Meriahnya Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Makan & Menang Kaw Kaw Marrybrown 2019
Pada 4 Mac 2020 yang
lalu, Nur bersama rakan JDT Blogger yang lain berkesempatan untuk turut sama
dalam kemeriahan Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Makan & Menang
Marrybrown 2019. Majlis yang bermula sekitar jam 2:30PM ini telah diadakan di
Marrybrown Headquarters - School of QSR, Johor Bahru.
Walaupun baru 2 bulan
kita telah memasuki alam 2020, ia telah menjadikan tahun yang sangat bermakna
buat 1300 orang Malaysia. Siapa mereka tu? Mereka adalah insan bertuah yang
memenangi Peraduan Makan & Menang Kaw Kaw Marrybrown - dimana aktiviti ini
telah dilakukan sejak tahun 2007 lagi.
Peraduan Makan &
Menang yang bermula sejak 29 November 2019 sehingga 12 Januari 2020 telah
menunjukkan penyertaan yang sangat ramai dari penggemar Marrybrown di seluruh
Malaysia. Sepanjang 6 minggu tempoh peraduan, dengan lebih 200 pemenang yang
diumumkan setiap minggu, Marrybrown telah membelanjakan sejumlah RM380,000
untuk hadiah buat pemenang bertuah.
Ucapan aluan majlis oleh Dato' Joshua |
Barisan pemenang bertuah Peraduan Makan & Menang Kaw Kaw Marrybrown 2019 |
Melalui Peraduan Makan & Menang ini, Marrybrown sebagai jenama terbesar makanan segera tempatan sebenarnya ingin "memberi balik" sebagai tanda terima kasih kepada para peminat Marrybrown di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi sejak dari penubuhan Marrybrown pada tahun 1981 lagi.
Terharu juga dengan kata-kata Dato' Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.
The fact that we have grown to become the biggest and most local fast-food brand is due to the overwhelming love and support we received throughout the yaers from our fans. Through our Makan & Menang contest, it brings us great pride and joy to be able to give back to our devoted fans who made all of this possible.
Untuk pengetahuan semua,
Marrybrown yang sudah beroperasi selama
38 tahun bermula di Johor Bahru sebagai cawangan tunggal pertama, dan kini
telah berkembang maju kepada 500 cawangan diseluruh 16 negeri. Malah,
Marrybrown juga memiliki sebuah cawangan terkini di negara yang kaya dengan
landskap yang pelbagai - Sweden.
Untuk memastikan setiap
pelanggan Marrybrown memiliki peluang yang sama rata untuk mengambil bahagian
dalam Peraduan Makan & Menang Marrybrown, peserta hanya perlu melakukan 3
langkah mudah ini:
- Belanja sekurang-kurangnya RM25 dalam 1 resit di mana-mana cawangan Marrybrown
- Peserta akan menerima kod unik
- Kemudian masukkan kod unik tersebut dalam laman web rasmi Makan & Menang Kaw Kaw Marrybrown
Kemuncak majlis
penyampaian hadiah adalah penyampaian hadiah kepada pemenang utama Peraduan
Makan & Menang Kaw Kaw yang telah membawa pulang kereta pintar Proton X70.
Pemenang bertuah tersebut adalah Encik Muhammad Muzamil Bin Jailani berusia 29
tahun, dimana beliau juga terkejut menerima berita kemenangan ini semasa
cabutan bertuah diadakan secara langsung di Facebook page Marrybrown pada hari
Selasa, 21 Januari 2020 yang lalu. Nur tengok tuan badan pun senyum tak lekang
dari awal majlis sehinggalah berlalu pergi bersama Proton X70. Mesti gembira
habis tu. Bertuah betul tuan badan kan?
Oh ya, antara hadiah
menarik lain yang disediakan Marrybrown buat peserta yang bertuah adalah:
- 6 x RM10,000 tunai setiap seorang
- 6 x 65" LG UM bernilai RM4,099 setiap seorang
- 12 x GoPro Hero 8 bernilai RM1,800 setiap seorang
- 12 x Vivo V17 Pro bernilai RM1,699 setiap seorang
- 18 x Sony Earphone WF1000xm3 bernilai RM949
- 120 x RM500 tunai
- 1,200 x RM50 baucer hadiah Marrybrown
Seronok kan tengok
deretan hadiah yang pihak Marrybrown sediakan. Jomlah kita join peraduan yang
bakal Marrybrown adakan nanti. Mesti banyak lagi yang Marrybrown nak beri pada
peminat setia mereka. Mana tahu ada rezeki kita terselit kat situ.
Untuk dapatkan info
lanjut mengenai Marrybrown dan juga info mengenai acara yang meneronokkan dari
Marrybrown, korang boleh usha kat bawah ni k.
Facebook:
MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
YouTube: MarrybrownTV
20 Comments
tak rugi kan makan selalu,last bawak balik kereta
ReplyDeleteTahu takpe. Bertuah betul tuan badan
DeleteAnk2 suzie skg dh suka mkn kat marrybrown mmg sedap..lps nie nak join la..mana tau boleh menang kereta..🤭🤭
ReplyDeleteYaaaaa wajib join. Hantar banyak2 🤣
Deletejom nurrrr kita join tahun ni punya!!!
ReplyDeleteWah bestnya dapat hadiah. Ahad ni nak pergi marrybrown :)
ReplyDeleteMeriahnya. Tengoklah hadiah yang ditawarkan tu. Tahniah kepada pemenang juga!
ReplyDeletewahhh makan2 di marrybrown dapat menang hadiah macam2 ... best2 pula hadiah nya... kenapa la area umah saya tak de marrybrown.. haritu dpt makan pun masa ke melaka..
ReplyDeletePuashati oii, makan dapat kereta, wowww gilerrr...nak kena makan MB gak le ni ek hahahaha
ReplyDeleteBestnye dalat x70.makan marrybrown pon boleh menang kereta. Tahniah pemenang
ReplyDeleteTahniah kepada pemenang ya... memang durian runtuh sungguh... alhamdulillah, murah rezeki mereka... next round kalau Marrybrown buat peraduan lagi, nak cuba pula la... nak join juga, mana tau kot-kot ada rezeki nak menang... hehehehe... insyaAllah...
ReplyDeleteTahniah buat semua pemenang. Beruntung mereka yang menang hadiah kereta. Rezeki mereka kan. Walaupun tengok gambar saja, tahu dah meriahnya macam mana
ReplyDeletetahniah semua pemenang. untungnya siapalah yang dapat kereta tu kan. merecik2 hadiahnya
ReplyDeleteyes. sgt best kan.
ReplyDeletemeriah.
untung la pemenang tu. hadiah semua lumayan.
murah rezeki diorang.
Rezeki.makan dan menang.. seronok org yg murah rezeki dan dapat hadiah best
ReplyDeleteBestnya hadiah-hadiah dia. Bertuah badan memasing pemenang-pemenang semua. Menang kereta dan menang duit itu paling bahagia rasanya
ReplyDeleteTahniah buat semua pemenang! Fuhh siapa sangka dengan berbelanja dan menikmati hidangan di Marrybrown boleh menang hadiah kereta. Mesti lepas ni lagi ramai orang join contest MB hee
ReplyDeleteAlhamdulilah, tahniah buat kesemua pemenang. Byk tu hadiah2 dari Marrybrown
ReplyDeleteOh wow untungla siapa yang memang kereta, acara ni so meriah.
ReplyDeletewhat about Vivo Whatmobile prices in pakistan
ReplyDelete