Resepi Laksa Johor Kegemaranku
Laksa Johor adalah laksa yang paling Nur suka. Almaklumlah anak jati Johor kan? Bertambah lagi suka makan laksa Johor kalau mak yang masak. Dia punya rasa tu, masyaAllah memang sedap sangat lagi-lagi makan panas-panas. Campur pulak dengan aura air tangan seorang mak. Memang padu teruk!
Nur pun sengaja tak nak pandai masak laksa Johor ni. Memang mengharapkan mak masak je. Bila dah kahwin, tunggu lah balik rumah mak ayah baru merasa makan laksa Johor. Nikmat betul kalau sekali sekala tu dapat lepaskan gian dekat makanan kegemaran.
Tapi...
Masa awal-awal PKP haritu, nak taknak Nur kena masak sendiri laksa Johor dek
kerana teringin sangat nak makan. Lagi lah masa tu tengah sarat
mengandung. Yela, masa tu tak boleh kemana-mana kan. Nak balik rumah mak
ayah dekat Seri Alam pun tak boleh. Gigih laaa mintak resepi dengan
mak. Kebetulan pulak dekat Econsave ikan pelaling tengah murah. Sekilo RM4.99
tau. Kaleng-kaleng nak jumpa harga macam tu untuk ikan pelaling yang segar
dekat Kluang ni.
Almaklumlah, Nur punya anak sulung si Mardhiyah tu kuat meleser dengan ibu dia. So buatlah sikit-sikit. Bila dia tidur siang baru dapat duduk dapur dengan tenang. Makanya, Nur nak abadikan resepi laksa Johor Cik Kiah dekat sini. Andai esok kerajinan nak melaksa sudah mari, boleh la rujuk sini. Andai lah kan.....
Resepi Laksa Johor Cik Kiah
(anggaran 4 orang makan)
1. Kuah
- 1kg ikan pelaling
- 2 biji bawang besar*
- 6 ulas bawang putih*
- 2" halia*
- 2" kunyit*
- 1" lengkuas*
- 2 SB udang kering*
- 2 SB lada kisar*
- 1 paket kecil rempah kari ikan*
- 2 kotak kecil santan segera
- 1 paket kecil kerisik
- 2 batang serai
- Asam keping
- Rebus ikan bersama asam keping dan sedikit garam sehingga ikan cukup masak. Kemudian asingkan isi dan tulang. Haaa tulang jangan terus buang ya.
- Blend isi ikan sehingga lumat. Kemudian blend pula tulang-tulang ikan bersama air rebusan ikan tadi. Tapis air kisaran tulang tersebut. So untuk ikan, ada 2. Isi ikan dan air kisar tulang ikan.
- Blend bahan bertanda * sehingga lumat.
- Titipkan serai kemudian tumis bersama bahan kisar tadi sehingga naik minyak.
- Kemudian masukkan pula isi ikan. Masak la dalam 5 minit macam tu.
- Masukkan pula santan dan air kisaran tulang ikan tadi. Kacau rata.
- Untuk kepekatan kuah, bergantung pada selera masing-masing. Letak air sikit-sikit dulu.
- Kalau kepekatan tu dah set dan kuah pun dah mendidih, masukkan pula kerisik. Kacau lagi.
- Haaa bila rasa semua dah ok, tutuplah api.
2. Spaghetti
Haa macam biasalah, didihkan air, masukkan sedikit garam dan minyak, diikuti pula dengan spaghetti. Bila dah lembut, angkat dan tapis.
3. Sambal
- 2" belacan
- 4 biji cili merah
- 4 biji lada besar
Blender kesemua bahan sehingga lumat. Itu aje. Kalau prefer dan rajin menumbuk, silakan. Nur tak rajin. Hahaha
4. Accessories:
- Timun
- Taugeh
- Daun kesum
- Bawang besar
- Limau kasturi
Sebenarnya, renyahnya buat laksa Johor ni part ikan je. Nak masak kuah dia tu okay aje. Iyolah, Nur guna ikan pelaling. Ikan tu kan kategori ikan kecil so agak renyah la nak asingkan 1 kilo isi ikan pelaling. Tapi demi teringin, ku gagahi jua.
Tapi, dalam family Nur tak semua suka makan laksa Johor. Abang dan adik perempuan Nur tak suka sangat. Korang kategori mana? Suka atau tak suka makan laksa Johor?
22 Comments
Mesti sedap tu kann...nengok aje dah tau sedap..yumssss...
ReplyDeletenampak sedap tu..wah..pandai jugak sis memasak ya. boleh la save resepi ni mana thu terajin diri nak try masak lasak johor plak.heheh
ReplyDeletebanyak juga ingredients untuk masak laksa johor ni. saya belum pernah try lagi, tapi ramai cakap best.
ReplyDeleteha'ah banyak jugak bahan tu, kalah laksa utagha haha tapi bila dah cekap buat nanti rasa senang je hehe
ReplyDeleteBagus sis.. bagi resipi sekali.. sy cuma sekali dua saja ada makan laksa johor ni.. biasa dgn laksa sarawak dan laksa penang jer..
ReplyDeleteWahhh sedapp ni
ReplyDeletewow the laksa Johor looks so yummy! Can share me 1 bowl pls haha. BTW you are good in cooking
ReplyDeleteSedapnya. Mmg kebetulan tgh plan nak buat minggu ni. Thanks for sharing ya
ReplyDeletewah thanks ya share resepi. nanti boleh cuba :)
ReplyDeleteQiss tak pernah makan laksa Johor lagi sebab orang Utara. Tapi masa raya tu cuba buat kuah laksa utara. Bercinta nak tunggu siap. Hahaha nanti boleh cuba buat laksa Johor lak
ReplyDeleteDulu study 4 tahun kat UTM selalu la juga makan Laksa Johor ni. Rindu pulak masakan Johor ni.. thanks for the resipi, boleh la cuba try test masak2 ikut ni.
ReplyDeleteTak pernh makan laksa johor, macam mana agknya rasa dia erk.. Nak kene try.. Tapi malas nak buat.. Haha. Kene cari kedai la mana jual
ReplyDeletesedapnyaaa...bila nak makan air tangan nur ni..
ReplyDeleteLaksa Johor pun antara favorite Ana. Lagi2 kalau mak yang masak. Boleh bermangkuk2 ana makan. Hilang diet semua.hehe
ReplyDeleteWahh senangnya nak buat resipi Laksa Johor ni hehehe memang sedap nampak dan juga menggunakan pastakan hurmmmm kita tak pandai-pandai buat kuah laksa tu...
ReplyDeleteFav akak Laksa Johor ni. Cuma tak reti buat. Nanti nak belajar dari resepi blog ni. Nampak mudah. Sedapnyaaaaaaa kalau dapat buat. Hehe
ReplyDeleteBagi saya, dalam banyak2 menu, laksa paling rentah utk sediakan sebab banyak bahan diperlukan. Kena rajin kalau nk buat. Datang miod mengidam, laju jelah beli bahan n masak
ReplyDeletenyummy sedapnya laksa johor..thanks for sharing..nanti iena boleh cuba masak laksa johor :)
ReplyDeletelaksa johor memang all time favret..masak sendri memang puas makan..boleh tmbah bnyk kali..;)
ReplyDeleteYummy...sedapnya...
ReplyDeleteMaklumat yang sangat berguna.
ReplyDeleteSaya seorang blogger baru, saya ingin memberikan maklumat pada waktu wabak seperti ini kita diharapkan dapat bekerja dari rumah.
Berdasarkan pengalaman baru-baru ini, saya menggunakan aplikasi Zoom untuk terus berhubung dengan rakan, saudara, keluarga dan pensyarah.
Anda boleh memuat download zoom free di laman web ini https://www.downloadzoomfree.com/
Ternyata bukan hanya di indo aja makanan laksa tersebut, melainkan Malaysia juga ada.
ReplyDelete