coffee photography

Kopi sangat dekat di hati dengan kehidupan orang Malaysia. Ada orang tak sempurna hidup dia tanpa secawan kopi di pagi hari. Malah kopi diibaratkan seperti energy booster dan juga mood booster seseorang untuk memulakan hari yang mencabar. Jangan tak percaya, ada orang boleh mood swing tau kalau tak pekena kopi satu hari.

A cup of coffee is mood refreshing therapy. Tak begitu?

Nur sendiri merupakan seorang peminat kopi. Teringat dulu masa zaman belajar, bila malam tu macam tepu lain macam je, Nur akan ajak kawan Nur keluar pergi ngopi dekat mana-mana restoren. Bersembang santai sambil menikmati aroma dan kesedapan rasa kopi tu, mmmmpppphhhhh! Nikmat sangat tau.

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenama kopi yang boleh kita nikmati di dalam rumah mahupun di luar rumah. Mister Coffee adalah satu daripadanya.


Mister Coffee 

logo mister coffee

Buat mereka yang tidak tahu, penubuhan Mister Coffee sudah lama sebenarnya, iaitu pada tahun 1982 lagi. Mister Coffee percaya bahawa kunci untuk menghasilkan secawan kopi terbaik terletak pada proses pemanggangan kopi dan pengambilan kacang hijau (green beans) yang betul.

Mister Coffee adalah satu jenama kopi yang halal dan mereka sentiasa memastikan setiap langkah yang diambil dalam proses memanggang biji kopi dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, integriti dan standard kualiti tertinggi. Kini Mister Coffee terkenal sebagai "penyelesaian kopi" untuk perniagaan lain kerana ramai yang menganggap Mister Coffee sebagai "Jenama di Sebalik Banyak Jenama".


Berikut merupakan kopi keluaran Mister Coffee:

  • Single origin Specialty Coffee (Costa Rica, Indonesia, Ethiopia, Rwanda, Jamaican Blue Mountain dan banyak lagi)
  • Bean & Ground Coffee (Signature Espresso Blend, Country Series & Species Series)
  • DripBrew (Columbia, Ethiopia, Sumatra, Kilimanjaro, Malaysia Liberica, Decaf & Premium Arabica)
  • EasyBrew (Premium Arabica)
  • BagBrew (Original, Sugar Added, Colombia, Italian & Liberica)
  • Traditional Kopi O (Special Blend, Blend 33, Blend 228, Blend 118 & banyak lagi)
  • EseBrew (Classic, Pearl, Bold, Bar, Royal & banyak lagi)
  • PodBrew (Arabica, Brazil, Colombia & banyak lagi)
  • Instant Coffee and Tea


Sebagai seorang ibu yang memiliki dua orang cahaya mata yang masih kecil, Nur lebih memilih untuk beli kopi jenis bag uncang. Almaklumlah sejak ada anak kecil ni dah jarang dapat layan kopi dekat kafe. Lebih lagi dengan musim wabak penyakit Covid-19 ni, 'potong stim' nak mengopi dekat kafe. So pilihan yang lebih selamat dan cepat adalah mengopi dirumah dengan kopi jenis bag uncang.

kopi uncang yang sedap

Kenapa Nur pilih kopi bag uncang adalah kerana ianya sangat efisien untuk mereka yang ingin menikmati kopi dengan cara yang mudah dan pantas. Tinggal sediakan cawan, masukkan kopi uncang dan tuangkan air panas. Lepas tu, ikut suka nak minum kosong ke, nak letak gula ke ataupun nak letak krimer/susu.

Tahukah anda Mister Coffee memiliki pelbagai jenis kopi konsep bag uncang. Antaranya DipBrew, EasyBrew, BagBrew dan juga Traditional Kopi O. Namun kaedah penyediaan yang digunakan untuk jenis kopi yang Nur sebut tu ada sedikit berbeza untuk setiap jenis. Yang penting mudah disediakan.

drip brew mister coffee

bag brew original mister coffee

bag brew sugar added mister coffee

italian style dark roast mister coffee

kopi o mister coffee

kopi o bag brew mister coffee

Bertambah suka dengan Mister Coffee adalah kerana setiap uncang kopi dibungkus dengan sistem Modified  Atmosphere Packaging (MAP) dengan menggunakan jentera canggih dari Jepun untuk mengekalkan aroma kopi untuk jangka masa yang sangat lama. So nak keluar kemana-mana pun mudah. Bawa aje beberapa sachet Mister Coffee, kemudian selit dalam bag. Best kan?

Dannnnn.....

Dalam banyak-banyak jenis kopi, Nur paling suka kopi Special Blend. Aroma dia seakan-akan Blend 118 sikit, dimana aroma dia smoky dan herby, tapi just nice je aroma dia. Maksud Nur aroma dia balance dan tak kuat sangat la macam tu. Selain rasa, aroma kopi pun penting tau sebab dia boleh trigger kita punya emosi. Biasalah orang perempuan, bab emosi ni sensitif sikit. Hehe.

Dan Nur suka minum kopi yang dicampur dengan susu. Ikut mood juga. Kadang suka letak susu cair, kadang suka letak fresh milk, dan kalau nak cepat sangat Nur akan guna susu pekat sahaja. Ada geng tak?

special blend coffee by mister coffee

So buat penggemar kopi yang nak tahu lebih details tentang Mister Coffee dan juga kepelbagaian jenis kopi yang Mister Coffee ada, korang boleh usha dekat website Mister Coffee okay.

Jangan risau, korang boleh nikmati kopi dari Mister Coffee tanpa was-was kerana Mister Coffee telah mendapat pengiktirafan Halal JAKIM. So apa lagi? Jom singgah www.mistercoffee.com

24 Comments

  1. suka beli kopi yang ada plastik gini, kalau letak dalam bekas selalunya bukan boleh tahan lama..Mesti keras

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Bila keras tu alaaaaa potong stim aaaaa

      Delete
  2. Sis suka sgt. Senang bwk travel kan sbb diasingkan bag pack.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulaaa senang nak bawa ke mana2. Memudahkan sgt

      Delete
  3. cantik-cantik pulak warna packaging dia tu ek...and best sebab bole bawak gi travel dengan mudah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulaaa warna cantik2 lagi2 yg dripbrew tu. Royal blue gitu

      Delete
  4. Nampak sedap plak kopi tu haaa...aishhh terus rasa nak bancuh gak kopi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila silaaaa. Lagi2 time2 hujan. Sedap jeeee

      Delete
  5. Huiiii.. aroma kopi memang mempesonakan betul.. lama tak mengopi.. boleh try ni nantii

    ReplyDelete
  6. Sama macam seorang officemate saya, kalau dia x pekena white coffee dia pagi2, dia rasa lemau la pening la.hahaha

    Pernah sekali dia try, tak minum coffee dia tu. Gigil sampai ke malam..kesian pulak tengok.huhu

    ReplyDelete
  7. Dah lama Mister Coffee ni established tapi baru tau. Mungkin sebab LH bukan penggemar coffee. Selalunya mama beli coffee untuk abah

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap pulak mister coffee nie. Dipek camtu senang nak bawa g mana-mana

    ReplyDelete
  9. Oh so far tak pernah try lagi coffee dari brand Mister Coffee ni, nampak menarik jugak yea! Best banyak variasi boleh dipilih & packaging pon bagus tu, nanti nak try laa 😍

    ReplyDelete
  10. Tak sangka dah lama dan banyak betul choices of coffee dia. Yang penting halal kan. Nak cari la kelak - bawa g opis

    ReplyDelete
  11. Seriously bila kenal mister coffee ni memang terus jatuh hati. Koi dia semua sedappppp

    ReplyDelete
  12. Wow......menarik juga product terbaru Mr. Coffee nie. Boley lah try nanti and also recommend it to my mother. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  13. lawa packaging dia. kalau sedia dalam uncang macam ni memang senang sebab kalau dalam serbuk tu nanti cepat keras pula.

    ReplyDelete
  14. Saya suka kopi dalam uncang macam ni, tak messy, pastu boleh bancuh 2 kali.

    ReplyDelete
  15. Ramai review pasal Mister Coffee ni.. Nak try dapatkan juga la... Bethol tue packaging macam ni sangat convenient.. Boleh bawa kemana2 saja...can have good coffee anytime, anywhere lepas ni...

    ReplyDelete
  16. Italian dark roasted coffee tu macam menarik lah.. Pastu semua packaging comel2 senang masok handbag n coffee timw kat opis

    ReplyDelete
  17. Wow mcm2 jenis kopi dr mister coffee ni ye... Mesti pelbagai rasa dan sedap... Dah lama xlayan kopi sejak sakit... Hehe..

    ReplyDelete
  18. bagus kopi ni tapi sayang saya tak boleh minum kopi sebab nanti boleh pening kepala

    ReplyDelete
  19. i've drink the ground coffee sumatra and gosh its the exact taste as i had coffee before at bali.. sedappppp

    ReplyDelete
  20. Ohh kopi saya bukan kopi lover but kalau cuba sikit sikit tu boleh lah kalau nak hari-hari setiap masa bukan saya hehehehe tapi saya suka kopi tak pahit dan juga bersusu mesti best hurmmmmm.. Banyak pilihan kopi kat sini ok lah mungkin boleh try satu..

    ReplyDelete