Checklist Barang Keperluan Bersalin Dan Proses Bersalin di Hospital Kerajaan
Syukur alhamdulillah Allah telah mengizinkan Nur untuk memiliki dua cahaya mata perempuan (buat masa skearang ni). 4 bulan dah berlalu detik cemas bersalinkan anak kedua. Namun, ngilunya sakit bersalin tu masih segar diingatan.
Sebelum esok-esok penyakit lupa menyapa diri, eloklah Nur simpan siap-siap checklist barang bersalin dan proses bersalin di hospital kerajaan (2in1) supaya mudah urusan hari mendatang. Mana tahu Allah izinkan lagi Nur bersalin 3 tahun lagi ke kan. Rujuk aje blog sendiri untuk study balik preparation bersalin.
2 Bahagian Barang Keperluan Bersalin
Okay, untuk checklist barang keperluan bersalin di hospital, Nur pecahkan kepada 2 bahagian, dimana Nur bawa 2 bag sahaja:
- Tote bag untuk urusan pendaftaran, pemeriksaan awal & bersalin)
- Luggage untuk keperluan lain bila dah bersalin dan masuk wad.
1. Tote Bag (Pendaftaran, Pemeriksaan Awal & Bersalin)
Antara barang yang ada dalam tote bag |
Pendaftaran
- Buku rekod kehamilan (buku pink)
- Kad pengenalan
Dompet tak perlu bawa. Kalau nak bawa duit juga, selit lah dalam bag. Barang kemas pun, seeloknya sebelum bergerak ke hospital, simpan siap-siap di rumah. Tak perlu berangan nak melaram sebab staf hospital memang akan suruh tanggalkan.
Selepas selesai urusan pendaftaran, ibu akan dipanggil untuk masuk kedalam untuk dilakukan pemeriksaan lanjut. Ingat tak Nur ada mention tote bag kat atas tadi? Haaa bawa sekali bag tu. Jangan tinggal tau. Phone pun simpan je elok-elok dalam tote bag tu. Jangan bagi suami simpan tau. Senang ada phone dekat tangan untuk update apa-apa dekat suami.
Tukar Pakaian
Ibu akan diminta untuk tukar pakaian yang dibekalkan pihak hospital (baju pink) dan diminta untuk buat ujian air kencing. Baju ibu yang dah tak guna tu boleh masuk dalam bag plastik untuk elak tercicir.
So sekarang ibu dah pegang 2 bag. Tote bag & bag plastik baju kotor.
Pemeriksaan Awal
Kemudian, ibu akan melakukan pemeriksaan awal seperti tekanan darah, suhu dan nadi. Ibu juga akan disoal apakah tanda-tanda bersalin yang ibu alami. Macam Nur, Nur alami contraction yang kerap dan lendir berwarna cokelat-merah. So ibu kena alert apa tanda/simptom yang ibu alami.
Pemeriksaan Serviks/Vaginal Examination
Seterusnya, ibu diminta untuk baring untuk melakukan pemeriksaan perut. Rasanya untuk check kedudukan baby kalau Nur tak salah. Kemudian ibu akan dibuat pemeriksaan serviks atau bahasa pasarnya 'seluk' atau bahasa doktornya 'vaginal examination'. Haaaa part ni agak nervous lah so ibu kena kekal tenang dan amalkan teknik pernafasan yang betul.
Untuk kedua-dua anak Nur, setibanya Nur di hospital, bukaan serviks Nur adalah 4cm dimana Nur sudah berada dalam peringkat pelahiran aktif. Jadi Nur terus disambungkan ke mesin CTG untuk memantau baby secara elektronik. Kalau bukaan serviks kurang daripada 4cm Nur tak pasti apa step seterusnya. Mungkin diminta untuk balik rumah dulu atau stay di wad bergantung kepada keadaan ibu ketika itu.
**Actually, ada tips yang Nur amalkan untuk pastikan sakit yang Nur rasa tu adalah sakit bersalin bukan Braxton Hicks contraction. Boleh baca di sini ya : Teknik Memastikan Sakit Contraction yang Betul Bukan Palsu
Fasa Pelahiran Aktif
Untuk ibu yang sudah berada dalam peringkat pelahiran aktif, ibu akan terus dihantar ke bilik bersalin. Kalau macam Nur dulu, sebelum masuk bilik bersalin, doktor buat pemeriksaan ultrasound dulu. Dalam bilik bersalin nanti, pergerakan ibu agak terhad sebab bahagian perut dah dipasang alat CTG tu. Jadi pilihan yang ada untuk 'layan contraction' sama ada terlentang atau mengiring sahaja.
Doktor dan jururawat akan memantau serviks ibu secara berkala. Dalam tempoh yang boleh kata kritikal ni, ibu tak dibenarkan makan so kalau nak makan, eloklah makan sebelum ibu pergi ke hospital. Paling senang makan kurma on the way ke hospital tu (pack siap-siap letak dalam tote bag).
Suami pula dibenarkan masuk atas budi bicara doktor/pihak hospital. Masa anak pertama, suami Nur dapat masuk ke bilik bersalin. Itupun bila bukaan serviks dah 6cm baru jururawat panggil suami masuk. Anak kedua pula Nur berjuang sendiri, maklumlah musim Covid-19 kan. Nur ada juga cerita pengalaman bersalin semasa PKP dekat SINI.
Selamat Bersalin
Bila ibu dah selamat bersalin, ibu akan diberi sedikit masa untuk skin-to-skin dengan baby dimana baby akan diletak diatas dada ibu, kemudian baby akan diazankan dan seterusnya dibersihkan oleh jururawat. Beritahu siap-siap dekat jururawat, baju baby ada dalam tote bag. Lepas selamat melahirkan baby, belum habis adegan lagi tau. Adegan seterusnya adalah jahit luka. Jururawat akan tanya ada bawa pad tak? Bagi tahu je ada dalam tote bag.
Selesai aje semua, ibu & baby akan dibawa ke wad bersalin.
Ibu & baby dah ready untuk ditolak ke wad bersalin |
2. Luggage (Wad Bersalin)
Wad Bersalin
Di wad bersalin hospital kerajaan, ibu dah boleh start susukan baby. Suami dibenarkan untuk masuk sekejap aje untuk hantar bag (Nur bawa luggage sahaja, mudah. Semuanya sumbat dalam tu). Di kesempatan yang ada ni, kalau ibu lapar boleh minta tolong suami sediakan air dan sedikit makanan seperti biskut dan kurma untuk beri ibu tenaga selepas bertarung nyawa melahirkan zuriat tercinta.
Kalau bawa luggage macam Nur, minta tolong suami angkatkan luggage dan letak di atas meja kecil yang biasa ada sebelah katil tu. Ibu lepas bersalin tak boleh angkat benda berat melebihi berat baby. Kalau masa tu suami tak ada dalam wad, boleh minta tolong jururawat. Bila dah letak atas meja, senang sikit nak ambil apa-apa barang.
Haaa sebelum suami balik jangan lupa suruh dia bawa sekali beg plastik isi baju kotor masa mua-mula daftar di hospital tu. Tak lupa juga uri ibu tu, suruh suami bawa balik untuk dibersihkan dan ditanam.
Discharge
Untuk ibu yang bersalin normal dan baby tiada komplikasi, ibu & baby dah boleh discharge dalam masa satu hari. Kalau bersalin secara caesarean pula mungkin perlu tunggu beberapa hari, maaf Nur tak sure. Sebelum dibenarkan discharge, ibu akan dibuat pemeriksaan luka untuk memastikan luka bersalin tiada masalah. Baby juga akan diberikan vaccine BCG sebelum discharged.
Walaupun masih dalam musim Covid-19, ibu-ibu jangan risau. Suami boleh masuk ke dalam wad untuk menjemput ibu pulang ke rumah. Suami akan uruskan beberapa hal sebelum ibu dibenarkan pulang ke rumah seperti pembayaran bil dan sebagainya. Settle aje semua, suami akan tolak kita menggunakan kerusi roda sampailah depan pintu kereta. Pesan kat suami siap-siap, ambil kerusi roda dekat pintu masuk hospital, jangan guna wad punya. Nanti nak kena pulangkan balik. Satu hal dah nak kena pulangkan dekat wad, lagi kalau wad tu jauh. Berchintaaaa!
Keperluan Lain
Untuk keperluan lain selain barang keperluan di hospital, boleh rujuk gambar di bawah. Rasanya itu jela yang Nur sediakan. Keperluan baby seperti minyak telon, minyak massage dan juga balm Nur masih setia dengan produk Tasneem Naturel. Anak sulung Nur serasi guna dari baby sampai sekarang, so adik dia juga Nur gunakan brand yang sama. Pampers pula Nur masih setia guna brand Genki. Mardhiyah dulu serasi guna Genki so adik dia si Raihah ni pun Nur pakaikan Genki juga.
. . . . . . . . . . . . .
Bila dah balik rumah dan mulakan proses berpantang, Nur tak ada keperluan khusus pun. Ikut cara sendiri macam mana. Kalau rasa perlu, sila beli dan sediakan. Yang penting nak happy je semasa berpantang walaupun stress tetap akan ada. Maklumlah lepas bersalin kita akan mengalami perubahan hormon secara mendadak. Tambah pula dengan sakit luka bersalin, sakit badan dan tak cukup tidur. So, buatlah yang terbaik untuk kebaikan diri & baby.
So, mengikut pengalaman Nur yang baru 2 kali bersalin di hospital kerajaan, macam tula proses bersalin di hospital kerajaan. Mungkin ada info yang tercicir atau Nur lupa nak cerita. In case ada, korang boleh share dekat Nur dibahagian komen okay. Nanti Nur edit balik. Oh ya, kalau ada medical term atau apa-apa yang Nur silap, tolong beritahu ya.
Untuk checklist barang bersalin di hospital, Nur share mengikut pengalaman Nur juga. Nur share disini untuk kegunaan Nur di masa hadapan. Kalau bermanfaat untuk orang lain buat rujukan, alhamdulillah syukur sangat. Harap yang membacanya tak pening sebab Nur share 2 benda dalam 1 post. Untuk memudahkan diri sendiri sebenarnya, so Nur buatlah begini.
41 Comments
Wah , tahniah in advance . semoga segalanya dipermudahkan :)
ReplyDeleteTerima kasih :)
DeleteTahniah sebab buat artikel yg sgt berguna terutama buat ibu muda yg kali pertama menimang cahayamata.
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih :)
Deletebest baca pengalaman orang bersalin ni. siap ada tips checklist apa semua. anyway, tahniah!
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih :)
DeleteLH belum kahwin lagi, so tak ada anak lagi. Hehe 😁. Tapi entri ni sangat-sangat berguna. Boleh dijadikan panduan untuk masa akan datang nanti. Terima kasih ya nur. Dan tahniah juga
ReplyDeleteBoleh share pd family & kwn2 yg tgh pregnant. Btw, terima kasih :)
DeleteSuka baca experience orang lain. Lama dah tak melalui pengalaman macam ni. Anak dah besar
ReplyDeleteAnak2 dah besar risau benda lain pulak
DeleteThis is very information for first time preggy mommy. Checklist ni pun daddy to be boleh tolong preparekan juga.. Good one!
ReplyDeleteYes daddy should take part
DeleteMmg kena ready kan barang2 baby 2 bulan awal. Wife pon dh packing siap2 ni, nerves pulak tunggu. Tapi sekarang suami tk boleh masuk, kena doa dari luar jelah nampaknya
ReplyDeleteMoga dimudahkan urusan ya
DeleteAduh seriau ingat kena seluk tu. Huhu..
ReplyDeleteKannnn. Itulaaa part seram yg kita kena hadap
DeleteKita serupa... Saya pun buat 2 bags... Satu baby, satu untuk saya... Alhamdulillah, dah 4 kali guna beg yang sama... Luggage bag memang memudahkan... Tarik je kan... Nevertheless, tahniah ya atas kelahiran baby Raihah... ☺️
ReplyDeleteSgt memudahkan. Tak payah byk2 bag. Pening kepala. Tq awak :)
DeleteWaaa siap bag tarik ko...Sis dulu bag ulang-ulang je Emak bawakkan barang... lagipun biasa 2 hari 1 malam je stay..tu bawa bag kecil ajee...
ReplyDeleteSenang sis. Kasi sumbat semua dlm luggage
Deletethis is very good info, preparation pun lengkap n tersusun. siap boleh bygkn every process. good job. Tq for your experience.
ReplyDeleteMekasih awak :)
DeleteVery good info.. bole share tips yg sis amalkan untuk pastikan yg betul² contraction tu ? ��
ReplyDeleteGood info, especially utk 1st mommy mcm saya..Cuma boleh tahu luggage bag tu 20inch ke yg Nur guna?
ReplyDeleteTqvm sis good info..sis pun nk beli zipper bag la asing2kan baju baby tu��
ReplyDeleteNur dah share puan :)
DeleteBanyak2 yg org tulis kt blog lain... sis nur punya sharing ni paling details. TerBaik lah Alhamdulillah Terima kasih banyak sgt membantu ibu2 lain 🥰
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih awak. Nur cerita ikut pengalaman Nur. Cerita details untuk reference akan datang. Senang nak refresh balik. Maklumlah lepas beranak ni mudah lupa :D
DeleteSantainya sis cerita cek luka bersalin tu. Seramnyaa kena seluk luka lepas jahit bersalin tuuu!! 😅😅😅
ReplyDeleteCerita je santai awak. Tapi masa kejadian, nervous tak payah cakap :D
DeleteThank you. Sangat membantu. First time ni. InsyaAllah due jan thn dpn. Mmg nak packing brg tapi tak reti macam manem so entri ni sangat membantu.... Tqsm nur
ReplyDeleteAlhamdulillah. Moga dimudahkan urusan sebelum, semasa & selepas bersalin ya :)
Deleteterima kasih. entry yang paling senang nak faham setakat ni. semoga Allah mudahkan urusan akak ;)
ReplyDeleteMekasih awak. Moga bermanfaat ya :)
Deletetq ats perkongsian, sangat2 simple, padat n lengkap, walaupun nk melahirkn ank ke.5 but still perlukan rujukan mcm ni utk prepair segala barang keperluan ..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Sama2 :)
DeleteTq sis mmbantu sgt2 . sye mnx izin save ye info ni . Jelas sgt penerangan utk sye 1st mom next month ni .
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semoga bermanfaat. Semoga mudah urusan bersalin :)
DeleteSemoga bermanfaat untuk kelahiran pertama, terperinci sangat alhamdulillah. Penerangan yg baik untuk orang seperti sy yg tiada pengalaman bersalin.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semoga dimudahkan urusan sebelum, semasa & selepas bersalin ya
Deletegood sharing.. saya kasi link kat adik saya, dia nak bersalin 1st baby...semua details ada sini.. tq so much!
ReplyDelete