Percutian 5 Hari 5 Negeri Kami Sekeluarga
Agak amazing laa percutian kami sekeluarga ni. 5 hari 5 negeri tu. Penat weh. Nur rasa sejak Nur kahwin, ni first time kami pergi bercuti sekeluarga. Well, kami bukan orang senang yang boleh pergi bercuti bersama keluarga secara berkala. Sebulan sekali ke. 2 bulan sekali ke. 1/2 tahun sekali ke.
Tapi apa-apa pun syukur alhamdulillah, Allah mengizinkan kami untuk bersama-sama pergi ke negeri orang dalam keadaan sihat dan selamat. Itu pun dah cukup bersyukur.
Percutian kami sekeluarga adalah bersempena dengan Hari Konvokesyen adik ipar Nur di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Changlun, Kedah. Jauh amat tu dari Kluang, Johor. Selatan ke ceruk Utara tu. 8 jam juga perjalanan kalau straight dari Kluang. Patah pinggang makkkk! Haha
Plan nya begini:
Hari pertama : Ipoh, Perak
Hari kedua : Penang
Hari ketiga : Kedah & Perlis
Hari keempat : G-Day, UUM Kedah
Hari kelima : Cameron Highlands
Penat ya bercuti konsep celup-celup ni. Sampai ke tempat penginapan waktu malam. Pagi dah siap-siap dan check out terus ke tempat-tempat yang kami dah set nak pergi. Kiranya tempat penginapan yang kami dah book tu hanya untuk tidur semata. Takde nak lepak-lepak, guling-guling, santai-santai sangat. Mana lah makyong ni tak senang jadi naga hahahahaha.
In shaa Allah akan diceritakan di next blog post kemana je kami pergi untuk setiap negeri tu. Rugi pulak dah ambil gambar banyak-banyak tapi tak diabadikan dalam blog. Mana tahu kalau umur blog Nur ni panjang, anak cucu boleh baca hihi. Jauh pikir ya makyong.
Ok laa minta diri dulu. Moga korang sihat dan ceria hendaknya. Assalamualaikum
13 Comments
Boleh bayang penatnya tu. Agak selalu jugaklah bercuti celup-celup cenggini. Biasanya time ikut suami kerja di dua negeri yang berbeza nun jauh dari Pantai Timur lepas tu selitlah dengan misi bercuti kononnya. Tapi, ok lah kan asal bercuti. Nanti kita cuti bebetul pulak. Hihihi.
ReplyDeleteHuhu ikut husb kerja acah2 jadi PA kan. Dapat stay hotel me time kejap tukar suasana. Best tu
DeleteWow!!!!!!!!! Awesome road trip dear. Walopun penat Tapi pasti syiok kan. Have a good day dear.
ReplyDeleteSyok tp tula, penattttt hahahaha
DeleteBanyaknya tempat awak pergi..mesti penat kan?Tapi seronok dapat kenal bercuti-cuti tengok tempat orang.
ReplyDeleteAah penat tapi baloi sebenarnya. Cuma penat utk org tgh mabuk mcm nur ni ha hahahaha
Deletepercutian celup pun best hape..gee memang suka road trip! santai santai je kan..
ReplyDeleteBest sis gee cuma agak penat sbb nur tgh fasa mabuk huhuhu
DeleteTak kisah laa Nur, janji bercuti luar dari kawasan kita. Lin pun kalau cuti family, setahun sekali, lagilah haru bila anak dah besar, cuti tak sama...
ReplyDeleteNak kasi ngam semua tarikh tu mencabar jugak ek bila anak2 dh ada komitmen masing2. Itulaa sis penat, tp best sebenarnya
Deleteboleh bayangkan perasaan tu sebab kak pun pernah travel kedah ke johor. nasib baik lah setahun sekali ja jalan2 cuti2 malaysia, hahaha
ReplyDeleteHaha. Saya pun pernah buat trip camni ngan keluarga belah suami. Bukan graduation day la tapi masa adik ipar saya kahwin di Kedah. Habis kami bercuti ke Penang, kemudian ke Cameron Highlands sekali. Then baru balik KL. Penat tapi enjoy. Akhirnya sekarang adik ipar saya tu dah meninggal kerana kanser. Benda2 ni mencipta kenangan buat kita.
ReplyDeleteseronok nya.. selagi cuti lama, selagi tu pergi tempat yag boleh pergi.. tapi mmg penat la juge..heheh
ReplyDelete