Resepi Sambal Cencalok Yang Sedap
Bila anak jati Johor
cuba nak makan cencalok yang kita semua maklum sangat sinonim dengan negeri
Melaka, negeri yang kaya dengan keunikan sejarahnya. Beginilah kisahnya....
Cencalok diperbuat dari
bahan asas iaitu udang halus (di Melaka di panggil sebagai Udang Geragau yang
hanya di dapati dipantai Melaka) atau udang laut kecil lain yang tidak boleh
dijual dipasaran atau sesuai untuk diproses dijadikan belacan juga.
Alkisahnya cencalok ni
pemberian orang kat suami. Berminggu jugalah botol cencalok tu duduk kat tepi
kabinet dapur. Takde hati langsung nak buka. Tengok pun hujung mata je.
Tak tahu nak gayakan
macam mana. First time ni nak handle cencalok. Bila dah terbuka hati baru
sentuh. Itupun sebab suami dah tanya pasal cencalok. Yela takut membazir kan.
Gigih la Google macam
mana nak buat sambal cencalok. Rata-rata kata hiris cili, bawang merah, perah
limau kasturi & letak lah cencalok tu. Masalahnya takde limau kasturi. Nak
pergi kedai memang tak rajin. Makanya, ubah cara sendiri lah.
So kat sini Nur share
resepi sambal cencalok cara Nur tanpa menggunakan limau kasturi. So pada yang
nak makan sambal cencalok, tapi takde limau kasturi kat rumah, dan sama kes
malas nak pergi kedai macam Nur, boleh la try resepi ni. Mana tahu serasi kat
tekal korang jugak.
Kasi zoom sikit laa |
Resepi sambal cencalok
(cara Nur)
*untuk 2 orang makan
Bahan:
2 SB cencalok
1/2 biji bawang besar
1/4 biji tomato
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
Secubit gula
Cara:
- Tumbuk cili. Kalau nak hiris halus pun takde masalah. Nur lagi suka tumbuk
- Hiris halus bawang besar dan tomato
- Campurkan semua bahan dengan cencalok dan juga secubit gula
- Gaul rata semua bahan. Rasa lah sikit. Kalau tak cukup cencalok boleh tambah
Dua kali dah repeat guna
cara sama. Alhamdulillah sedap ditekak lagi-lagi kalau makan dengan lauk simple
ikan goreng & sayur masak air. Masa first day try sambal cencalok tu Nur
makan dengan ikan bawal emas goreng dengan sayur bayam masak air. Mantap weh pergi
dia!!
Mengandung ni memnag
suka makan simple macam tu. Rasa lagi berselera makan yang simple cara orang
kampung compare to makanan berkuah yang pekat-pekat tu ha. Simple macam tu pun
dah cukup berselera sampai tambah nasi ha. Itulah punca berat naik 1.3kg check
up baby hari tu. Haha.
Pengakhiran kata, sedap
juga cencalok ni kan? Ingatkan pelik rasa dia. Kena gaya dan cara, sedaplah kat
tekak. Maaf lah orang Melaka dan juga mereka yang makan cencalok, Nur first
time nak handle cencalok so agak skeptical mula-mula tu.
Betul lah orang kata,
Tak cuba tak tahu, dah cuba tambah nasi tak tahu malu.
Haha keluar pulak pantun
dua kerat. Ok laaa. Terima kasih sudi baca. Assalamualaikum semua.
18 Comments
Saya tak pernah pula try cencaluk ni. Selalu la nampak orang jual kalau bercuti ke Melaka. Nanti kena cuba jugalah cencaluk.
ReplyDeleteMemang kene cuba azna. Tak kenal tak tahu hehe
DeleteHehe saya pun haritu ada kawan bagi, disebabkan tak reti nak makan, so duduklah botol cencaluk tu dalam peti ais sampai expired. Memang takda rasa nak buat sebab memang tak reti. tapi lepas tengok resepi awak ni, maybe boleh try bebila nanti. manalah tahu kot2 tekak boleh terima kan.
ReplyDeleteNext time orang kasi boelh try ek hihi
Deletebaru tau cencalok ni asalnya daripada udang selama ni sarah main makan je semua hahaha
ReplyDeleteOk lah tu main makan je. Makan lah jugak. Nur dah 27 tahun baru pandai makan
Deletesaya pun suka sangat dengan cencalok, cencalok dan budu. Walaupun orang johor tapi suka, huhu. Kalau ada resepi budu blh la share ye next time.
ReplyDeleteBudu belum mendarat lagi dalam rumah ni. In shaa Allah soon
DeleteAum!!!!!!! Looks good. Tapi saya x makan cencalok. Macam mana pun, thank you for sharing your recipe.
ReplyDeleteAduhhh sedapnya sambal cencalok, lama dah tak makan..memang fav sis ni. Nanti nak gi cari le cencalok
ReplyDeleteSeumur hidup tak pernah makan cencaluk. Takut nak try. Satu hari nanti nak try jugak
ReplyDeleteErm tak minat sangat makan cencaluk sebab masin-masin kan? tapi kalau dengan resepi macam ni nampak macam membangkit selera
ReplyDeleteNampak mcm sedap buat pencicah tapi kita x pernah makan cencaluk huhu.
ReplyDeleteSeumur hidup ni saya tak pernah makan cencalok, budu dan sebagainya. hehe. rasa mcm nak kena try jugaklah lepas ni :)
ReplyDeleteMasa stay melaka dulu rajin la jugak mkn sambal cencalok kat kedai.. Sedappppp... Tiba2 teringat pulakkkk.. Ahhh sudahhhh🤭
ReplyDeleteSupervising cencalok ni. Fuhh.. menyelerakan.. Boleh jadi agen penambah nasik ni. Hehe. Simple je but nice.
ReplyDeleteAlamak, takut termakan banyak plak kalau buat ni, hihi
ReplyDeleteizin share ya admin :)
ReplyDeleteburuan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
ayuk... daftar, main dan menangkan
Line : agen365
WA : +855 87781483 :)
Silakan di add ya contaknya dan Bergabung juga ya :)
Ditunggu ya Bosku :)