5H5N Part 2 Pulau Pinang
20 Oktober 2019
Lepas isi perut dekat
Mee Udang Mak Teh Kuala Sepetang kitorang terus pergi Pulau Pinang. Bertolak dalam
2:00PM macam tu. Sejam kemudian, sampai dah Jambatan Pulau Pinang. Oh ya kalau
nak baca kisah kami di Perak boleh baca kat sini k : 5H5N Part 1 Perak
Pergi Pulau Pinang untuk food
hunting sahaja. Tak banyak pun sebab kami target lepas maghrib dah bertolak ke
Changlun, Kedah. Kitorang decide nak pergi area Georgetown je alang-alang nak merasa pengalaman lalu Jambatan Pulau Pinang. Antara tempat makan menarik yang kami tuju adalah:
Ais Tingkap
Fuh. Beratur panjang nak
dapatkan secawan ais tingkap yang pada mata kasarnya kita nampak macam air
sirap biji selasih je. Tapi hakikatnya, macam-macam ada dalam tu.
Tempat dia betul-betul
tepi jalan dan bersebelahan dengan Jeruk Madu Pak Ali. Nur pulak time ni rajin
offer diri untuk beratur beli ais tingkap. Exercise cekononnya. Kitorang tapau
airnya. Sebab tak plan pun nak minum dekat situ. Penuh lagipun.
Sementara tunggu ais
tingkap, yang lain ada yang pergi beli jeruk, ada juga yang pergi Chowrasta
Market. Suami Nur jagakan Mardhiyah. Sekali beli buah berangan. Pastu lepak
makan tepi jalan macam dah takde tempat lain nak makan.
Ghani Penang Famous
Pasembur
Settle beli ais tingkap
dan lain-lain, terus menuju ke Medan Selera Padang Brown untuk pekena Pasembur.
Tempat ni ala-ala kedai kaki lima di bahagian penjuru padang.
Time ni tak larat dah
nak berjalan so Nur duduk je kat meja makan. Bila ada orang datang amek order
kami semua order ais kosong sebab dah minum air tingkap. Acah-acah control
pengambilan gula gitu.
Sempat la family photo kejap haha |
Nur buli adik-adik ipar yang cantik manis pergi belikan pasembur. Mardhiyah pulak dah nampak taman. So abah dia dan yang lain-lain tolong layankan dia.
Kitorang macam tak puas
hati sangat laaa dengan kualiti pasembur ni. Kuah sejuk. Bahan-bahan lain yang
sejuk tu Nur paham lah sebab dorang dah goreng awal semuanya. Cuma part kuah tu
haa takleh terima dia sejuk. Tak nikmat makan haha.
Sungai Dua Char Koey
Teow
Gambar pinam foodadvisor.my |
Ok next. Lupakan pasembur. Settle pekena pasembur, kami teruskan perjalanan ke Sungai Dua Char Koey Teow. Pilih makan kat sini sebab dah sehaluan nak ke Kedah.
Time ni bateri almost
zero haha. Makyong penat weh. So tak amek gambar pun. Tak larat. Tak order
makan pun sebab dah tak lalu nak makan. Makan celup-celup orang punya je.
Mardhiyah pun abah dan
makcik cantik dia yang layankan makan. Char koey Teow kat sini
sedap cumanya tempatnya tepi jalan dan berapa meter je dari traffic light masuk
Sungai Dua. Parking limited, so kena pandai-pandailah parking tepi jalan dengan
penuh berhati-hati.
Solat Maghrib
Hari pun dah senja. Kami
teruskan perjalanan untuk solat Maghrib. Lupa apa nama surau yang kami singgah
tu. Sempat jugalah Nur dan Mardhiyah tumpang mandi kat surau ni. Lega badan
wehhhh.
Settle solat Maghrib
sekali jamak solat Isya, terus gerak ke Kedah. Kali ni Nur pula drive. Ngantuk
sebenarnya. Syukur Nur jenis takde masalah kalau drive time mengantuk, cumanya
kena laju sikit la.
Tapi dah nak dekat
Changlun, Kedah tu kami ada masalah sikit. Bukan kereta rosak tapi terpaksa
berhenti tepi dalam gelap malam sampai Mardhiyah terjaga dan menangis sebab
terkejut dan tak puas tidur. Makanya terpaksa tukar driver.
Apa jadi bila dah sampai
Changlun tu Nur cerita kat next post ok. Moga masih gigih bercerita. Demi
memori yang bakal dikenang suatu hari nanti.
2 Comments
Seronoknyaaa bercuti beramai-ramai. Kita ada kecenderungan yang sama. Makanan! Hahaha. Gi mana pun makanan tempat tu dulu yang dicari. Ya kan?
ReplyDeletebest kan penang... syorga makanan
ReplyDelete