Me Time di MBH Flagship Boutique Johor Bahru
Bila
dengar perkataan medispa, spa, salon, pusat rawatan kulit, pusat pelangsingan
badan dan sekutu dengannya mesti sinonim dengan kaum wanita kan? Bukan nak kata
kaum lelaki tak pergi, tapi sikit je kut kaum lelaki yang pergi ke
tempat-tempat macam ni. Mungkin ada yang tertanya kenapa perlu pergi medispa
dan sebagainya? Kenapa perlu buat rawatan rambut, rawatan kulit, rawatan
pelangsingan badan, rawatan madicure dan pedicure dan bermacam rawatan
sedangkan kat rumah dah buat semua tu. Kat rumah kan dah cuci rambut, cuci
muka, potong kuku kaki dan tangan, tapi kenapa perlu juga untuk pergi ke tempat
macam ni?
Haaa
banyak pula soalan. Alaaa tak kan laaa tak paham lagi bahawasanya kaum wanita
ni adalah kaum yang suka dimanjakan. Bukan setakat nak dimanjakan sang suami
sahaja ya. Diri seorang wanita juga ingin dimanjakan dengan rawatan yang boleh
memberikan kebaikan buat kulit muka, kulit badan, bentuk badan, rambut, kuku
tangan dan kaki dan semua aspek lah kalau boleh. Fitrah seorang wanita itu
memang sukakan kecantikan. Karang tak cantik sang suami sibuk complain pulak
kan. Haaaa jangan nak banyak mulut, bak sini duit kasi bini me time dekat MBH
Flagship Boutique Johor Bahru! Yela, cantik-cantik bukan untuk diri kita je, untuk
suami juga kan.....
Akhir
bulan September yang lepas, Nur berkesempatan untuk menjalani rawatan rambut di
MBH Flagship Boutique Johor iaitu Hair Growth Vitamin Wash. MBH Flagship
Boutique Johor Bahru merupakan pusat rawatan kecantikan dan estetik yang menawarkan
beberapa service seperti Medispa, Skin Laser, Hair care, Manicure Pedicure di
bawah satu bumbung yang menawarkan rawatan untuk masalah kulit dan wajah
seperti parut jerawat, jerawat, laser dan pencerahan kulit. Dengan rawatan yang
terbukti berkesan dan harga yang berpatutan, MBH menjadi pilihan ramai
pelanggan dan berjaya memenangi TOP 10 Service Award peringkat Asia Pasifik dan
Gold Award Spa & Wellness anjuran Malaysian Tourism Award.
Balik
pasal rawatan rambut di MBH Flagship Boutique Johor Bahru tadi. Sebelum Nur datang
sini Nur dah buat appointment dulu dengan pihak MBH. Senang je nak sampai ke
sini dan paling best Nur tak perlu susah-susah cari parking sebab permis MBH
Flagship Boutique Johor Bahru ni terletak di bahagian corner lot so agak mudah untuk
dapatkan parking. Tengok signboard depan je pun dah rasa wow sangat. Simple dan
smart gitu di mata Nur.
Masuk
je dalam MBH Flagship Boutique Johor Bahru ni, Nur disambut mesra oleh staf cantik disini. Nur diberi
borang untuk ditandantangani. Lepastu terus berjumpa dengan therapist yang akan
buat rawatan rambut Nur, nama dia Athirah. Kecik comel orangnya. Tapi sebelum
kita mulakan rawatan, ada sesi konsultasi dan juga analisis rambut dalam satu
bilik khas. Therapist cakap rambut Nur berminyak so dia sarankan untuk shampoo
hari-hari dengan shampoo yang sesuai. Nur biasa shampoo rambut 2 hari sekali.
Risau nak shampoo hari-hari sebenarnya. So lepas ni berubah lah rutin mencuci
rambut dari 2 hari sekali ke setiap hari.
Sesi konsultasi sedang dijalankan. Nampak tak serius muka Nur dengar apa yang therapist terangkan haha |
Alat yang digunakan untuk analisa rambut. Nur blur-kan screen dia. Aurat hihi |
Kemudian
Nur di bawa ke bilik rawatan di tingkat atas. Suka deco dalam MBH Medispa ni.
Konsep minimalis yang memang menjadi kegemaran Nur. Bilik rawatan kat sini
diasingkan tau antara lelaki dan perempuan. Extra marks di situ. Terasa
dihargai gitu sebagai wanita muslimah.
Hair Growth Vitamin Wash dimulakan....
Haa
sebelum lupa. Di MBH Flagship Boutique Johor, dorang gunakan produk dorang
sendiri untuk semua rawatan. Produk yang organik dan diyakini halal tanpa
sebarang bahan kimia berbahaya. Kebetulan Nur memang tengah fasa tak suka bau
wangi yang kuat, dan extra marks again kat sini sebab produk yang therapist
gunakan untuk rawatan rambut ni bau herba gitu. Sedap je hidung ni bau.
Rawatan
dimulakan dengan mencuci rambut menggunakan MBH Hair Essence Stimulating Shampoo yang berfungsi untuk membersih dan mematikan kuman kulit kepala serta merawat kelemumur dan kulit berminyak. Sambil kena cuci
rambut tu sambil berbual lah kami. Seronok berbual dengan Athirah ni.
Macam-macam cerita keluar. Tambah seronok sebab dapat sekali massage di kepala,
tengkuk dan bahu. Ya Allah nikmat sungguh. Nak terkatup je rasa mata ni haha.
Bahan yang terdapat dalam MBH Hair Essence Stimulating Shampoo adalah:
Bahan yang terdapat dalam MBH Hair Essence Stimulating Shampoo adalah:
- Ekstrak bunga raya
- Minyak kelapa dara
- Minyak zaitun
Selepas
rambut dicuci sebanyak 2 kali, rambut Nur dicuci dan dibilas di bilik khas
untuk membilas rambut. Lepastu sapu MBH Hair Growth Stimulating Conditioner yang melembutkan dan menguatkan helaian rambut kerana ianya kaya dengan Vitamin E. Segar je bau yang
keluar. Tenang je
rasa rambut kena cuci dengan orang sambil baring. Me time betul ni.
Bahan yang terdapat dalam MBH Hair Growth Stimulating Conditioner adalah:
- Ekstrak bunga raya
- Aloe Vera
- Minyak zaitun
Kemudian,
kembali semula ke bilik rawatan. Therapist terangkan lepas bilas rambut, rambut
Nur akan di lumur dengan MBH Revitalizing Hair & Scalp Tonic yang bagus untuk menggalakkan pertumbuhan rambut baru dan mencegah kegatalan kulit kepala akibat daripada kesan bahan menthol. Oleh kerana bahagian tengah adalah
bahagian yang paling banyak rambut, tonic akan dilumur pada setiap helian
rambut di bahagian tengah kepala.
Bahan yang terdapat dalam MBH Revitalizing Hair & Scalp Tonic adalah:
- Ekstrak bunga raya
- Ekstrak rosemary
- Aloe vera
Akhir
sekali rambut Nur di sapu MBH Hair Repair Silkening Serum untuk merawat rambut rosak, bercabang dan berbau serta melindungi rambut dari bahan kimia berbahaya dan sinaran UV. Therapist cakap dekat Nur, kalau tak
rajin nak jaga rambut, paling tidak pun selain cuci rambut dengan shampoo yang
sesuai, perlu sapu rambut dengan serum. Serum ni ibarat makanan kesihatan untuk
rambut kita kekal sihat dan nampak bersinar gitu.
Bahan yang terdapat dalam MBH Hair Repair Silkening Serum adalah:
Bahan yang terdapat dalam MBH Hair Repair Silkening Serum adalah:
- Ekstrak bunga matahari
- Minyak jojoba
- Aloe vera
Ok
berakhirlah sesi Hair Growth Vitamin Wash di MBH Medispa.
Overall
Nur sangat suka servis yang MBH Flagship Boutique Johor Bahru sediakan.
Therapist kat sini pun sangat tak kekok untuk layan customer. Semasa rawatan,
ada aje topik yang kami bualkan. Tempat yang bersih, selesa, mesra muslimah
pulak tu. Deco dia cantik. Sejuk aje mata memandang. So pada mereka yang nak me
time sambil dapatkan rawatan yang terbaik untuk badan, dari hujung rambut sampai
hujung kaki, boleh datang ke MBH Flagship Boutique Johor Bahru. Recommended sangat!
Ruang menunggu yang sangat cantik deco dia |
Bilik untuk bilas rambut |
Bilik rawatan madicure & pedicure |
. . . . . . . . . . . . . . .
MBH Flagsip Boutique Johor Bahru
No. telefon : 018-776 4670
Waktu operasi : 11:00AM - 8:00PM (Isnin tutup)
Alamat : No. 3, Jln Padi Emas 1/5, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
Location : https://goo.gl/maps/UkPtRJHKLTFzH9xFA
Instagram : mbh_flagship.johorbahru
Facebook : MBH Flagship Boutique - Johor Bahru
*Boleh check cawangan MBH Medispa di sini ya : Cawangan MBH Medispa
*Boleh check cawangan MBH Medispa di sini ya : Cawangan MBH Medispa
21 Comments
Wow semua rawatan All in One kat sini. Bestnya MBH Flagship Boutique Johor Bahru ni dari hujung rambut hingga hujung kaki kita boleh buat rawatan. Kenapa tak ada kat Cherasssss
ReplyDeletebestnye rawatan yang MBH Flagship Boutique sediakan.nuna pun suka konsep rawatan yg macam ni.
ReplyDeleteMacam menarik jer pampered kan rambut kita kat sini..tapi tu la masalahnya jauh giler sampai kat JB..kat KL takde cawangan ke...
ReplyDeleteAdush. Terasa lama sangat rasanya Rawlins tak memanjakan diri dengan rawatan sebegini. Bila baca your expeience, terus terasa nak memanjakan diri dengan kadar segera.
ReplyDeleteDah buat dah temujanji, nak pergi tak dapat juga nak pergi, asyik bertangguh hahahaha
ReplyDeleteMinggu depan sure pergi!!
kat rumah memang boleh buat semua tu, tapi kalau kat spa atau saloon, orang lain buatkan lebih menyeluruh dan lengkap...mana yang kita tak dapat gapai, diorang boleh setelkan semuanya...
ReplyDeleteThanks for sharing! Bestnya boleh dipamper!! Dah lama tak pamper sendiri!
ReplyDeleteSememang wanita tidak akan melepaskan membaca artikel sebegini. Kerana ia sudah sebati di dalam diri mereka dengan kecantikan. Terbaik saudari.. :)
ReplyDeleteWanita wanita diluar Sana, memang perlu sekali sekala manjakan diri di spa, saloon Dan seumpamanya.Dan butik ni nampaknya tawarkan pelbagai service, terbaik.
ReplyDeleteTQ for sharing sis.
Sis pun mmg kena buat rawatan rambut..dah byk yg gugur ni. Ingat next week sis nak kena pergi jugak
ReplyDeleteWah sy nak juga buat treatment dekat sini tapi MBH Nilai Paling dekat dgn sy.. MBH mmg nampak best servis diaorang. produk pon bagus. Tak sabar nak Me Time
ReplyDeleteSelain daripada shopping kat sini juga adalah tempat wajib yang orang perempuan pergi kalau time nak hilang stress best lah hehehe orang laki tunggu luar jer lah wakakakka..
ReplyDeleteSuka tengok bahan-bahan digunakan dalam produk yang digunakan di MBH ni.. rasa syok dan selesa pun ada TB tengok environment dalam MBH ni.. Bilalah dapat try memanjkan diri kat sini.. hehehe
ReplyDeleteQiss dah cuba BOBA Facial kat MBH. Next boleh try rawatan rambut dia pulak. Kita pakai tudung ni lagi kena jaga rambut kan.mesti lagi sihat rambut lepas rawatan ni
ReplyDeleteBestnya dapat pamper diri kannnn... tetiba terfikir, bila last round I went over to a spa ya?... hehehehe... MBH ni memang best, rangkaian perkhidmatan yang diberikan pun memang terbaik... saya suka, saya suka... gitu... ditambah dengan keadaan yan gselesa di dalam premis, memang membuatkan kita rasa pampered kannnn...
ReplyDeleteWah bestnya MBH ni ada lengkap untuk medispa & hair care. Serba lengkap je kat sini. Tempat selesa dan bersih. Agak2 ada cawangan kat Penang x
ReplyDeleteOrang manja2 macam Nur memang sesuai sangatlah ke sini, kan
ReplyDeleteaduh bestnya me time ! lagi lagi bila me time dengan perkara yang wanita suka. hehe. asyik me time di mall sahaja bosan jugak. baik me time di spa, dapat rilex sepenuhnya.
ReplyDeletedekat sangat dengan rumah ni... hmmm.. nak kena pi terjah sini ni.. hhehe..
ReplyDeleteBestnya dapat manjakan diri di salon. AM suka kalu bab2 penjagaan rambut nie. Thanks for info ya.
ReplyDeleteWahhh semakin banyak ye cawangan MBH spa nie. Dah meluaskan sayap ke johor pulak. Baguslah lepasnienorg johor boleh dtg singgah sini
ReplyDelete