10 Tips Cerai Susu Badan (Wean Off) Yang Berkesan
Setiap ibu yang
menyusukan anak mesti akan melalui fasa putus susu atau cerai susu atau bahasa
omputihnya adalah Wean Off. Banyak alasan kenapa ibu yang menyusukan anak ingin
bercerai susu. Kebiasaannya adalah anak sudah cukup 2 tahun ataupun susu badan sudah
berkurangan.
Bercerai susu bukan
mudah buat anak dan juga buat ibu. Kedua belah pihak ada cabarannya yang
tersendiri. Baru-baru ni Nur baru sahaja berjaya bercerai susu badan dengan
Mardhiyah. Sejak mengandungkan anak kedua ni, susu semakin kurang dan sakit
setiap kali menyusukan Mardhiyah. So terpaksa mengambil keputusan untuk cerai
susu walaupun Mardhiyah belum genap 2 tahun. Sorry sayang.
Alhamdulillah, fasa
cerai susu badan dipermudahkan (hanya 1 minggu) walaupun ada cabarannya
tersendiri. Jadi di sini Nur nak share sedikit tips apa yang Nur guna untuk
cerai susu badan dan ajar Mardhiyah menyusu susu formula menggunakan botol
susu.
***Sebelum mula, Nur nak
cakap yang Nur tak guna tips calit sirap calit kopi atau apa-apa petua yang
sewaktu dengannya. Nur taknak beri apa-apa impak yang tak elok dekat Mardhiyah.
Tips Cerai Susu Badan dan Tips Ajar Anak Minum Susu Botol
Sebulan sebelum Nur mula
cerai susu, Nur cuba bagi Mardhiyah minum susu kotak sama ada susu full cream
atau susu segar. Brand yang biasa Nur beli adalah Gooday dan Dutch Lady. Bukan
susu berperisa ya!
Mula-mula bagi of course
dak Mardhiyah buat muka pelik. Kalau tak habis, Nur yang akan habiskan atau
guna buat masak makanan Mardhiyah. Keep trying bagi dia cuba minum susu lain
selain susu ibu dia sampai berjaya.
Tapi masa ni belum cerai
susu badan tau so tetap akan breastfeed Mardhiyah walaupun menahan sakit yang
amat.
2. Bagi Tahu Anak
Sebelum start cerai
susu, bagi tahu anak yang dia bakal bercerai susu badan dengan ibu. Tak
kisahlah kalau pada kita anak tak paham apa kita cakap, tapi cakaplah. Bagi
tahu baik-baik dan awal-awal supaya anak ready dan faham (in shaa Allah).
Bila dalam fasa cerai
susu badan pun, keep telling your child yang sekarang kita dah bercerai susu
badan. Masa Nur fasa cerai susu badan, ada masa Mardhiyah akan melalak mintak
susu, ada masa juga meleser macam kucing parsi gedik-gedik minta ibu dia susu.
Apa Nur buat adalah Nur
akan cakap,
Mardhiyah, dalam perut ibu ni ada adik Mardhiyah. Susu ibu dah takde. Cik B (nenen) ibu sakit. Ibu dah tak boleh susukan Mardhiyah. Kesian ibu tau.
Macam tula skripnya, so
jangan lupa untuk bagi tahu anak. Tak kisahlah dia terima atau tak, lama-lama
in shaa Allah anak akan paham dan terima. Anak kita ni makhluk Allah yang
sangat bijak tau. Ingat tu.
3. Pilih Hari Yang Tepat untuk Mula Cerai Susu
Yela, takkan lah nak
pilih hari yang busy dan unavailable kan? Makesure pilih hari yang betul-betul
ready dari pelbagai sudut. Bergantung pada keadaan masing-masing, sebab ada
yang bekerja, ada yang surirumah tangga.
Nur pilih hari Jumaat.
Saje ambil berkat hari Jumaat. Memandangkan Mardhiyah pun start menyusu pun
Jumaat, 26 Januari 2018 yang lalu.
Tips ni hanya untuk
mereka yang nak ajar anak minum susu dalam botol sahaja. Kalau yang nak ajar
anak minum susu guna cawan boleh abaikan kut.
Dari hari pertama fasa
cerai susu, Nur dah kenalkan botol susu dekat Mardhiyah. Susu yang Nur pilih
adalah Fernleaf full cream memandangkan ramai yang bagi review best dekat susu
ni.
Nur buat tak banyak, 2oz
sahaja. Tak expect tinggi pun. Of course Mardhiyah taknak. Cabut lari terus
bila Nur nampak botol susu. Saje pulak try bagi susu dalam cawan. Eh nak pulak?
So kasi layan lah ikut
rentak dia. Tapi plan nak kasi susu dalam botol tetap ada. Leceh kalau pakai
cawan. Tumpah berkecah. Botol straw pun Nur taknak guna. Sebab masa tu pikir
nanti senang sikit kerja kita bila dia pandai minum susu dalam botol. Boleh
tinggal anak sambil kita buat kerja lain. Tak setuju boleh skip tips ni k.
So tiap kali Mardhiyah
nak susu, Nur tetap buat dalam botol susu dia. Nur cakap kat Mardhiyah,
Mardhiyah, botol susu ni kawan Mardhiyah. Mardhiyah kena sayang dia. Kesian tau Mardhiyah taknak kawan dengan dia. Nanti dia sedih, dia nangis.
Ada masa juga Nur
acah-acah minum susu botol Mardhiyah. Buat mimik muka "wahhh
sedapnya". Lama-lama anak mesti nak cuba. Kerja kita tinggal sabar je.
Harini dan esok taknak,
lusa Mardhiyah dah cuba letak puting botol dekat mulut dia pastu buat muka
pelik. Esoknya lagi dah boleh sedut even 3 saat. Esoknya dah boleh sedut lama
sikit. Esoknya lagi terus pandai minum susu guna botol even gaya sangat kekok.
Esok-esoknya lagi dah mahir dan bertambah mahir.
So kalau nak ajar anak
minum susu botol, biasakan dia dengan botol susu. Nak tidur pun Nur letak botol
susu sebelah Mardhiyah. Biar dia biasa. Lama-lama in shaa Allah hati anak
terbuka untuk minum susu botol.
Yes. Tips ni juga sangat
membantu walaupun bukan 100%. Mardhiyah bangun pagi je, Nur terus offer air
masak dan makanan favourite dia contohnya telur rebus dan lain-lain (ikutlah
anak korang suka makan apa).
Yela, biasa anak yang
menyusu badan ni celik aje mata terus cari Cik B ibu dia. Sebab tu sebelum anak
bangun, dah kena prepare makanan/snacking yang anak suka.
Dan juga waktu-waktu
makan yang lain. Waktu snacking juga penting. Time dia boring dia akan cari Cik
B kan? Prepare lah buah atau apa yang best. Pelbagaikan supaya anak tak bosan.
Tips kat atas ni
(pastikan anak kenyang) adalah salah satu cara alih perhatian anak. Untuk anak
yang kurang gemar makan, alih perhatian anak dengan aktiviti yang anak suka.
Contohnya mewarna ke, main
air/bubbles dalam toilet ke, berendam dalam pool ke, main kat luar rumah ke.
Banyak. Pun kita perlu perlbagaikan. Fasa wean off memang kita akan penat
mental dan fizikal. Sila bertabah ya.
7. Jangan Offer
Bila anak meraung
melalak nak Cik B, kalau boleh jangan offer anak Cik B kita. Cuba sebaiknya
untuk kentalkan hati korang.
Kalau tak, takut drag
masa nak cerai susu. Bergantung lah pada keadaan korang. Macam Nur memang nak
cerai susu cepat. Sebab sakit sangat bila Mardhiyah sedut. So memang kena tegas
tak offer atau tak cair tiap kali anak melalak mintak Cik B.
Part ni bergantung pada
keadaan masing-masing. Macam Nur, suami hanya akan ada pada waktu malam sahaja.
So malam suami take over jaga Mardhiyah. Bukan lepas tangan ya.
Sebelum tidur, suami
yang akan siapkan Mardhiyah. Tukar baju, tukar pampers, gosok gigi dan
lain-lain. Termasuklah tidurkan Mardhiyah. Suami yang settlekan.
Masa fasa cerai susu ni
buai sangat diperlukan lagi-lagi nak tidur malam. So Mardhiyah akan tidur dalam
buai sepanjang malam. Suami yang banyak handle tiap kali Mardhiyah menangis
malam-malam nak susu atau kata lain Cik B especially pada hari-hari awal cerai
susu.
Kadang bila dia
menangis, bagi air masak dalam botol susu. Kalau dia tolak (majoritinya tolak),
suami atau Nur akan buaikan aje sampai Mardhiyah berhenti menangis dan tidur
semula.
9. Jaga Pemakaian Kita
Haha jangan pelik ya.
Fasa cerai susu badan ni kita sebagai ibu perlu jaga pemakaian. Pilih baju yang
tertutup especially bahagian dada. Bila dia nampak, lagi senang dia teringat
kat Cik B kita kan.
Cerai susu ni macam
putus cinta juga. Time putus cinta kan habis semua kenangan dengan pakwe/makwe
kita buang. So cerai susu ni kena la bagi anak tak terbayang-bayang susu ibu
dia haha.
Walaupun tengah fasa
cerai susu, jangan lupa belai anak ya. Yela, emosi anak pun mesti terguris bila
nak kena cerai susu dengan ibu. So rajin-rajinlah belai anak ya.
Nur selalu peluk
Mardhiyah, Nur cakap laa yang baik-baik sambil peluk tu. Moga emosi yang
terguris tu sedikit terpujuk dengan belaian kasih sayang kita.
Ok lah sekian
perkongsian tips cerai susu badan dari Nur. Panjang rupanya ya. Diingatkan,
tips ni adalah berdasarkan pengalaman Nur sendiri. So bagi mana-mana tips yang
korang rasa tak praktikal untuk situasi korang, Nur minta maaf ya.
Terima kasih sudi baca.
Moga bermanfaat. Moga Allah permudahkan urusan ibu-ibu diluar sana yang plan untuk cerai susu badan dengan anak.
7 Comments
Nak wean off nina ni, 2 kali kene bengkak susu. Seksa sungguh 😂
ReplyDeleteHuhu i feel u nana. Sakitnya disitu bengkak susu :(
DeleteTerima kasih bg tips..nanti nak try kat Zulaikha 2thn 5bln
ReplyDeleteSama2. Saje share tips atas pengalaman sendiri. Mana tahu bermanfaat buat ibu2 yg lain. Nur doakan moga dimudahkan ya :)
DeleteBanyak kali nak wean off tapi hati tak kuat. Anak baru 1tahun 4 bulan. Sy nak wean off sebab pregnant anak kedua. Tapi keguguran akhirnya. Sekarang tengah merancang utk ikhtiar semula dan nak wean off. Sedih nak wean off tapi have to sebab sy dalam golongan berisiko hamil semasa menyusu. Tq for the tips Nur ❤️
ReplyDeleteAllahu. Berat ujian puan. Moga sabar & tabah ya. Tq juga sudi baca tips dari Nur. Moga bermanfaat ya 😊
DeleteAssalamualaikum terima kasih atas tips dan perkongsian puan. Saya pun dlm fasa wean off anak setahun 6 bulan lebih dan sekarang tgh pregnant. Ada tak cara/ tips utk belah malam? Sebelah siang dia boleh, tapi belah malam dia nak susu bdn
ReplyDelete