10 Tempat Makan Menarik Dan Sedap di Johor
"Nak makan kat mana ek?"
"Nak makan apa ek?"
Haaa 2 soalan ni dikira killer question tau especially untuk kaum hawa. Tak tahu lah kenapa susah sangat nak decide nak makan apa dan nak makan dimana. End up makan dekat tempat sama sebab tak jumpa jawapan. Hatta yang nak masak kat rumah ni pun buntu nak masak apa setiap hari. Pasal makan je boleh buat pening kepala kan?
Okay tak payah pening-pening lagi dah. Jom tengok tempat makan sedap di Johor yang Nur dah listkan dekat bawah ni. Orang Johor mahupun luar Johor kalau buntu nak makan mana dekat Johor ni, boleh try makan dekat tempat yang Nur listkan ni okay.
10 Tempat Makan Sedap di Johor
#1 Wachaa Burger, Batu Pahat
Kalau lalu highway Plus ke selatan, jangan lupa exit Ayer Hitam tau. Lepastu, terus aje menuju ke Parit Kadir. Selain terkenal dengan UTHM, Batu Pahat juga terkenal dengan aneka makanan yang sedap lagi murah.
Antara port makan best dan popular di Batu Pahat tentulah Wachaa Burger. Selain aneka burger bermacam jenis, Wachaa Burger juga menyediakan makanan bertemakan western yang sangat menyelerakan.
Bukan tu aje, nasi lemak dan char kuey teow pun Wachaa Burger ada sediakan untuk mereka yang kurang gemar makanan western. Info lanjut korang boleh baca disini : Wachaa Burger
#2 Lomaq Foodies, Gelang Patah
Penggemar lemak cili api jangan risau. Tak perlu pergi ke luar Johor pun korang dah boleh menikmati aneka masakan lemak cili api di Lomaq Foodies. Itik ada, ayam ada, daging ada, malah siput sedut pun ada.
Bukan
lemak cili api aje, Lomaq Foodies juga menyediakan kepelbagaian makanan untuk
sarapan pagi dan juga makan tengah hari. So kalau tak tahu nak makan mana,
sekarang dah tahu nak pergi mana kan? Info lanjut korang boleh baca disini :
Lomaq Foodies
#3 Istanbul Turkish Cuisine Nusajaya
Bertemakan interior restoren yang cantik dan selesa, korang dah tak perlu terbang jauh ke Turki pun korang boleh menikmati makanan ala Turki di Istanbul Turkish Cuisine.
Antara menu yang popular disini adalah Firin Beyti Kebabi, Biber Dolma, Sigara Boregi dan juga Sultan Pilav yang perlu ditempah 2 jam awal. Traditional Turkish coffee pun ada juga disediakan.
#4 Senoko Seafood, Stulang JB
Kedai biasa-biasa, tapi kesedapan dia luar biasa. Haaa macam gitulah boleh diumpamakan restoren Senoko Seafood ni. Walaupun merata kita boleh jumpa restoren masakan ala Thai, tapi yang satu ni lain macam dia punya sedap.
Jalan-jalan sekitar bandar Johor Bahru, jangan lupa singgah makan dekat sini okay. Tiada menu yang special dekat sini, tapi dia punya rasa tu yang special. Confirm nak repeat lagi. Terliur tak? Nak tahu kat mana kedai ni korang boleh baca dekat sini: Senoko Seafood
#5 Ateh Corner, Skudai
Pernah makan montou bun dengan ikan siakap masak steam nyonya style? Kalau belum pernah, eloklah singgah makan di Ateh Corner. Boleh tahan rare menu yang disediakan.
Malah,
ada juga sajian melayu dan juga barat disediakan di Ateh Corner. Laksa Johor
pun ada juga tau. Nak basahkan tekak pekena cendol durian pun boleh. Apa jela
yang tak ada dekat sini kan? Info lanjut korang boleh baca disini okay : Ateh Corner
#6 Chaba Thaifood, Taman Impian Emas
Restoren yang dimiliki oleh anak Melayu yang berasal dari Kelantan ini semakin menjadi sebutan orang Johor tau. Selain menyajikan masakan ala Thai, Chaba Thaifood juga menyediakan menu masakan yang rare di halwa telinga kita.
Antaranya
adalah siakap 2 musim, kerabu Chaba dan juga hoormook seafood Chaba. Buat
mereka yang hantu pedas boleh lah try Tomyam Poktek yang Chaba Thaifood
sediakan. Confirm terangkat! Nak tambah lagi terangkat meh baca dekat sini :
Chaba Thaifood
#7 Kafe Kiri Kanan, Toppen Mall
Dah penat shopping di Toppen Mall dan Ikea Tebrau, boleh lah korang isi perut di Kafe Kiri Kanan. Kafe ini menyediakan makanan berkonsepkan Asian Fusion yang pastinya menyentuh hati anda.
Antara
menu yang top di Kafe Kiri Kanan adalah Jumbo Chicken Chop, Nasi Chicken Chop
Masak Merah, Nasi Ayam Hainan, Chicken
Chop
Black Pepper & Set Burger. Menarik betul kan gabungan masakan di sini? Jom
terjah : Kafe Kiri Kanan untuk info yang lebih details.
#8 Lok-Lok
Lok-lok? Apa benda tu? Korang pernah makan? Meh sini Nur cerita sikit, lok-lok ni sebenarnya makanan ala steambot yang digoreng dengan tepung dan dihidangkan dengan pelbagai jenis sos seperti sos cili, sos black pepper, sos keju, sos bijan dan lain-lain.
Di
Johor, terdapat 5 tempat makan lok-lok halal yang korang boleh kunjungi.
Antaranya ialah B5 Street Market, Medan Steambot Bandar Baru Uda, Steambot
Stulang Johor Bahru, Mr Lok-Lok Bandar Seri Alam dan Food Bank Adda Height. Nak
tahu lebih details 5 tempat makan lok-lok korang boleh baca dekat sini okay :
Lok-Lok Johor
#9 Seafood Seri Bahagia Tanjung Langsat
Jom teruskan perjalanan ke Pasir Gudang untuk pekena seafood yang best di Seafood Seri Bahagia Tanjung Langsat. Sambil menikmati pemandangan tepi laut yang menyegarkan, korang boleh juga menikmati seafood yang fresh dari laut disini.
Seafood
Seri Bahagia beroperasi dari 12:00PM hingga 11:00PM. So kalau tak tahu nak
makan tengah hari dekat mana, boleh lah makan dekat sini. Nak datang makan
malam pun boleh. Seronok juga sambil menikmati pemandangan laut waktu malam.
Sejuk dan tenang gitu. Nak tahu kat mana restoren ni korang baca dekat sini
okay : Seafood Seri Bahagia.
#10 Best Dimsum & Pau Pasir Gudang
Kalau nak tukar selera nak makan yang ringan-ringan tapi sedap, korang boleh cuba makan di Best Dimsum & Pau. Dengan 3 mangkuk RM10 je korang dah boleh menikmati dimsum yang halal & fresh.
Terdapat lebih puluhan jenis dim sum disajikan disini. Pau panas pun ada. Boleh lah lepak petang-petang dengan family dan juga kawan-kawan korang dekat sini. Suasana restoren pun santai dan tidak sesak. Selesa aje nak makan dengan yang tersayang. Info lanjut korang boleh check dekat sini okay : Best Dimsum & Pau Pasir Gudang.
...................
Okay korang. So itulah 10 tempat makan sedap di Johor yang orang Johor dan pengunjung yang nak datang ke Johor patut serbu. Kalau pening juga tak tahu nak makan mana lagi, Nur rasa korang ada masalah lain ni hahahaha. Semoga bermanfaat dan enjoy-lah setiap makanan yang masuk ke dalam mulut korang okay :)
11 Comments
semua makanan sedap-sedap belaka..
ReplyDeleteSangattt. Yg menaip ni terliur je rasa
DeleteSalam kenal kakak, semoga blog kakak bisa menjadi panutan untuk blogger pemula, Terima kasih juga info resto di Johor Malaysia. Mana tau saya besok ada rezeki ke Malaysia.
ReplyDeleteTrimas yaa. Jemput datang
DeleteNak kena terjah nampaknyaaaa... semua sedap... Watcha burger tu pun... meleleh air liur aku tengok wehhhhh
ReplyDeleteHahahaha tula nona. Aku baru lepas pergi lepas gian haritu. Nanti balik masai aku nak pergi dimsum tulaaa
DeleteSemua sedap-sedap, nanti sihat bolehlah Sis ko pi terjah semua makan...hehehehe
ReplyDeleteTerjah sis jangan tak terjah
Deleterajinnya jalan-jalan2 cari makan...
ReplyDeleteDemi perut yg comel hahahaha
DeleteWachaa Burger kena singgah
ReplyDelete