Ring Sling Mamaway Gendongan Bayi Yang Mudah Dan Selesa
Baby carrier antara 'gadget' yang sangat popular dalam kalangan mereka yang bergelar ibu bapa, terutamanya ibu bapa zaman milenium ini. Ianya memudahkan ibu bapa untuk pergerakan membawa anak lagi-lagi buat mereka yang 'kuat travel'.
Baby carrier juga terdapat pelbagai jenis. Antaranya ialah narrow base/croctch, hip seat carrier, ssc baby carrier, woven wrap, stretchy wrap, pouch, meh tai, unbuhimo, dan ring sling.
Walaupun sekarang ni Nur dah ada 2 orang anak, tapi ini adalah kali pertama Nur menggunakan baby carrier. Anak sulung nur, Mardhiyah dulu dia tak mahu duduk dalam carrier. Tiap kali pergi baby shop, kitorang laki bini mesti try baby carrier, tapi mesti Mardhiyah nangis. End up, kami tak beli pun.
Yela, kadang tu malas nak guna stroller bawa anak keluar berjalan. Baby carrier ni lebih mudah pengendaliannya. Nak simpan pun tak makan banyak space. Tapi dah anaknya tak nak, malas ambil pusing, maka kami guna jela stroller. Tapi kali ni untuk adik si Raihah tu, Nur rasa keputusan untuk guna baby carrier adalah satu keputusan yang tepat.
Maklumlah dah beranak dua ni, tambah pula Nur selalu gerak sendiri tanpa suami ke sana ke sini, memang perlu tambahan 'gadget' yang memudahkan Nur. Nur pun cubalah guna baby carrier jenis ring sling dari Mamaway.
Ring Sling Mamaway
Kenapa Nur pilih Ring Sling Mamaway?
Rekaan ring sling Mamaway adalah berdasarkan spread squad position (M&J) theory dimana penggunaan ring sling ini tidak mengganggu perkembangan semulajadi tulang pinggul dan kaki Raihah memandangkan dia masih baby lagi. In shaa Allah selamat dan takde kesan jangka masa panjang dekat Raihah.
Posisi M |
Posisi J |
Ring (cincin bulat) yang memegang kain gendongan diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan kuat iaitu 100% nylon 6.6 dimana bahan ini juga digunakan untuk membuat parachute. In case korang nak tahu lanjut properties nylon 6.6 ni, korang boleh google k. Ianya tampak solid, tahan lasak dan takdelah kes ring tu nak bengkok, regang atau patah sekalipun. Mardhiyah yang dah 2 tahun dan berat lebih 10 kg pun boleh duduk dalam ring sling ni tau.
Haa, asyik Raihah je. Kakak Mardhiyah pun nak duduk dalam ring sling |
Material kain sling yang baik iaitu cool comfort cotton. Raihah sangat selesa duduk dalam sling sebab kain yang sejuk ni buatkan Raihah tak panas dan berpeluh. Haaa karang baby rimas kita juga yang cemas. Betul tak ibu-ibu sekalian?
Ukuran kain sling yang panjang juga boleh digunakan sebagai nursing cover. So takde masalah kalau nak susukan Raihah di kawasan umum. Keluarkan kain dari ring dan kasi tutup terus. Senang kan?
Ring Sling Mamaway juga boleh diguna pakai oleh orang lain juga. Fit untuk saiz dan bentuk badan yang berbeza. Nur yang chubby dan suami yang kurus pun boleh guna. Nanti balik kampung, atok nenek Raihah pun boleh guna untuk gendong Raihah.
Rekaan ring sling Mamaway juga agak praktikal. Dekat sling tu dah siap ada poket tau. So bila dah tak guna, lipat aje pastu kelepet masuk dalam poket. Bak kata Mira Filzah, 'dah siaaaapppp'. Pastu selit laa kat mana-mana pun untuk simpan. Ya Allah senangnya! Jimat space okay.
Kalau yang newbie macam Nur dengan ring sling ni jangan risau. Dekat kotak ring sling Mamaway ni dah ada guideline. Kalau tak cukup dengan guideline tu pun jangan risau. Dekat website Mamaway Ring Sling pun ada tunjuk. Siap ada video lagi tau. Korang kena practice gunakan ring sling ni dengan baby banyak kali untuk biasakan anak dan diri korang dengan ring sling. Maklumlah first timer kan.
Kalau nak tengok corak kain ring sling yang lain, korang boleh tengok dekat SINI. Oh ya, Mamaway bukan jual ring sling sahaja. Banyak lagi keperluan ibu dan anak lain yang menarik ada. Korang boleh usha social media Mamaway okay.
Website: www.my.mamaway.com
Instagram: mamawaymy
Facebook: MamawayMalaysia
15 Comments
Wahh, baby beso pun nak bergendong ya
ReplyDeleteNampak senang dan selesa aje Nur kendong tu.. kalaulah dulu ada benda gini, mudahnya Sis nak gerak..tapi dulu memang duk uma aje beranak 3 semua hahahahaha
ReplyDeleteCantik kan color black n white. Hehe. Comel je anak nur duduk dlm baby sling
ReplyDeleteAah ena. Sebab tu pakai baju plain color kasi kontra dengan warna sling tuu
DeleteThank you
ReplyDeleteThis product is so innovative. It should be market in international market. It can also be a tool to promote our culture to international people.
ReplyDeletesenang guna ring sling mamaway ni sebab boleh guna lama bila kita boleh adjust kain tu ikut saiz badan anak-anak
ReplyDeleteWah, nampak senang dan selesa gunakan baby carier ni. Saya pon tercari2 jugak untuk anak kecik nak lahir nanti
ReplyDeletewahhhh praktikal sungguh nie utk ibu2 yang busy di luar sana. sambil dukung baby sambil buat kerja. kena beli satulah kalau ada bayi kecil nanti
ReplyDeleteWah, nampak selesa sangat ring sling :) Thanks for sharing sis.
ReplyDeleteThis ring sling looks so so comfy for both mom and also baby.
ReplyDeleteNampak tebal kain tu. Selesa pun selesa untuk ibu dan baby. Corak pun cantik. Kalau ada rezeki ada anak nak juga beli.
ReplyDeleteada satu ring sling ni.. masa baby kerap pakai.. ni dah 2 tahun lebih, nak ring sling kan punyalah liat..hahahah
ReplyDeleteWow selesanya baby carrier tu, nampak macam ikat2 gitu tapi selamat dan kuat ye!
ReplyDeleteZa pun pakai sling ni senang bila bwk 2 anak. Sorg duk stroller sorg dukung. Nak breastfeeding pun senang pakai je kain sling tutup
ReplyDelete