Tasik Biru Seri Alam Keindahan Tersembunyi di Masai, Johor
Biasanya kita nampak
pemandangan air berwarna biru dekat laut je kan? Tapi sebenarnya, kita boleh
juga menikmati pemandangan air berwarna biru di kawasan kuari atau kata lainnya
tasik biru.
Tapi....
Ada tapinya tau. Kuari adalah kawasan larangan sebenarnya. Kira yang masuk
kuari tu menceroboh lah kan? Tapi demi sekeping (padehal berkeping-keping)
gambar yang cantik, kita ceroboh masuk. Hehe bukan selalu jadi nakal. Tak buat
apa pun, ambil gambar sambil menikmati pemandangan biru-hijau yang cantik je.
Dah puas, chow balik la.
Di kawasan tempat tinggal mak dan ayah Nur ada satu kuari yang sangat
popular. Orang panggil Tasik Biru Seri Alam (kuari Seri Alam). Dulu Nur
selalu juga pergi dengan keluarga, sedara-mara ataupun kawan-kawan Nur. Masa tu
kawasan kuari ni belum tutup lagi. Tapi sejak dah pasang hoarding, Nur tak
pergi lagi sehinggalah dah beranak 2 ni.
Gambar Tasik Biru Seri Alam pada tahun 2013 dari pandangan atas |
Gambar lama. Tahun 2013 tak silap. Single & available lagi masa ni haha |
Tanya juga kawan macam mana nak pergi bahagian bawah. Sebab selama ni Nur pergi bahagian atas dan tepi je. Kawan pun ada lah bagi guideline tapi malangnya kitorang tak jumpa pun jalannya! Almost 3 jam Nur dan suami habiskan masa dekat Tasik Biru Seri Alam tu untuk cari jalan untuk ke bawah kuari.
Baling batu sambil pikir macam mana nak pergi bahagian bawah |
Penat sangat dah masa tu. Dah la tak sarapan sebelum keluar rumah. Air pun tak bawa. Yela dulu-dulu pergi tak makan masa yang banyak pun. Panjat sana panjat sini sampai dah. Ini kami jalan ke sana sini tak jumpa jalan nak ke bawah pun. Last sekali sebelum balik, suami try masuk dalam sikit. Nur tak join. Duduk rehat jap dekat batu.
Tup tup suami call dia kata dah jumpa jalannya. Dia suruh jalan sendiri cari dia dekat mana. Mujur lah sebelum ni dah pergi area situ so Nur berani jalan sendiri. Rupanya jalan nak ke bawah ada tersorok sikit. Tapi agak mencabar ya nak turun ke bawah. Agak curam. Mujur dah ada tali untuk berpaut. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang pasang tali tu.
Jalan nak ke bahagian bawah ada dekat dengan tempat suami Nur berdiri ni. Alahai dekat situ je tapi langsung tak perasan. Gigih la round kawasan kuari tu sampai rasa nak tercabut kaki ni haa |
Stop dekat batu besar kejap untuk ambil gambar. Kena hati-hati. Silap langkah gedebushh jatuh ke bawah. Curam laluan nak ke bawah tu |
Alhamdulillah sampai ke bawah juga akhirnya dengan selamat. Kami berdua je kat bawah masa tu. Bila ada pengunjung lain yang baru sampai dan nampak kami di bawah, dorang pun ikut turun. Meriah la kejap bahagian bawah ni.
Tapi...
Eh ada tapi lagi ke?
Nur rasa gugup sikit dekat bawah tu walaupun terpesona dengan pemandangan yang ada depan mata. Gugup sebab tempat tu sunyi. Bayangkan lah, kawasan aktiviti manusia tu sebelum ni dibom dan digali untuk mendapatkan batu dan hasil galian, sampai boleh menakung air yang akhirnya mewujudkan suatu tempat yang cantik. Boleh bayang tak Nur berada di kawasan bawah yang dalam. Rasa misteri je tau.
Cantik tapi nampak macam misteri kan? |
Sup sap sup sap. Alhamdulillah, selamat sampai ke atas. Terus keluar kawasan kuari dan menuju ke kereta. Penat sangat dah kaki ni. Maklumlah lama tak buat aktiviti lasak lepas berpantang haritu. Memang berketaq lah kejap kaki ni. Tapi tak terus balik rumah pun, ada urusan lain kejap. Dah settle semua baru balik rumah.
Dah mandi bersihkan badan baru terkam anak-anak. Alhamdulillah terima kasih Allah bagi peluang untuk Nur dan suami dating keluar peluh tanpa anak-anak. Seronok sangat walaupun rasa bersalah dekat anak-anak especially Nurain Raihah yang baru 3 bulan tu. Hihi kesian dia kena tinggal. Tapi esok-esoknya kena tinggal lagi. Tunggu next stroy ya....
Nampak tak bahagian darat kat hujung gambar? Haaa kawasan tula yang Nur nak sangat pergi. Akhirnya penat lelah terbalas juga. Dapat juga turun walaupun sedikit gugup bila dah sampai bawah |
Macam Mana Nak Pergi Tasik Biru Seri Alam?
Haaa, bagi korang yang belum pernah pergi dan tak tahu kat mana, korang Google
Maps aje UniKL MITEC Seri Alam. Berhadapan dengan UniKL ni la kawasan kuari
tu.
Sepanjang jalan tu memang korang akan nampak kawasan tu dah tutup dan sudah
dipasang hoarding. Kawasan larangan kan? Bahaya pulak tu, sebab tu pihak
berkuasa tutup untuk keselamatan orang awam.
Untuk ke bahagian bawah macam Nur, susah nak tulis. Kena pergi sama-sama baru boleh tunjuk. Sebab tak semua orang tahu jalan ke bawah. Kalau korang tak tahu jalan nak ke bahagian atas kuari, korang follow jela orang lain. Pergi sana waktu pagi dan petang. Haa dua waktu ni ada lah orang datang. Majority orang tahu jalan ke atas. In shaa Allah yang belum sampai tu, dapat lah sampai dan menikmati pemandangan indah Tasik Biru Seri Alam.
P/S:
Good luck yaa buat yang nak datang tu. Risiko atas tanggungan sendiri ya.
21 Comments
cantiknya !! patutlah pun kalau mencereboh pun takpe bukan rosakkan atau cemarkan pun so takpelah kan
ReplyDeleteHaaa betul. Tengok je. Lepas tu balik. Tapi ada juga pengunjung lain tinggalkan sampah. Haihhhh
DeleteWhoaaa..tuhlaa.. leh masuk sorok2 ek....teringin..tapi sebab mcm misteri..seram lak..ahahahaha..
ReplyDeleteJom laaa pergi sama2 nona
DeleteSo cantik! Kalau dekat ni dah lama pergi. Balik kampung Segamat pun tak kemana. But still jauh juga nak sampai sini.
ReplyDeleteDengarnya kat segamat pun ada?
Deletekebanyakan tasik biru sebenarnya adalah kawasan larangan menceroboh..sebab bahaya dia tu lah...bekas tapak lombong kan, koreknya dalam..kalau jatuh, aduhai...jadi kena lebih berhati2 dan risiko semua tanggung sendiri...
ReplyDeleteCantiknya tasik biru ni, memang sekali pandang nampak warna birunya tu. Terasa tenang dan sedap mata memandang. Tapi sesiapa yang nak pergi hati-hati ya, jangan mandi pulak dalam tasik tu...
ReplyDeletekeindahan yg tersembunyi. kira berbaloi penat round kawasan dapat juga jumpa jalan dia..hehehe ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeletewahhh thank you sebab sharing mcm mna nak pegi sana! tempat ni cantik utk photoshoot ni
ReplyDeletecantik tempat ni sangat..kecantikan lokasi yang disembunyikan..suka tengok..
ReplyDeletewah bestnya.. alahai tapi jauh kat johor.. hehe iena pernah pergi hiking kat bluelake cheras kene halau sebab kawasan kuari tak boleh masuk..kawasan larangan..untunglah ni takde orang jaga boleh lepas pergi :)
ReplyDeletetapi bahaya jugak sebenarnya masuk kawasan kuari..pengajaran yg iena dapat masa pergi blue lake tu..dorang kadang2 ade buat aktiviti mengebom tanpa ikut jadual jadi agak bahaya untuk orang yang masuk situ..
Cantik warna air tasik tu. Nampak tenang je ye tp hakikatnya berdebar2 juga siapa2 yg masuk ke situ ye. Hehe.
ReplyDeletesaya pernah nampak kawan saya bergambar di tempat yang sama.. mmg kebanyakan bekas kuari/lombong bila menakung air akan menjadi biru mcm ni.. cuma perlu berhati-hati kerana tasik mcm ni sudah pasti sangat dalam..
ReplyDeletewah cantik tempatnya. air tu mmg biru camtu ya? cantik sungguhlah
ReplyDeleteFuhhh tenangnya kat sini kak. Nanti kalau ke Johor boleh visit tempat ni.
ReplyDeleteTak silap Yana dulu bukan ada orang lemas ke kat sini ? . Cantik tapi takod bethol .
ReplyDeleteCantiknya tasik ni tapi kena berhati- hati selalu sebab risiko atas tanggungan sendiri
ReplyDeleteCantikkk gilerrrr... siapa taknak datang demi ambil gambar lawa kat sini... Kawasan ni bahaya macam mana ya? Kenapa kena tutup? Lepak baca buku kat sini syok... hehe... Cuaca kat kawasan ni macam mana? panas tak?
ReplyDeleteHaaa.. ingatkan tasik biru kat Kuang, bekas lombong mmg cantik as irnya tp kena hati2, npk cantik view dia
ReplyDeleteEh cantiknya tempat ni. Cantik sangat. Tapi memang nmpak agak misteri. Kalau malam ni mesti lg misteri.
ReplyDelete