Fungsi Water Based Moisturizer (Pelembap) Untuk Kulit Berminyak | Hansaegee Nature
Siapa jenis kulit muka
berminyak sila angkat tangan. Yeah kita geng! Biasanya bila kita ada kulit muka
yang berminyak ni kita rasa kita dah tak perlu gunakan pelembap (moisturiser)
kan? Yela, kulit dah berminyak nak tambah lagi kelembapan tak ke lagi berminyak?
Haaaa salah teori tu!
Tahu tak banyak sangat sebenarnya kelebihan menggunakan pelembap sebagai rutin
harian bagi apa jua jenis kulit hatta yang berminyak.
Hydrated skin is healthy
skin. Jangan kita ingat kulit muka kita dah berminyak bermaksud kulit muka kita
dah cukup lembap, dah cukup air. Kulit yang kering atau dehydrated boleh
mengakibatkan masalah keradangan, penyebab penuaan kulit dan juga kulit muka
boleh breakouts.
Sebabnya, bila kulit
kita kering, tubuh badan kita akan bertindak balas dengan menghasilkan lebih
banyak minyak dimana minyak tersebut boleh membuatkan liang pori kita tersumbat
dan akhirnya menghasilkan banyak jerawatpastu breakouts teruk.
Oh no! Jerawat adalah
suatu nightmares buat kaum hawa tau.
Nampak kan betapa pentingnya
penggunaan pelembap walaupun kulit muka kita berminyak? Yang penting kita perlu
menggunakan pelembap yang sesuai dengan kulit kita seperti Aqua Whitening Cream
daripada Hansaegee Nature.
Ok sebelum Nur cerita lebih lanjut tentang Aqua Whitening Cream, Nur rasa lebih elok kalau Nur cerita dulu apa tu Hansaegee Nature.
Hansaegee Nature
Hansaegee Nature adalah
jenama produk kecantikan yang telah wujud di Malaysia sejak tahun 2011 lagi.
Kesemua produk Hansaegee Nature adalah 100% buatan Korea dengan menggunakan
bahan yang berkualiti tinggi untuk memberikan manfaat yang optimum buat penggunanya.
Malah produk Hansaegee Nature juga telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan
Malaysia, KKM dan selamat digunakan.
Menariknya, kesemua
produk Hansaegee Nature hanya boleh didapatkan dari Website Online Shop dan
juga WhatsApp Order Service sahaja. Kita juga tak boleh nak dapatkan mana-mana
produk Hansaegee Nature dari kedai seperti Watson, Guardian atau medium lain.
Agent pun tak ada. Inisiatif ini dilakukan untuk menjamin kualiti produk
Hansaegee Nature itu sendiri. Yela, banyak kes netizen terbeli fake product
kan?
Untuk pengetahuan semua,
Nur dah gunakan Aqua Whitening Cream ni sejak beberapa hari yang lalu setelah
sekian lama Nur dah tak gunakan apa-apa pelembap dekat muka ni. Fed up dengan
effect berminyak tu. End up terus tak pakai. Dan ini adalah kali pertama Nur
menggunakan produk Hansaegee Nature.
Aqua Whitening Cream adalah krim pelembap dan pencerah. Bila kita dengar je nama aqua, ianya sinonim dengan air kan? Ini adalah kerana Aqua Whitening Cream adalah krim pelembap yang berasaskan air (water based moisturiser). Antara kelebihan Aqua Whitening Cream adalah:
- Mengawal penghasilan sebum dan minyak yang berlebihan pada kulit (oil control function)
- Membaik pulih kerosakan dan kemerahan kulit akibat sunburn
- Memberikan kelembapan kulit yang mendalam dengan kehadiran 'water drop'
- Tak melekit dan sangat sesuai dengan suhu Malaysia yang panas-lembap
- Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit
- Tanpa Paraben, Sodium Lauryl Sulfate (SLS) dan alkohol
Texture krim yang ringan (water based) |
Hansaegee Nature Aqua
Whitening Cream diformulasikan dengan ekstrak herba untuk memberi manfaat yang
optimum buat kulit wajah. Camellia Japonica Seed Oil dan Niacinamide adalah
antara bahan utama yang terkandung dalam Aqua Whitening Cream. Antara bahan
lain adalah:
- Angelica Acutiloba Root Extract
- Cnidium Officinale Root Extract
- Gardenia Florida Fruit Extrac
- Paeonia Albiflora Root Extract
- Pinus Densiflora Leaf Extract
- Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil
- Rehmannia Chinensis Root Extract and ect.
Nur highlight sikit ya
karakter dan kelebihan bahan utama Aqua Whitening Cream ni.
Camellia Japonica Seed
Oil
- Non-comedogenic; tidak akan menyumbatkan liang pori wajah dan tidak akan menyumbang kepada penghasilan jerawat
- Membaik pulih kerosakan dan kemerahan kulit akibat sunburn
- Mengekalkan kelembapan kulit sehingga ke lapisan kulit yang dalam
Niacinamide
- Juga dikenali sebagai vitamin B3 yang bagus untuk melambatkan proses penuaan kulit
- Mencerahkan kulit kusam dan tona kulit akan menjadi lebih sekata
- Mengecilkan liang pori
- Mengawal penghasilan sebum dan minyak yang berlebihan pada kulit (oil control function)
- Memberi kesan mencerah dan melembapkan kulit
Cara Penggunaan Aqua
Whitening Cream
Jangan lupa cuci bersih
muka dan lap kering ya. Lepastu baru sapu Aqua Whitening Cream. Tak perlu sapu
tebal-tebal pun. Sapu rata ke seluruh muka. Nak sapu dekat leher pun boleh.
Sambil sapu tu boleh urut manja muka tu. Kemudian tepuk perlahan seluruh muka
untuk mempercepatkan pengeluaran 'water drop'. Bila water drop tu dah keluar,
jangan di lap pula. Itu bukan peluh ya! Dap dap aje sampai dia meresap ke dalam
kulit.
Ataupun, boleh juga cuba sapu Aqua Whitening Cream di tangan terlebih dahulu untuk melihat kesan water drop muncul di permukaan kulit tangan.
Lepas pakai memang akan rasa fresh sangat. Effect water drop tu yang buat muka rasa segar je. Tak berminyak, tak melekit so rasa ringan je kat muka. Nak buat apa-apa aktiviti pun rasa seronok dan rimas dekat area muka, terutamanya ketika cuaca panas. Ada juga pengguna lain kata kesan jeragat di muka beransur baik selepas sebulan menggunakan Aqua Whitening Cream.
Akhir kata, Nur sangat
suka dengan Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature ni. Recommended
sangat untuk mereka yang kulit berminyak macam Nur untuk mengekalkan kelembapan
kulit disamping dapat mengawal penghasilan minyak pada kulit muka. Lagipun Aqua
Whitening Cream ni juga memberi kesan memutihkan so kulit muka akan nampak
lebih berseri. Bila nak selfie takde lah nampak kusam je. Tanpa makeup pun
berseri je muka tu tau. Siapa tak suka kan?
So kalau korang berminat
nak dapatkan Aqua Whitening Cream yang best ni, korang boleh pergi ke website
dorang ataupun contact dorang melalui Whatsapp k.
Hansaegee Nature
Website:
www.hansaegee.com/shop
IG page:
hansaegeenature
FB page:
HansageeNature
YouTube
page: HansaegeeNatureMalaysia
18 Comments
belum pernah cuba lagi whitening cream ni.tapi akak suka dengan pencuci muka dia :)
ReplyDeletekerap baca tentang hansagee ni.
ReplyDeletemostly review semuanya kata sesuai and best :)
aida lom pernah cuba. tapi tertarikh nak mencuba.
aida pun kulit berminyak. so, tak byk produk yg sesuai :(
kena cari yg bebetul mujarab.
sis pun suka water based moisturizer hansaegee..memang duk kat ofis ni terdedah dengan ekon..so kulit kering..so sis apply moisturizer hansaegee ni..mmg merawat dan mencegah kulit kering. Kulit lagi lembap
ReplyDeleteMemang best krim ni. Fiza pun guna lagi sampai sekarang. Kulit rasa lain elok je
ReplyDeleteTak pernah cuba lagi..
ReplyDelete.sesuai ke untuk org yg dah berumur mcm k mid nie?...hahaha
Tahun lepas kawan pernah cakap pasal hansaegee ni. Diaorang kata pakai ni memang best. Tengok ni ramai jugak yang puas hati
ReplyDeleteKulit Bella jenis kombinasi. Nasib baik tidak terlalu berminyak. Sekarang cuma pakai hydration lotion dan produk erase. nanti nak cuba lah Hansaegee ni.
ReplyDeleteSelalu dengar brand no. Nampak menarik dan best. Nanti nak cubalah
ReplyDeletetak pernah dgr brand ni. apa pun whitening cream kena selalu hati2 sebab bimbang ada bahan berbahaya
ReplyDeleteHansaegee nie makin banyak rave reviews dia. Rawlins sejenis kulit combination - agak2 sesuai tak?
ReplyDeleteRamai review jenama ni. Nampak menarik. Nanti akak nak cuba.
ReplyDeleteSebelum pilih produk kena tahu dulu jenis kulit kita jenis apa kan sis...then kena tahu produk tu boleh ke tidak dengan jenis kulit kita. dan saya setuju sangat dengan penggunaan produk pelembab yang tak melekit macam Hansaegee ni. - Blog Sofinahlamudindotcom
ReplyDeletePernah pakai produk hansaegee ni memang baik untuk kulit! Saya suka pakai produk ni
ReplyDeleteBagus produk ni dan cara awak review pun nampak menarik dan yakin berkesan.
ReplyDeleteproduk hansaegee nature ni memang bagus.. tb pun pakai produk ni jugak.. tb suka gold nano cc cream dia.. yg aqua whitening cream ni belum lagi cuba
ReplyDeleteTengok feedback macam baguslah, nanti nak survey laa, sebab Sis masih setia dengan Hada Labo..
ReplyDeleteyang ni belum pernah cuba lagi, dah try facial cleanser dengan cc cream dia aje..
ReplyDeleteYang berfungsi memberi kelembapan pada kulit ni la yang kita nak. Sangat elok untuk jaga kesihatan kulit wajah kita.
ReplyDelete