Kimchillax Street Tarik Minat Komuniti Korea di Iskandar Puteri
Annyeonghaseo. Je
ireumeun Nur Decamellia imnida. Jeoneun 27 sarimnida. Haaa pehal pulak anak
Jawa ni nak cakap Korea. Betul ke salah tu tak tahu lah. Kalau salah, salahkan
Encik Google ya. Haha
21 Januari yang lepas
Nur bersama JDT Blogger yang lain berkesempatan menghadiri event yang
dianjurkan oleh EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd bertempat di Kompleks Sukan
EduCity.
Event pada bulan Januari yang bertemakan
"KimChillax" ini membawakan budaya dan produk Korea ke EduCity Chillax
Market dari 5PM hingga 10PM. Itu pasal lah Nur mengada nak cakap Korea. Acah-acah
terbawa aura K-Pop gitu.
Untuk event kali ni,
Educity berkerjasama dengan Korean Society of Malaysia dan juga komuniti
Iskandar Puteri. Tak lupa juga mereka yang terlibat untuk menjayakan KimChillax
adalah VRinity (Virtual Theme Park, Mall of Medini), Raffles University,
Newcastle University Medicine Malaysia, Raffles American School, Netherlands
Maritime Institute of Technology dan University of Southampton Malaysia.
Antara aktiviti menarik buat pengunjung yang hadir ke KimChillax adalah permainan tradisional
Korea yang dipanggil "Tohu", Hanbok photobooth, demo masakan Kimchi,
persembahan tarian K-Pop dan banyak lagi.
Tapi persembahan paling
menarik pada malam tu adalah dari Soo Taekwondo. Dorang punya persembahan bukan
kaleng-kaleng ya. Bukan setakat 'hiyak hiyak' tu, sebab Soo Taekwondo ni adalah
kumpulan koreografi seni mempertahankan diri. So pergerakan dorang tu macam ada
unsur tarian sikit.
Kiranya memang menarik
tertarik sangat laa persembahan dari Soo Taekwondo tu. Peserta pula dari kecik
comel sampai ke remaja. Terlompat sana sini buat jump spin kick, high kick dan
macam-macam skill dorang tunjukkan. Excited sangat tengok.
Pinjam gambar sunahsakura.com sebab Nur duduk jauh gambar zoom pun segan nak upload haha |
Tak lupa juga
persembahan tarian tradisional Korea yang memukau dari Kim Song Hee diiringi
gemersik alunan bunyi alat musik tradisional Korea. Rasa tenang dan damai je
dengar. Ibarat macam kita dengar gamelan la. Kan sedap je ditelinga.
Akhir sekali persembahan
kemuncak dari penyanyi kecil molek BBNU yang sangat sinonim dengan K-Pop tak
lain tak bukan Sarah Suhairi. Nur minat juga dengan Sarah Suhairi ni sebab dia
berbakat dan pandai nyanyi lagu Korea. Lagu pertama Sarah nyanyi ialah lagu Eye
Lips Nose nyanyian Taeyang dan lagu seterusnya adalah Ddu-du Ddu-du nyanyian
Blackpink.
Sebelum balik tu ada
sesi meet & greet dengan Sarah Suhairi so kami noona JDT Blogger dapat la
bergambar dengan Sarah Suhairi.
Buat pengetahuan semua,
Chillax Market akan betukar tema setiap bulan dengan pelbagai aktiviti
keusahawanan dan komuniti. Pihak EduCity berusaha untuk memberi kesan positif
kepada perkembangan sosial, budaya, ekonomi dan alam sekitar di seluruh kawasan
sekitarnya dengan event seperti ini, seperti kata Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi, Pengarah Urusan EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd:
EduCity Sports Complex is an ideal venue for various events. From neighbourhood-friendly to global scale spaces in which we have took the challenge in taking the brand image of this world class facility to be more than just brick and mortar – coming up with this open-to-all Chillax Market as the focal point for Iskandar Puteri community to come down together and enjoy the space.
Our gratitude goes to Korean Society of Malaysia who have worked tirelessly to fly in some of the special performances from Korea together with Terrain Property, the event sponsor. We wish to engage more with the Korean community who are among the largest community of expats residing in Iskandar Puteri, said Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi, Managing Director EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd.
Bulan ni tema Korea
(KimChillax). Kita tunggu bulan depan event tema apa pula ya?
7 Comments
Cantik Hanbok color yang Nur pakai tu, geramm Sis ko nengok oiii...aishhh rugi tak dapat join, takde rezeki...
ReplyDeleteIyaaa sanggup tunggu orang lain bukak hanbok yg ni sbb kenan dgn kaler ni haha. Gigih kan
Deleteeh macam lebih kurang sama je tajuk kita ek...hahaha
ReplyDeleteHaha nur terus pergi blog akk nak tengok sama nya tuu. Selamat laa lebih kurang, bukan betul2 sama haha
DeleteWehh...nak gak pakai hanbok tu. Comel betul kamu nih dikk.
ReplyDeleteHaha rezeki takyah g korea dah dpt rasa pakai hanbok hihi
Deleteseronoknyaaa
ReplyDelete