cara mudah masak bubur kosong bayi 6 bulan, bubur kosong baby 6 bulan, bubur kosong untuk bayi 6 bulan, bubur kosong bayi, bubur nasi bayi 6 bulan, resepi makanan bayi 6 bulan, solid food anak, solid food baby, resepi mudah bubur nasi untuk bayi, persediaan makanan bayi 6 bulan, jadual makanan bayi 6 bulan, resepi makanan bayi 6 bulan hanis zalikha, sukatan makanan bayi 6 bulan, cara sediakan makanan bayi 6 bulan untuk pengasuh, nestum bayi 6 bulan, makanan bayi 6 bulan kkm, persediaan peralatan makanan bayi 6 bulan


Alhamdulillah anak kedua Nur, Nurain Raihah dah 6 bulan. Selamat setengah tahun anak ibu. Moga membesar dengan baik, sihat dan ceria. Sekejap je rasa dah 6 bulan. 6 bulan mendatang genap setahun pula. 


Bila anak dah 6 bulan, benda paling excited sebagai seorang ibu mestilah nak prepare perjalanan makanan pejal si anak. Pelik pulak sebut makanan pejal. Omputih panggil solid food. Mana-mana jela yang penting Nur memang sangat excited bila Raihah dah start makan. 


Excited campur nervous, sebenarnya. 


Okay. 


Makanan pertama yang Nur kasi Raihah ialah bubur kosong. Seperti yang disarankan orang ramai dan juga nurse di klinik kesihatan, seeloknya makanan pertama anak berilah dia makan bubur kosong.


Kenapa Bubur Kosong? 

Mengikut kefahaman Nur, nasi merupakan makanan ruji kita orang Malaysia. So perkenalkan anak dengan makanan ruji kita. Lagi pun, seeloknya juga perkenalkan anak dengan makanan yang tawar. Bubur kosong kan tawar tak ada rasa apa-apa. So menu ni lah yang paling sesuai sebagai permulaan solid food journey anak kita. 


Ada yang kata juga jangan perkenalkan anak dengan puree buah-buahan kerana dikhuatiri anak akan menjadi picky eater sebab kita perkenalkan dia dengan rasa manis terlebih dahulu. Wallahua'lam Nur tak pasti bab tu. Anak sulung Nur si Nurain Mardhiyah pun Nur guna method yang sama iaitu bagi bubur kosong dulu. Alhamdulillah bab makan anak Nur tiada masalah. 


Baca juga: Panduan Mudah Makanan Bayi 6 Bulan


Macam mana nak buat bubur kosong? 

Ini adalah kaedah yang Nur gunakan untuk menyediakan bubur kosong untuk Raihah. Mudah je. Step yang Nur tunjukkan di bawah ni sekali dengan step nak buat stok beras untuk bubur baby tau. So lezgo! 


1. Basuh bersih beras. Terpulang nak guna berapa banyak beras. Kalau nak buat stok banyak, letak lah banyak.



2. Buang air atau tapis.


3. Masak atas kuali tanpa minyak atau sangai orang panggil. Sampai beras tu kering seperti asal. Lepas 2 3 minit sangai, beras akan melekat tau. Haa sangai lagi sampai betul-betul kering. Jangan pelik bila dia melekat. Nanti lama-lama tak melekat dah. Api sederhana aje guna.




4. Siap sangai, sejukkan sekejap beras tu.

5. Blend beras guna blender kering. Blend halus macam gambar di bawah ni.





6. Simpan dalam bekas kedap udara.


7. Bila nak buat bubur baby, Nur anggarkan 1 sudu besar untuk sekali makan. So kalau ibu nak buat untuk 1 hari makan, boleh masak 3 sudu.


8. Sukatan air Nur tak sure. Haha maaf sebab Nur letak air dengan ketinggin 1 ruas jari. Pastu bila dah kering airnya, Nur tambah lagi sampai Nur yakin bubur tu dah betul-betul kembang.




9. Masak bubur macam biasa. Kalau tak yakin, ibu boleh colet sikit untuk rasa texture bubur tu dah cukup kembang ke belum.


10. Bila bubur dah masak sempurna, blend bubur tersebut. Nur guna food processor. Blend untuk kasi lagi halus.


11. Dah siap blend, Nur akan tapis bubur tu untuk dapatkan texture yang betul-betul halus untuk Raihah selamat makan. Hehe first time makan kan. So bagi lah yang betul-betul halus.


12. Nur letak 2 titis minyak zaitun (extra virgin olive oil) sebagai sumber lemak untuk Raihah. Klinik kesihatan pun sarankan buat macam ni.


13. Okay tu je. Sedia untuk disuapkan ke dalam mulut anak.



Konsep 4DR (4 Day Rule)

Nur gunakan konsep 4DR (4 Day Rule) untuk Raihah. So selama 4 hari tu, Nur bagi makanan yang sama sahaja. Kenapa 4 hari? 4 hari adalah tempoh yang paling ideal untuk mengesan sebarang reaksi ganjil anak terhadap sesuatu makanan. Reaksi ganjil tu termasuklah texture najis, ruam dan hal lain yang pelik. 


Tapi bab 4 Day Rule ni Nur tak sure memang pakar pemakanan kanak-kanak yang sarankan atau siapa. Tapi Nur amalkan konsep ni dari Mardhiyah lagi. So Nur teruskan juga konsep 4DR ni dekat Raihah. 


Sebab kalau sesuatu makanan/menu yang kita bagi dekat anak tu adalah menu yang bercampur, misal kata bubur campur bayam dan ayam. Tiba-tiba anak alah. Ruam 1 badan. Ibu dapat detect tak mana satu yang anak alah? Beras ke? Sayur bayam ke? Ayam ke? Haaa so make sense juga kan konsep 4DR ni untuk kita amalkan. 


Tapi terpulang pada pilihan masing-masing ya. 


Nur bagi Raihah makan 1 hari 3 kali iaitu pagi, tengah hari dan lewat petang. Alhamdulillah, Raihah tak ada masalah nak makan. Nampak gaya dia macam ibu dia. Peminat tegar makanan. Hahaha tapi tak usahlah gemok macam ibu. Tak sihat. 


Try and Error Puree yang Sesuai

Lepas bagi bubur kosong untuk 4 hari, Nur cuba bagi makan puree betik pula. Tapi malangnya Raihah alah dengam betik. Dia sembelit. So Nur tukar makan puree keledek. Eh pun sama sembelit. Mula risau dah. 


cara mudah masak bubur kosong bayi 6 bulan, bubur kosong baby 6 bulan, bubur kosong untuk bayi 6 bulan, bubur kosong bayi, bubur nasi bayi 6 bulan, resepi makanan bayi 6 bulan, solid food anak, solid food baby, resepi mudah bubur nasi untuk bayi, persediaan makanan bayi 6 bulan, jadual makanan bayi 6 bulan, resepi makanan bayi 6 bulan hanis zalikha, sukatan makanan bayi 6 bulan, cara sediakan makanan bayi 6 bulan untuk pengasuh, nestum bayi 6 bulan, makanan bayi 6 bulan kkm, persediaan peralatan makanan bayi 6 bulan


Pastu terus bagi dia puree buah naga untuk lawaskan proses pembuangan dia tu. Alhamdulillah no more drama air mata & meragam dari Raihah sebab tak sembelit dah.


Lepastu Nur intro pula puree labu. Alhamdulillah Raihah suka dan tak ada masalah dengan labu. Najis okay. Ruam pun tak ada. Bila semua okay, sekarang ni Nur baru intro Raihah makan puree brokoli pula. 


So far menu yang Raihah pass adalah bubur kosong dan puree labu sahaja. Harap sangat dengan brokoli ni Raihah tak ada masalah sebab lepas ni Nur nak intro Raihah dengan ayam pula.


Nur tak sabar nak bagi Raihah makan bubur lengkap ada sayur & protein. Sekarang ni baru berani campur bubur kosong dengan puree labu sahaja. Eeeee tak sabarnyaaaaaa!!! 


Over tau ibu awak ni Raihah. 


Soooo.... 


Itu sahajalah bebelan dari Nur untuk resepi bubur kosong untuk bayi 6 bulan. In shaa Allah ada rezeki Nur payung resepi yang lain pula. 


Assalamualaikum :) 


P/S: Boleh juga tengok video macam mana Nur sediakan bubur kosong untuk Raihah dekat Instagram anak-anak Nur, @thenurains

11 Comments

  1. Iyee Nur, dulu anak-anak Sis semua makan bubur kosong dulu, takde bagi nestume, sesekali ookay laa.. kemudian nnti satu satu Sis campur sayur dan juga ikan atau ayam.. tgk pada lawas anak membuang, kalau okay, teruskan..

    ReplyDelete
  2. menarik juga cara penyediaannya tu..baru tau, kena sangai dulu..selama ni ingatkan blend kemudian..hahaha

    ReplyDelete
  3. Oo, terima kasih sebab share tips untuk mengelakkan baby jadi picky eater. So kena start off dengan mknn tawar dulu. Dan guna 4 day rule. 👍🏽

    ReplyDelete
  4. Betul. Nurse memang suruh start dengan bubur kosong sebab kalau ada perasa nanti baby memilih. Itu maklumat Marsha dapat dr nurse kat sini.

    ReplyDelete
  5. bila tengok ni terus rasa nak kawin and nak dapat banyak anak! hahahaha bagus tips ni kalau saya pun jadi new parent mesti lagi excited. kalau boleh setiap hari nak amik gambar dia

    ReplyDelete
  6. Anak saya dah 9 bulan 1hb 11 dah 10bulan. Masa buat bubur dia dulu pun macam ni juga tapi pengasuh cakap dia tak berapa nak makan. Kita ni jenuhlah blend buat halus halus. Rupanya dia tak nak halus macam ni. So masak bubur macam biasa je tapi sampai betul betul kembang dan lembut. Baru dia nak makan. Sabar jela.

    ReplyDelete
  7. Very interesting, tak pernah terfikir untuk blend the rice sebelum masak bubur tue :) tapi sebab ni untuk the baby kan... :) Bubur memang my favorite since kid lagi..

    ReplyDelete
  8. lain baby lain penerimaan dia ye, kita makan buah betik untuk penghadaman tapi Raihaah sembelit pulak. Try and error journey ni bagi sweet moments untuk mommies kan.

    ReplyDelete
  9. Tips makan bubuh yang teliti, terima kasih mommy sharing ya. Amat berguna untuk new mom-to-be.

    ReplyDelete
  10. Betul. Bagi baby bubur kosong utk 1-2 bulan. Lpastu baru campur2.
    1 utk check alahan.. Kedua utk bg anak kita tak jadi picky eater. Biar kosong dulu lama2 baru perkenal perisa. Alhamdulillah anak2 za pun bkn picky eater. Sayur buah semua makan

    ReplyDelete
  11. hello your baby so cute ! Nice mummy prepare the best for their kids right

    ReplyDelete