Sedapnya Makan | Saturday Spice di Dine @ EIGHT, Holiday Inn JBCC
Hari Sabtu yang lalu, Nur telah berkesempatan me time lari dari anak kejap dan menikmati Spice Saturday Buffet Dinner di Dine @ EIGHT, Holiday Inn JBCC bersama seorang rakan blogger Nur iaitu Aleya dan juga journalist dari The Iskandarian iaitu Norfy.
Iya. Nama Holiday Inn
memang masih baru di halwa telinga penduduk Johor terutamanya Johor Bahru
kerana hotel ini baru sahaja beroperasi sejak 1 Oktober 2020 yang lalu. Haaa
tak sampai sebulan pun lagi Holiday Inn JBCC ni wujud di tengah-tengah
bandaraya JB.
Tahu tak korang, usai
sahaja Nur melangkah masuk ke Dine @ EIGHT di Holiday Inn JBCC, Nur rasa macam
eeeeee bestnya kalau bawa Mardhiyah makan dekat sini. Dine @ EIGHT sangat mesra
kanak-kanak. Selain ruang makan yang selesa, pihak Holiday Inn juga menyediakan
baby chair untuk anak kecil selesa menikmati hidangan mereka. Melting teruk
hati seorang ibu muda ni tau!
Bukan itu sahaja, Dine @
EIGHT juga menyediakan beberapa menu mesra kanak-kanak iaitu di bahagian Little Adult
Station. Antara menu yang disediakan ialah fish finger with cajun mayo, grilled
chicken sausage, mac & cheese, meatball pasta dan juga mashed potato.
Ketinggian tempat makanan juga sangat mesra kanak-kanak kerana ianya tak
terlalu tinggi dan mudah untuk kanak-kanak mengambil sendiri makanan tanpa
bantuan ibu bapa.
Malah cawan pinggan yang
disediakan juga mesra kanak-kanak. Kalau tak salah Nur, pihak hotel menggunakan
eating set jenama IKEA. Material plastik yang sangat selamat digunakan
kanak-kanak. So tak adelah isu pinggan mangkuk pecah dekat hotel kan?
Tudia 3 perenggan Nur
cerita pasal betapa mesra kanak-kanak nyaaaaaa Dine @ EIGHT ni. Serius Nur
teruja.
Untuk yang dewasa pula,
Dine @ EIGHT menyediakan pelbagai range makanan yang menyelerakan baik makanan
local mahupun western. Buat peminat daging macam Nur, memang puas makan daging
semasa Spice Saturday ni. Beef bourguignon, beef salami, carving striploin,
beef teriyaki, spicy beef soy sauce sebagai lauk nasi minyak utara, malah hirisan daging yang dipanggang kemudian di makan dengan
pelbagai jenis sos pun ada.
Manakala buat peminat
seafood, memang seronok pekena spicy seafood paella. Udang dia besar dan segar
sangat. Memang puas makan. Tapi malangnya, Nur tak sempat pun merasa. Kejap
sangat menu ni habis. Nur tak perasan bila chef topup, 2 3 kali Nur datang
lagi, mesti dah licin. So sad!
Mujur ada 4 menu special
yang chef sediakan masa tu untuk mengubati rasa sedih Nur sebab tak dapat makan
udang. Antaranya adalah beef teriyaki, mee goreng mamak, mee bandung dan juga
sup ayam. 4 menu ni perlu di tempah terlebih dahulu, pastu tunggu chef sediakan
kejap, pastu taraaaa makan panas-panas berasap tu. Marvellous!
Nur sempat makan beef
teriyaki dan mee bandung sahaja. Lagi 2 menu tak sempat dan tak larat dah perut
ni nak cuba. Tapi 2 menu yang Nur cuba tu memang cukup mantap especially beef
teriyaki tu. Daging cukup masak, sayur-sayuran dia pun tak over cooked dan
masih rangup. Tambah pula dengan kuah teriyaki yang sedap tu, fuhhhhh bikin
kepingin nak makan lagi.
Untuk yang tak gemar
makan daging dan seafood, aneka masakan ayam pun ada. Kari ayam untuk dimakan
dengan capati pun ada tau. Dine @ EIGHT juga menyediakan aneka masakan ikan
seperti carving salmon, smoked salmon, sup ikan, ikan bakar dan juga seabass
fish with spicy tomato salsa.
Bukan itu sahaja, Dine @
EIGHT juga sangat memahami perut masyarakat kita dimana hidangan berasaskan
nasi juga disediakan. Maklumlah, masyarakat Malaysia ni kan pantang tak jumpa
nasi seharian. So bolehlah cuba makan nasi minyak utara, nasi berlauk dan juga
nasi beriyani.
Beralih pula ke bahagian
pencuci mulut. Beberapa jenis kek seperti kek cokelat, puding roti dan kuih
tradisional melayu turut disediakan. Gula-gula, keropok, marshmallow pun ada.
Haaaa seronok ya kanak-kanak yang ikut makan di Dine @ EIGHT.
Air yang disediakan juga
ada bermacam jenis. Air sejuk kosong, air nanas, air jambu batu, kopi dan teh
juga menjadi pilihan pengunjung. Nur suka betul air nanas dia. Latte pun ya.
Ngam teruk!
So buat mereka yang nak
merasa keselesaan menjamu selera seperti makan di rumah bersama keluarga
tercinta, jemput datang ke Dine @ EIGHT di Holiday Inn JBCC. Nur sertakan
details di bawah ni ya.
Saturday Spice
6:30PM - 10:00PM
Dewasa RM98/nett
Kanak-kanak (6 - 12
tahun) 50%
Warga emas (60 tahun ke
atas) 30%
BUY 3 FREE 1 (Limited
time offer)
Untuk sebarang tempahan,
boleh call :
07-2078888
Holiday Inn JBCC
Website:
holidayinn/johorbahru
Facebook: Holiday InnJohor Bahru City Centre
Instagram:
holidayinnjbcc
22 Comments
Wowww.. sedapnyaaaa... tak pernah lagi ke sini... can try nanti...
ReplyDeleteYaaa betul, Holiday Inn ni hotel mesra dengan anak-anak, lupa bagitau Farah hartu minta siapa ada anak kecil bawa, biar rasa pengalaman makan di sini bersama anak kannn..
ReplyDeleteMemang puas makan kat situ..menu pn sedap² kan..
ReplyDeleteWahhh semua nampak sedap2 belaka...
ReplyDeletepergilah lagi bawa Mardiyah, mesti dia seronok makan stroberi ngan pasta
ReplyDeleteOMG! All the food looks gloriously delicious. Just look at the huge, succulent prawns. Make me wanna go there straight away. The desserts look equally tempting as well. Will try to visit this hangout once MCO is lifted.
ReplyDeleteTelan air liur LH tengok makanan-makanan ni semua 😂. Dessert tu yang LH suka tu
ReplyDeleteaduhhh sedanyaaa udang, salmon and all those cakes. terus lapaq tengok gambaq2 ni haha, rindu nak berbuffet cepatlah hilang covid ni
ReplyDeleteSeriously lama giler tak makan buffet apatah lagi buffet kat hotel. Last sebelum pkp dulu lepastu mmg tak gi mana2 buffet dah. Bila baca artikel no aduhhh terus rindu nak makan buffet kat hotel haha
ReplyDeleteYummy all the food look so delicious. Craving lah pula. Hahaha. Thank you for sharing your review about this place with me.
ReplyDeleteNasib baik la jauh di selatan nun. Kalau dekat, mau Rawlins terjah gak weekend nie kan. Nampak lazat2 la juadahnya
ReplyDeletewah sedap2 belaka ya! tapi sayangnya jauh la pulak. sekarang ni saya berada diutara. in shaa Allah kalau ke johor nnnti bolehlah singgah :)
ReplyDeletewahhhhhh sedapnya menu menu dia..menarik and banyak jugak..yang spicy seafood paella tu udang dia nampak menggoda sangat hehe
ReplyDeleteYa ampun. Sedapnya tengok.. Bagusnya banyak mesra kanak2.. Umtungla orang johor boleh bawka family ke sini makan besar. Pilihan makanan pun banyak
ReplyDeleteMakanan buffet dia sedap-sedapla. Tunggu la next time dapat outstation ke JB, maybe leh cuba menginap kat sini and try buffet dia. Lama dah tak makan buffet kat hotel.
ReplyDeleteBanyaknye menu dia. Udang tu nampak mengancam sungguh. Semua nampak sedap
ReplyDeleteUii sedapnya nampak, especially yg salmon tu. Tapi kat Johor la pulak. Lambat lg la baru dpt merasa
ReplyDeleteoh yum what an amazing buffet spread! i am particularly interested in the salmon slices hehe :)
ReplyDeletenampak memang menyelerakan. kita sendiri tengok gambar pun terliur sama. lama dah x makan buffet macam ni.
ReplyDeleteSo nice to enjoy buffet at Dine @ EIGHT, Holiday Inn JBCC . Here in KL still CMCO so no buffet huhuhu
ReplyDeleteSedapnya...jom singgah.
ReplyDeletemenarik nih..nanti nak ajak family makan sini
ReplyDelete