4 Cara Memilih Warna untuk Cat Rumah Anda di Kuala Lumpur
Dinding yang mengelupas atau cat yang pudar akan merosakkan keindahan rumah. Semua maklum kan hal ni? Namun, dengan proses mengecat oleh tukang cat rumah di Shah Alam yang berpengalaman, kediaman kita akan menjadi cerah dan ceria. Sejuk mata memandang. Barulah kena dengan tema rumahku syurgaku.
Memilih Warna Cat dengan Bijak
Rumah kita mungkin mempunyai tema yang berbeza bagi kawasan yang berlainan. Ketahuilah bahawa terdapat perbezaan antara warna yang kita gemari dengan warna yang sesuai dengan tema rumah.
1) Warna Pelengkap
Bagi memastikan rumah kita tidak kelihatan terlalu “rumit”, pakar cat selalunya mencadangkan bahawa kita perlu memilih warna cat yang pastel yang boleh matching dengan barangan lain dalam rumah kita seperti perabot, siling, kabinet, lukisan dan aksesori lain.
2) Lukisan yang Sedia Ada
Apabila kita melihat lukisan seni yang unik, terdapat sesuatu yang membuat karya seni tersebut menonjol. Kita boleh mendapatkan inspirasi untuk skema warna daripada karya seni di bilik sama yang kita miliki untuk memberi penampilan yang unik dan cantik.
3) Tekstur dan Kemasan yang Berbeza
Tekstur yang berlainan akan menunjukkan perbezaan yang ketara dalam penampilan dinding. Kita boleh memilih beberapa warna, sama ada warna jenis berkilat, satin, atau matte. Oleh sebab tekstur kemasan memerlukan beberapa teknik rumit, kita digalakkan untuk mengupah pengecat rumah profesional dan berpengalaman untuk projek tersebut. Hal ini akan memberi hasil yang lebih menarik pada dinding rumah kita dan mereka juga dapat membantu kita untuk memilih warna yang sesuai untuk rumah kita.
4) Menghasilkan Suasana Yang Diingini
Semasa memilih warna cat untuk dinding rumah kita, ingatlah untuk memahami tindak balas emosi yang dirasai semasa berada dalam rumah. Terdapat sebilangan warna yang menimbulkan rasa elegen manakala warna yang lain boleh memberi inspirasi atau menimbulkan perasaan yang ceria. Dinding kita boleh mempunyai kombinasi warna yang berbeza dan perkara yang paling penting adalah kita mengetahui suasana yang kita inginkan untuk sesuatu ruang ataupun bilik.
Apabila kita memilih warna yang sesuai dengan perabot dan hiasan kediaman lain, kita akan rasa lebih selesa dan santai. Tambahan pula, warna cat yang sesuai dapat meningkatkan nilai kediaman kita.
Pastikan kita mengambil semua langkah yang diperlukan semasa memilih warna cat untuk kediaman. Jikalau kita tersilap memilih warna cat, ia boleh menyebabkan kita kecewa dan menyesal kerana tidak mendapat hasil cat seperti yang diharapkan.
Perkara pertama yang harus kita lakukan ialah memahami apa yang kita memerlukan dalam tugasan pengecatan rumah. Kemudiannya, berbincang dengan tukang cat rumah untuk mendapatkan panduan kerana mereka lebih pakar dalam hal ini.
Ataupun.... Nur cadangkan, kita boleh menghubungi syarikat PakarCatPro dengan perkhidmatan cat rumah yang boleh dipercayai di Kuala Lumpur dan Selangor. Pasukan cat mereka menawarkan servis cat bilik dan rumah luar seperti cat lantai simen dengan harga berpatutan dan hasil yang memuaskan.
2 Comments
Sis kalau bab warna cat ni kalau di suruh pilih, ada satu rumah color purple kang hahahaha jangan cari pasal hahahahah
ReplyDeleteJom mengecat rumah...hahaha...
ReplyDelete