung perlu banyak bersabar, mengandung anak kedua, bercuti ketika mengandung
Tengok lah tu, muka tak suka bergambar dengan ibu. Nak bebas lah katakan

Nur paham Mardhiyah penat dan dia pun dah boring 5 hari berturut-turut banyak habiskan masa dalam car seat. Habis semua layanan dan pujukan makcik-makcik dia tak lut dah. Nak tak nak Nur kena keluarkan dia dari car seat dan duduk dengan Nur di seat depan. Mintak dilayan dan nak tidur di pangkuan ibunya yang mood memang tengah swing habis time tu.

Depan adik-adik ipar dan mertua Nur dah tak terdaya nak control emosi. Terlepas juga kadang-kadang tu. Terdengus depan dorang. Termarah Mardhiyah depan dorang. Tak tahu lah apa dorang fikir. Memang Nur tak terdaya dah nak kawal emosi. Nur penat. Suami memang ada membantu tapi paham-paham lah budak kalau menyusu badan ni manja dengan ibu dia macam mana. Ada masa boleh bersabar ada masa memang tak boleh sabar dah.

. . . . . . . . . . . . .

Harini, bila dah settle tidurkan Mardhiyah, buka Instagram cuci mata tengok dunia luar, terberhenti dekat post ceramah dari Ustazah Asma Harun bertajuk "Amalkan Zikir Ini Ketika Kita Marah". Ya Allah. Menitik air mata. Deras je turun mendengar bait-bait pesanan lembut dari beliau. Bersyukur Allah titipkan video ringkas ini untuk ditonton dan diambil pengajaran. Masa tengok video tu, terbayang-bayang saat Mardhiyah di marah. Allah. Bersalahnya pada anak kecil itu. Maafkan ibu, Mardhiyah.




Bercuti hari tu pun, jarang sangat baca al-Quran. Baca pun masa perjalanan dalam kereta buka surah al-Waqiah dan al-Mulk. Memang laa mudah syaitan nak tambah marah dalam diri ni. Allah. Mudahnya diri ini lalai. Anak pula jadi mangsa.

Baca juga: surah al kahfi 1-10

Buat ibu-ibu di luar sana, tak kiralah yang surirumah mahupun berkerja. Kalau rasa penat sangat, anak-anak pun buat hal, tinggalkan semua. Duduk bertenang sekejap. Amalkan zikir yang Ustazah Asma Harun tu cakap. Yela, bila kita bertenang, masalah yang besar tu akan jadi kecil. Dan kalau nak dapat ketenangan tu, kita perlulah berzikir.

Allah berfirman,
Ala bidzikrillah tathmainnul qulub (Hanya dengan mengingat Allah, hati menjadi tenteram)
Bila kita penat, kita rasa nak marah, masa tula syaitan datang dekat menghasut. Masa tula laju je mulut ni nak marah anak, nak naik tangan dekat anak. Betul kan?


So bila kita tengah marah, duduk tenang dan ucaplah,



"Auzubillah Minashaitan Nirajeem"

(Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam).


In shaa Allah jika diamalkan selalu dan dihayati maknanya, tanpa sedar kita akan nampak perubahan dia. Begitulah besarnya impak sepotong ayat yang selalu kita sebut sebelum membaca surah al-Fatihah.

Jom sama-sama kita amalkan. Tak kiralah korang tengah stress atau tengah marah pasal anak ke pasal benda lain ke. Jomlah sama-sama amalkan. Nur baru dapat ilmu ni. In shaa Allah Nur nak istiqamah amalkan. Doakan ya. Taknak marah-marah anak lagi. Hari tu sebelum pergi bercuti dah janji dengan diri sendiri nak kawal emosi sebaiknya, taknak marah-marah Mardhiyah. Sebab Nur tahu keadaan diri Nur macam mana ketika tu. Mabuk, nak beralan jauh. Mesti emosi akan terganggu. Tapi dek rasa penat, terlepas juga marah tu.

Makanya, marilah cuba lagi. Jaga emosi diri, jaga emosi anak. Tahu-tahu jela kita sebagai wanita dan ibu adalah kunci kepada emosi keluarga kita. Kita takde mood, habis 1 keluarga kita ikut takde mood. Jom ubah! Setiap hari itu learning process untuk kita kan?

Btw, post ni Nur taip hari Isnin hari tu, tapi hari ni, merangkap hari Rabu baru dan nak publish. Haha kemain lama ambil masa kan.....

27 Comments

  1. holo holo.. kesian Mardhiyah ibu marah ya... apapun semoga mabuk itu cepat berlalu dan Nur semakin sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih byk2 kak seri. Itulah, kesian kakak Mardhiyah asik kene marah je dgn ibu

      Delete
  2. Nur dah buat yang terbaik InsyaaAllah. Manusia tak boleh lari dari emosinya, tambah tak sihat tengah mabuk pulak tu kan. Moga terus kuat dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awwhhhh. Tq so much. Terasa dipujuk gtu hikhik

      Delete
  3. Bawa-bawa berehat dan cukup tidur Nur..jaga kesihatan..moga semuanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas tips yang diberikan. saya kebiasaannya bila marah, memang akan terus marah. kemudian baru akan cool selepas tu. terima kasih tentang tips ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas sebenarnya bila terus marah, pastu cool down sendiri. Tp tula, bila dimarahnya budak kecik yg innocent, rasa bersalah pula

      Delete
  5. Ustazah Asma Harun baru je datang taklimat kat opis akak last week, sayangnya tak dapat ikut ceramah beliau sampai habis..biasa la kerja as secretary mmg x dapat join apa2 selalu...akak plak kalau tengah marah..nak bg akak cool selain istighfar, bawak solat..akak me time je kat shopping complex..thanks atas perkongsian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu nur tak pernah dgr ceramah ustzh asma depan2. Biasa dgr kt utube je kak. Best tu shopping. Tp kene ada banyak pitih baru puas hahaha

      Delete
  6. Good sharing indeed. being a mom is like being a super woman. We must learn to be cool & calm & try not to be stress out all the time.

    ReplyDelete
  7. tips yg bagus ...sabarlah nur .. semoga semuanya baik2 sahaja

    ReplyDelete
  8. faham sangat bila mabuk alahana, pastu kena layan anak kecik lagi..moga Nur dipermudahkan sepanjang journey pregnant ke 2 ni..

    ReplyDelete
  9. Faham sangat nur perasaan marah yang tk boleh nak kawal. Kita manusia tara mana sangat boleh kawal marah kita depan org. Kadang blown jugak. Tapi ada cara nak kawal marah. Lets us control anger, not anger control us. Antaranya mengucap. Astaghfirullah. Itu mgkin dapat membantu. Thanks nur untuk share ni. Dan semoga nur dpt handle kandungan dan mardhiyah dengan terbaik.

    ReplyDelete
  10. terima kasih share pasal zikir ni. kita manusia biasa bila macam-macam jadi kat kita, mula lah stress dan mudah sangat nak hambur kemarahan kat orang walaupun dekat orang kita sayang.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah kita dapat ilmu berguna hari ni iaitu mengamalkan bacaan zikir yang kita tak tahu pun apa tah lagi nak membaca Al Quran selalu bagus lah rasa cemburu. Moga hati kita terus cekal dan kuat untuk melakukan semua itu..

    ReplyDelete
  12. BUkan masa mengandung je cepat rasa marah. Kite yang tak mengandung ni pun cepat naik angin gak kalau selalu kena kacau. tapi bila amalkan zikir ni memang banyak kelebihannya. Pahala pun dapat.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas perkongsian. Kita ni kdg2 bila tgh marah mcm2 yg keluar..lupa segalanya. Nanti bolehlah amalkan zikir ni bila tgh hangin

    ReplyDelete
  14. thank share tips ni. mak-mak ni memang senang emotional tgk anak emotional. tercalar rasanya emosi. lepas ni boleh amalkan kalau rasa nak berangin je.

    ReplyDelete
  15. Org yg banyak keringkn bibir dgn berzikir ni, dekat dgn Allah. Sampai tk ada masa nk bercakap perkara yg sia2. Itu yang terbaik sebenarnye

    ReplyDelete
  16. banyakkan rehat. terapi diri dengan banyakkan senaman , solat dan zikir. minum air banyak banyak ye? semoga semuanya berjalan lancar

    ReplyDelete
  17. Banyakkan bersabar, kuatkan semangat. Sebagai Muslim banyak lagi bacaan surah quran doa dan selawat. Itulah terapi jiwa.

    ReplyDelete
  18. Thank you sharing. Memang jadi mak ni penat sangat. Airah pun baru merasa ni dan dalam usaha kawal perasaan sendiri

    ReplyDelete
  19. saya pun kalau marah mmg sehabis boleh akan cool down dulu. biasanya ambil tindakan waktu marah ni byk buruk dari baiknya. lagipun waktu marah kite lebih emosi dari rasional. zikir dan doa memang penting untuk kite alihkan fokus marah tu dan ingt Allah. Terima kasih atas sharing ni.

    ReplyDelete
  20. Jadi mak2 ni mmg cepat ja nak melenting.. Maybe sebab terlampau penat kot... Macam sis pun.. Kerja dari rumah.. Dengan nak urusan rumah lagi.. Nak urusan ank2 lagi.. Urusan kerja lagi.. Fuhhh

    ReplyDelete
  21. Anak sy MR pun kuat merajuk dan marah jugak, sabor je lah mouse mommy. Mmg ajar kena banyak doa dan kawal emosi sendiri.

    ReplyDelete