Chillax Market Tempat Santai Yang Awesome di EduCity Sport Complex, Iskandar Puteri
Perasmian Chillax Market,
Pendekatan Unik oleh EduCity Iskandar Yang Menghubungkan Universiti, Kolej,
Pelajar dan Komuniti Sebagai Pusat Pendidikan
Iskandar Puteri, 12 Oktober 2019 | EduCity
Iskandar Malaysia, sebuah pusat pendidikan berjaya mengumpul 5,000 orang
termasuk pelajar dari 9 rakan pendidikan terkemuka seperti University of Southampton Malaysia, Multimedia University, University of Reading
Malaysia, Newcastle University Medicine Malaysia, Netherlands Maritime
Institute of Technology, Management Development Institute of Singapore, Raffles
University, Marlborough College Malaysia, Raffles American School, ahli-ahli
kakitangan, Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB), X Motor Motorsport Scene
dan masyarakat setempat di Karnival Sukan EduCity pada hari Sabtu yang lalu
bertempat di EduCity
Sport Complex.
Ini adalah kali kedua Nur telah berkunjung ke
EduCity Sport Complex. Kali pertama semasa 2nd EduCity Educators
Conference dimana wakil media telah dibawa melawat sekitar kawasan EduCity Iskandar
Malaysia termasuklah EduCity Sport Complex manakala kali kedua adalah semasa
Majlis Perasmian Chillax Market ini. Aktiviti seperti ini dilakukan bagi menggalakkan
lagi penyertaan pelajar dalam aktiviti sukan & komuniti, sambil berusaha
untuk mencapai kecemerlangan akademik dengan pengalaman hidup sebenar.
Setiap acara semasa Karnival Sukan EduCity secara aktif disertai
oleh pelajar, kakitangan dan masyarakat setempat. Selain Kejohanan Auto-show
yang merupakan usaha kolaborasi dengan X Johore Motorsport Scene, terdapat juga
6 acara sukan luaran dan dalaman yang dipertandingkan semasa Karnival Sukan EduCity termasuklah:
- Futsal
- Bola Jaring
- Bola Keranjang
- Badminton
- Ping Pong
- War of Tug
Selain Karnival Sukan EduCity, acara lain yang
dilakukan pada hari Sabtu yang lalu adalah perasmian Chillax Market yang
merupakan usaha berterusan yang memberikan pengalaman hidup sebenar kepada pelajar
dari segi keusahawanan, serta membangunkan kemahiran social pelajar. Chillax
Market adalah kerjasama dengan Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) untuk
menggalakkan dan memupuk semangat keusahawanan serta menaiktaraf kemahiran
sosial dalam kalangan pelajar. Secara peribadi Nur bersetuju dengan point ini.
Melalui program seperti ini pelajar dapat perluaskan lagi rangkaian rakan baru
dan seterusnya dapat meningkatkan peluang pekerjaan selepas pelajar sudah
menamatkan pengajian mereka nanti.
Pada hari Chillax Market dirasmikan, terdapat 44
perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di sekitar Johor termasuklah vendor dan
trak makanan, dimana sebahagiannya dikendalikan dan dimiliki anggota PUJB
sendiri. Terdapat juga 15 gerai yang dikendalikan oleh para pelajar dan
kakitangan sebagai sebahagian daripada “Real-Life Entrepreneurship Challenge”
yang dianjurkan oleh EduCity Iskandar Malaysia. Pelajar perlu membuat entiti
perniagaan, mengemukakan pelan perniagaan dan melaksanakannya dengan
menjalankan perniagaan semasa carnival dengan jayanya.
Produk dan perkhidmatan yang dijual dan dipamerkan
oleh mereka yang mengambil bahagian di Chillax Market termasuklah aksesori
fesyen dan pakaian fesyen tempatan yang dihasilkan oleh pelajar Fakulti Reka
Bentuk Fesyen dari Raffles University, booth maklumat universiti, minyak pati
tumbuhan, sabun organik, barang-barang terpakai (pre-loved), perlbagai alat
solek, kraftangan serta perkhidmatan seperti perkhidmatan e-skuter (TRYKE) dan
seni henna. Pastinya makanan dan minuman juga ada dijual. Karang kebulur
pengunjung. Cuaca pun panas lit lit pulak tu.
Majlis perasmian Chillax Market dihangatkan lagi
dengan kehadiran Jimi Sukma 2020 Mascot digayakan oleh pelajar yang menetap di Student
Village, EduCity Iskandar Malaysia. Yela, korang mesti tahu kan Sukma 2020
nanti akan diadakan di Johor. Lagi pun EduCity akan jadi tuan rumah bagi acara bola
jaring dan bola sepak untuk Sukma 2020. Itu pasal Jimi dah datang siap-siap
hari Sabtu hari tu. Nak bagi hint lah katakana hihi.
Ketibaan VIP diiringi deretan kereta dan motorsikal
dari X Motor Motorsport Scene yang menambahkan lagi kehangatan majlis perasmian
Chillax Market. Kereta pun bukan calang-calang kereta ya. Antara kereta yang
Nur dan sudah tentunya orang ramai kenal adalah Lamborghini. Pemandu kereta
sport ni pula tekan-tekan minyak tambah gempak suasana. Memang berahi lah
peminat kereta sport tengok.
Semasa ucapan alu-aluan, Pengarah Urusan
EduCity Iskandar Malaysia, Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi berkata, beliau
berharap para pelajar, kakitangan, peniaga dan masyarakat setempat memperoleh pengalaman
keusahawanan yang berharga dengan penglibatan mereka secara langsung dan tidak
langsung di Chillax Market ini. Beliau juga berkata, menariknya adalah Chillax
Market ini bukan hanya dibuka pada hari perasmian sahaja. Malah akan dibuka
untuk umum pada setiap hari Rabu dari 3:00PM sehingga 9:00PM. Bertambah seronok
lah masyarakat setempat dapat pergi Chillax Market yang ala-ala pasar lambak ni
kan.
Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan
perasmian oleh YB Sheikh Umar Bagharib Ali, Pengerusi Jawatankuasa Belia,
Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor. Beliau memuji inisiatif
cemerlang EduCity Iskandar Malaysia sebagai Pusat Pendidikan di Johor kerana
aktiviti seperti ini adalah platform yang baik untuk melibatkan pelajar dari 9
universiti dan kolej yang berlainan untuk berinteraksi dan bersosial dalam
kalangan mereka. Platform ini penting dalam memantapkan lagi kemahiran kepimpinan
dan kemahiran sosial dengan minda dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan
pelajar. Bak kata Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali, Graduan perlu cipta peluang
kerja, bukan hanya cari kerja.
Sejurus tamat ucapan peramian oleh YB Sheikh
Umar Bagharib Ali, majlis diteruskan dengan acara perasmian dengan ketukan gendang
oleh Tuan Haji Ashaari selaku CEO of Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB), Wan
Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi selaku Managing Director of EduCity Iskandar
Malaysia, YB Haji Sheikh Umar Bagharib Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia,
Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor dan juga Datuk Akmal
Ahmad selaku Chief Operating Officer Iskandar Investment Bhd.
Buat pengetahuan semua, Studio Iskandar Malaysia
telah menyumbang Mobile Kitchen (Kitchen on Wheels) yang digunakan untuk
pelajar melakukan demo memasak. Majlis penyampaian hadiah diadakan di Kompleks Sukan
EduCity pada pukul 5 petang keesoakan harinya iaitu 13hb Oktober 2019 (Ahad), sebagai
tanda menghargai bakat peserta dan usaha yang mereka berikan dalam sepanjang
karnival. Hadiah dan pingat diberikan kepada para pemenang untuk setiap
kategori sukan, dan semua peserta akan menerima sijil juga.
Selepas selesai Majlis Perasmian Chillax Market, sesi persidangan media telah dilakukan bersama Tuan Haji Ashaari selaku CEO of Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) dan Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi selaku Managing Director of EduCity Iskandar Malaysia. Pelbagai soalan telah diajukan oleh wakil media kepada para panel berkenaan Chillax Market. Selepas berakhir sesi persidangan media, semua wakil media dijamu makan tengah hari yang enak-enak dan kemudiannya majlis bersurai.
Sekian sahaja sekitar Majlis Perasmian Chillax Market. Sebelum Nur mengundurkan diri, Nur ingin mengucapkan sekalung tahniah buat EduCity Iskandar Malaysia dan semoga terus maju jaya! Korang jangan lupa lepak dan chill bersama tersayang di Chillax Market setiap hari Rabu di EduCity Sport Complex ya. Sebarang pertanyaan, korang boleh tanya dengan pihak EduCity okey. Mana tahu ada yang berminat nak buka booth kat sana ke kan. Ok assalamualaikum :)
No. telefon : 07-2339000
Email : info@my-iib.com
3 Comments
Meriahnyaaa...ni kalau pergi ramai-ramai syokk ni kann..melepak tak ingat nak balik hehehehe...
ReplyDeleteBest nya. Semua ada dalam 1 tempat. Pergi ramai2 lagi best. Tak sedar dah lepak lama. 😂
ReplyDeleteSeronoknya kalau boleh pergi. Sesuai untuk lepak-lepak dengan kawan-kawan tak hingat dunia. Haha.
ReplyDelete