Longjack Dan Kacip Fatimah Orang Kampung Kini Terbang Bersama AirAsia
Perasmian Kempen Penjenamaan OK Group untuk Pesawat AirAsia A320
Ingat Orang Kampung tak
layak ke nak terbang bersama AirAsia? Penjenamaan OK Group untuk pesawat
AirAsia A320 adalah buktinya. Pada 21 November 2019 yang lepas, Orang Kampung
Corporation (M) Sdn Bhd (OK Group) telah mengumumkan kerjasama kempen penjenamaan
bersama AirAsia Berhad sebagai rakan media di atas pesawat A320 di Malaysia.
OK Group yang mempuanyai
visi untuk menjadi jenama global telah berjaya menceburi perniagaan kesihatan,
makanan dan minuman selama lebih dari tiga dekad. Oleh itu, sebagai langkah
menaiktaraf dan mengembangkan lagi strategi pemasaran mereka, OK Group telah
bersetuju untuk mengadakan kerjasama dua hala bersama AirAsia.
Kempen penjenamaan di
atas pesawat AirAsia A320 ini telah dilancarkan oleh Pengarah Urusan OK Group,
En. Habibul Ajmi Bin Datuk Hj Manggar di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Objektif penjenamaan ini
adalah untuk mengembangkan potensi perniagaan dan juga meningkatkan nilai
jenama Orang Kampung, domestik dan juga antarabangsa.
Istimewanya penjenamaan
di atas pesawat AirAsia A320 ini, ia menampilkan logo Minuman Tenaga Longjack,
di samping imej Ikonik Orang Kampung. Dengan menggunakan tagline "The True
Power", imej di atas pesawat kelihatan elegan dan energetik, mencerminkan
imej OK Group.
Tower Longjack dan Kacip Fatimah |
Minuman Tenaga Longjack
dan Kacip Fatimah merupakan "killer product" OK Group adalah 100%
tulen keluaran Malaysia dan kini boleh didapati di semua pesawat AK AirAsia.
Antara khasiat Minuman
Tenaga Longjack adalah:
- Memberi tenaga sepanjang hari
- Merangsang penghasilan hormon testosterone buat kaum lelaki
- Mampu merawat sakit tulang
- Menghilangkan rasa letih dan mengantuk
- Melegakan sakit
- Membantu masalah penghadaman
Manakala khasiat Minuman Tenaga Kacip Fatimah pula adalah :
- Membantu mengecutkan rahim dan pelangsingan badan
- Mengembalikan tenaga
- Menguatkan dan mengetatkan sendi otot
- Menguatkan tisu yang memerlukan hormon estrogen
- Melambatkan proses penuaan
- Mengetatkan tisu faraj
Pengarah Urusan OK Group En Habibul Ajmi sedang memberi sepatah dua kata |
Pengarah Urusan OK Group
Encik Habibul Ajmi yang juga pengguna setia khidmat AirAsia berkata,
"Dengan kejayaan penjenamaan pesawat ini, OK Group melihat ini sebagai
peluang untuk bekerjasama dan berganding bahu bersama syarikat yang telah
memenangi anugerah World's Best Low Cost Airlines, sebagai strategi penjenamaan
korporat bagi tahun 2019 sehingga 2021".
Tambahnya lagi,
"Kerjasama bersama pesawat komersial merupakan satu langkah yang tepat dan
jitu untuk strategi penjenamaan kami dan berharap ia akan membuka lebih lagi
peluang untuk OK Group mengembangkan pasaran dan juga strategi pengiklanan
jangkamasa panjang".
Bersama JDT Blogger yang lain |
Sebagai penutup bagi majlis perasmian ini, kami diberi peluang untuk melihat dengan mata kepala kami sendiri logo Minuman Tenaga Longjack, disamping imej Ikonik Orang Kampung yang menggunakan tagline "The True Power" terpampang di atas pesawat AirAsia A320. Sungguh gah dimata orang kampung seperti Nur ini ya. Amazing sangat!
Nur doakan jenama Orang
Kampung yang diasaskan pada tahun 1975 oleh Allahyarham Datuk Haji Manggar B.
Haniff ini akan dapat dilonjakkan ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga jenama
Orang Kampung juga akan lebih dikenali orang ramai dan membuka mata orang ramai
bahawasanya jenama keluaran Malaysia mampu diri sama tinggi duduk sama rendah
dengan jenama lain terutamanya jenama antarabangsa.
Jom semua kita support
produk Malaysia!!
36 Comments
Sedap betul minum dua laki bini ni sejuk2
ReplyDeleteKan kak. Terus kuat sama2 hahahahaha
DeleteWoah ini hebat! Lepas ni memang kena order minuman Orang Kampung dalam flight ni. Selain menyokong produk tempatan, khasiatnya pun memang terbukti sejak bergenerasi kan! Tahniah, Orang Kampung!
ReplyDeleteSetuju. Sambil menyelam minum air. Sambil dapat khasiat sambil support produk Malaysia
Deleteterbaiklah OK.. bukan calang-calang company nak promosi iklan kat badan pesawat ni.. produk yang berualiti pasti akan jadi pilihan ramai
ReplyDeleteKan. Nur amazed sgt dgn usaha OK Group
DeleteSatu pengiklanan yang bagus di dalam dunia marketing . Kerana IKLAN itu terbang bersama-sama Kapal Terbang. haha :P
ReplyDeleteYa. Terbang tinggi bersama. Mana tahu Orang Kampung boleh ada pedawat sendiri 2 hari nanti
DeleteHebatnya!Sampaikan terpampang iklan di badan pesawat! Hebat! Setakat ni saya belum lagi pernah minum produk2 Orang Kampung ni. Lepas ni bolehlah cuba. :)
ReplyDeleteSila cuba. Jom support produk Malaysia
DeleteBagus lah produk tempatan macam ni dah mula dapat tempat di peringkat antarabangsa hehehe moga lepas ni lebih banyak usaha usahawan tempatan untuk terbang ke peringkat antarabangsa hehehehe pandai jer kita cakap....
ReplyDeleteBetul tu apa maha cakap. Jenama Orang Kampung ni kira boleh jadi contoh & inspirasi buat usahawan lain
DeletePromosi yang sangat baik bila bekerjasama dengan Air Asia. Globally orang boleh tau produk tempatan. Jenama long jack dgn kacip fatimah tu mmg popular. Suka bau kacip fatimah tu. Hehe.
ReplyDeleteSetuju sgt. Bila jenama phn dah melekat dekat badan pesawat, lagi mudah orang nak kenal. Lagi2 zaman hujung jari ni
DeleteWah log jack dalam aeroplane sekrg..hebat..Bgusla, kadang dah penat dalam kapal terbnag, duduk je, minum air ni terus cergas kan..hehee
ReplyDeleteBetul nad. Penat2 dalam kapal terbang, boleh order terus. In shaa Allah cergas
DeleteKagum dengan OK sebab bukan senang nak bekerjasama dgn Air Asia sampai tahap camni kan?
ReplyDeleteSetuju sgt. Nur pun kagum dgn usaha marketing dorang kali ni
DeleteTerselit rasa bangga bila produk tempatan semakin mendapat tempat bukan sahaja di dalam negara malahan ke peringkat yang lebih tinggi . Sal suka gak minum Kacip Fatimah OK, takde yang boleh tandingi khasiatnya
ReplyDeleteSama. Nur juga bangga sgt. Amazed betul dgn pencapaian OK Group
DeleteYeay! Satu lagi keluaran lokal yang menerbangkan kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia. Moga berkembang semakin jauh! Chaiyuk OK!
ReplyDeleteYeah. Kebanggaan kita anak Malaysia
DeleteTerbaik la jenama orang kampung kini terbang tinggi di atas awan. Bukan senang satu jenama yang dahulunya bergerak secara underground kini setanding jenama antarabangsa. Tahniah Orang kampung
ReplyDeleteMoga lebih dikenali hendaknya lepas ni
DeleteThanks for sharing! I love supporting Malaysia products! There's more to come! I am so proud being a Malaysian!
ReplyDeleteMost welcome vee. Lets support our local product
DeleteWah makin berkembang produk ni. Sekarang dah ada kaloborasi bertambahla menarik. Moga terus maju
ReplyDeleteIn shaa Allah terus maju dan maju lagi...
DeleteWahh orang kampung dah masuk flight hehe bestt ni nanti bila travel blh order.. Hihi maju sgt dah skrg. Dik teringat lagi iklan dia zaman dulu2 long jack org kampung!
ReplyDeleteKan. Lesu2 badan tu boleh order kasi tambah cergas
DeleteDah lama jenama ni bertapak kan. Semoga jenama OK ni terus maju dan makin berkembang
ReplyDeleteAah. Itu yg amazed sgt dgn marketing dorang kali ni
Deletebagus tu, orang yang suka kopi boleh beli di atas kapal Air Asia. tahniah for both Air Asia dan syarikat
ReplyDeleteHari tu naik kapal terbang tak nampak yang ada logo ni. Qiss suka minum kacip fatimah tu.
ReplyDeletewah hebatnya. btw atas airasia nanti leh dapat ke minuman ni?
ReplyDeleteAM kalu nak drive utk jangka masa yg lama mmg suka minum kacip Fatimah n sememangnya produk nie menjadi pilihan AM..
ReplyDelete