Sedapnya Makan | Kampung Kambing di Medan Selera Iskandar Malaysia
Dulu masa Nur kecil selalu dengar orang cakap kalau makan
kambing nanti boleh sakit kepala. Tapi bila dah besar sikit, kawan ada cakap
sebenarnya rasa sakit kepala tu terjadi kerana tindak balas daging kambing itu
yang mencegah penyakit darah tinggi dan obesiti. Macam mana proses lanjut daging
kambing boleh mencegah penyakit darah tinggi dan masalah obesiti tu korang kene
buat pembacaan sendiri lah ya. Nur tak habis belajar lagi hahaha.
Tapi yang Nur tahu daging kambing banyak khasiatnya.
Antaranya ialah:
- Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.
- Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
Kampung Kambing, Medan Selera Iskandar Malaysia
Haaa gitu panjang dia cerita pasal kambing. Ini penangan
Kampung Kambing lah ni. Haaaa bukan kampung yang dipenuhi kambing ya. Tapi
restoren yang menggunakan daging kambing sebagai bahan utama dalam kebanyakan
makanan yang disajikan di situ. Rare kan nama restoren ni? First time Nur
dengar pun macam wow. Rare gila nama restoren dia!!!
Ok jom kita cuci mata kejap antara menu yang paling famous
dekat Kampung Kambing ni.
Nasi Goreng Kampung Kambing Grill |
Sup Gear Box |
Nasi Paprik Kambing |
Nasi Goreng Kampung Timbus Gear Box |
Nasi Goreng Kampung Petai |
Nasi Goreng Tomyam |
Haaaa apa macam? Ada terliur kah? Nur memang tak sangkal
makanan kat sini memang sedap. Paling sedap dia punya nasi goreng kampung
kambing grill. Nasi goreng kampung yang cukup rasa, tak terlebih pedas, ikan
bilis pun tak lokek (tak macam kebanyakan nasi goreng kampung yang Nur pernah
makan kat restoren lain). Regu pulak dengan kambing grill. Daging kambing dia
well cook lah orang putih cakap. Tak terlebih grill sampai kering tak juicy.
Cukup masak tak liat sangat. Perfect. Pehhhh memang sedaplah korang memang
patut cuba.
Bagi korang yang berminat nak cuba rasa makan di Kampung
Kambing, meh sini Nur share details dia. Kedai Kampung Kambing ni terletak di
medan selera. Tapi tak susah pun nak cari. Tengok aje signboard dia.
Kampung Kambing
Alamat : Medan Selera Iskandar Malaysia
Taman Nusa Perintis, 81550 Gelang Patah, Johor
Location : https://maps.app.goo.gl/jF3BdgJJsH5k1j3o6
No. Telefon : 011-11978193
Beroperasi 10am-10pm (kecuali hari Selasa)
Instagram : https://www.instagram.com/kampung_kambing/
Facebook : https://www.facebook.com/KampungKambing1990/
COD juga disediakan sekitar kawasan Gelang Patah &
Nusajaya.
Extra marks yaa untuk restoren yang ada menyediakan servis
COD ni. Yela kadang kita teringin nak makan, tapi malas nak keluar rumah. So
why not mintak rider Kampung Kambing hantar sampai depan pintu rumah kan?
Oh ya. Tuan kedai pun ada cakap, untuk planning yang mendatang, pihak Kampung Kambing plan untuk tukar lokasi kedai makan mereka di suatu kawasan yang lebih menarik dan strategik. Nanti bila dah confirm, Nur update lagi ya :)
Oh ya. Tuan kedai pun ada cakap, untuk planning yang mendatang, pihak Kampung Kambing plan untuk tukar lokasi kedai makan mereka di suatu kawasan yang lebih menarik dan strategik. Nanti bila dah confirm, Nur update lagi ya :)
22 Comments
Ya allah..kambing adalah makanan kegemaran akak tp lately ni akak tgh dalam pantang..eat clean sbb uric asid tinggi, sebelum ni kena tekanandarah tinggi, next nanti kena pi check up lagi...tp tgok lauk pauk dalam entry ni buat akak terliur..sedapnyaaaa
ReplyDeleteKambing nie skli skla boleh la makan..nk makan slalu tue xla..tp xsalah klu nk rasa kan..nmpk set mnu tue smua sedap2..boleh try la nnt..
ReplyDeleteuih...ada Delivery? hebat juga kedai ni.
ReplyDeletetapi seriuslah, daging kambing sedap kot. tapi x leh makan selalu. kot naik tekanan darah tinggi. elok2 sihat, terus dapat sakit.hehe
Red Linda ~ https://anakperak.com
Ya Ampun , nampak sangat menyelerakan semua menu makanan yang ada ti. Tapi Ty tak suka and pandai sangat makan daging kambing. But I can suggest untuk kengkawan yang suka nanti.
ReplyDeleteya ampun sedapnya! saya suka kambing berbanding daging lembu. nampak sungguh menyelerakan, jauh la pulak kat gelang patah tu. nanti boleh suggest kat rakan2
ReplyDeleteMasyaAllah.. terliur tengok gambar-gambar tu. Tertarik betul dengan Nasi Goreng Kampung Kambing Grill. Daging dia fuhhhh boleh bayangkan sedapnya.
ReplyDeleteTerliur pulak tengok kambing bakar ni. Menu hipster, lain mcm kedai ni. Mesti ramai org serbu kan kedai ni. Nanti la visit johor boleh singgah makan
ReplyDeleteWowww macam2 nasi goreng ada. Nasi goreng kampung timbus gear box tu rare
ReplyDeleteAlahai ngences kita dibuatnya. Dah lah kita suka sangat makan kambing. Nasi goreng kampung kambing grill tu ngancam sangat.tp sedihh kejap sebab jauhhhh. Sob sob sob.
ReplyDeleteuih kambing ! kegemaran ni. boleh cuba bila ke sini nanti. harga kambing memang agak high sedikit tapi kelazatannya tidak boleh ditandingi.
ReplyDeleteAllahu saya ni dah laa peminat tegar kambing, tak boleh dengar kambing confirm smpai terus untuk makan, tmpt ni confirm say jadikan dream goals utk makan kalau singgah johor, terima kasih for the info
ReplyDeleteWah!!! Memang seronok la penggemar-penggemar tegar kambing ya... menunya pun pelbagai... saya tak boleh makan kambing, lembu, all red meats... intolerance... boleh tengok je la... hehehehe... tapi takpe, boleh order nasi goreng tomyam nanti ni... siap boleh delivery gitu... thumbs up...
ReplyDeleteFakta tentang kambing tu baru tau, rupanya makan kambing bukan punca sakit kepala. Family saya minat jugak makan kambing. Selalu kitorang masak kambing black pepper hehe.. Kalau ada rezeki ke Johor boleh la try singgah Kampung Kambing ni pulak
ReplyDeleteDaging kambing memang banyak khasiatnya kan tapi tuhlah saua tak makan dgaing kambing ni. Kalau daging lembu saya makan. Tengok ornag lain makan nampak sedap je kan tapi sendiri nak makan memnag tak boleh.
ReplyDeleteSaya mmg dari kecil smpai sekarang tak boleh nak makan daging kambing. Pernah sekali cuba, masuk je dalamm mulut, terus muntahkan balik. Tak gaulah kenapa.
ReplyDeleteKalau kata kambing, comfim sedap ni...alahai terus kecur rasaa Nur oii...
ReplyDeleteBila dengar kambing terus rasa terliur sebab kita memnag favorite. eh kat iskandar johor eh. Selalu juga ke iskandar tapi x tahu pasal kedai ni. Kalau x boleh singgah
ReplyDeleteYaAllah sedapnya tengok Nasi Goreng Kampung Kambing Grill tu. yang lain pun tak nak kalah. nanti nak kena cuba ni.
ReplyDeletekambing di mana-mana ek kat sini...hahhaha
ReplyDeleteThe food looks swesome, I really miss Nasi Goreng Kampung and grill lamb, it's been ages since I had some shall hunt for some tomorrow.
ReplyDeleteBC pun penggemar kambing...kalo ada p mana2 event yg ada kambing, kambing dulu jadi pilihan..sbb nk makan kambing sesaja mmg susah nk dpt org jual...jadi kt event mmg xlepas peluang...
ReplyDeletewowwww.....teruja betul membaca info tentang kambing tuh.. hahhahhaa..
ReplyDelete