Resepi Daging Masak Lemak Cili Api
Daging. Antara bahan basah yang jarang ada dalam esbok rumah Nur. Sebab
kalau nak beli daging, kena pergi Econsave dalam 1/2 jam habis masa perjalanan
pergi dan balik. Kecuali kalau ada belanja barang-barang rumah di Econsave, Nur
memang akan beli daging. Tapi tak beli banyak. Tak sampai 1kg pun. Maklumlah,
esbok comel hihi. Pasaraya yang dekat dengan rumah ada jual daging, tapi daging
paket tu. Nur malas beli yang tu sebab lebih lemak dari daging. Membazir!
Hahaha.
Nur memang suka makan daging. Mengandung kali kedua ni pulak suka betul
makan daging salai lemak cili api. Tak tahulah kalau jodoh anak kedua Nur ni
dengan orang Nogori ke kan haha.
Dok terbayang-bayang aje menu daging lemak cili api, lagi-lagi daging
salai. Pedas dan aroma salai tu buatkan selera naik terangkat. Tapi dekat
Kluang ni, Nur tak jumpa lagi restoren yang ada daging salai lemak cili api
yang kena dengan tekak Nur. Ada satu restoren tu, rasa sedap dah, tapi dia
punya pedas tak boleh go. Nur suka makan pedas tapi dia punya level pedas tu
macam cari pasal pulak. Takleh control cun kalau makan.
Makanya berbekalkan sisa kerajinan yang ada dalam diri, Nur masaklah
daging lemak cili api versi dagingnya tidak disalai. Halal lah. Janji dapat
makan dan hirup kuah lemak cili api yang pedas-pedas manja tu pun cukup
bersyukur dah. Oh ya, cara setiap orang buat lemak cili api berbeza setahu Nur.
Kalau orang Nogori, dorang tak pakai bawang kan? Cuma guna kunyit hidup dan
cili sebagai bahan utama. Kalau Nur lain sikit lah. Jom usha....
Resepi Daging Lemak Cili Api
(2 orang makan)
Bahan
Daging mentah dalam 300 gram
1 batang serai (titipkan)
Daun limau purut (optional)
Kentang (optional)
1 kotak kecik santan
1 kotak kecik santan
2" kunyit hidup*
1" halia*
1/2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
7 biji cili (5 hijau, 2 merah)*
*Kalau ikutkan tekak Nur dan suami, kuantiti cili yang Nur guna tu dah
cukup pedas untuk kami. So kalau rasa korang kuat lagi pedas, sila tambah, tak
tahan pedas sila kurangkan ya.
Cara:
- Blend lumat bahan bertanda *.
- Tumis bahan blend tadi bersama serai dengan sedikit minyak sampai naik bau.
- Masukkan daging yang dah dihiris. Kacau rata daging dan rempah, kemudian tutup periuk. Part ni lama sikit laa sebab nak kasi daging empuk. Melainkan korang guna daging batang pinang. Nur guna daging import. So kena lah rajin jenguk-jenguk dalam periuk dan gaul. Agak-agak dah kering, tambah air sikit. Kalau tak tambah, habis hangus karang. Ulang jela sampai daging dah empuk.
- Bila daging dah start empuk, boleh letak kentang (optional) dan santan cair.
- Bila kentang dah separa empuk, masukkan pula santan pekat, garam, gula, air asam jawa dan juga daun limau purut.
- Kacau supaya santan tak pecah. Api jangan kuat sangat ya. Sederhana saje cukup. Matikan api bila rasa dah set dan kuantiti kuah cukup ikut selera kita.
Yeay dah siap daging masak lemak cili api cara Nur. Nak masuk 3 tahun
usia rumahtangga ni, rasanya dah expert sikit lah masak daging lemak cili api.
Sebelum ni macam tak berapa nak sedap. Belum dapat tune lah katakan. Ehhhhh.
Jangan meluat yaa. Kasi chance lah nak puji diri sendiri. Satu pencapaian kecil
dalam kehidupan seorang Nur Decamellia tau. Hihi
Ahaa sekian resepi daging lemak cili api dari Nur, si amatur di dapur.
Kalau cara masak kita tak sama, jangan kecam ya. Tekak awak lain, tekak kita
lain. Hihi. Assalamualaikum.....
8 Comments
Bukan expert memasak je, amik gambar pun semakin pro gitu...ada daging tu, nanti nak salai dulu laa baru masak lemak...dapnyaaaa
ReplyDeleteHahahaha jauh lg nk smpai tahap pro tu sis. Alahai rajinnya sis nak salai
DeleteAda masa lapang nanti boleh cuba resepi ni
ReplyDeleteuii nampak sedap!!
ReplyDeletea ampun, lapooo nengoknyaaaa.. Sedap..suka masak lemak jugakkkk
ReplyDeletesedapnya sis, dapat cicah dengan pulut kuning pun sedap sangat
ReplyDeleteSis, tolong masak untuk sayaaaaa....mood malas masak tapi nak makan. Acaner ni? Haha
ReplyDeleteSedapnya daging masak lemak cili api. Nak masak pun mudah :)
ReplyDelete