Pengalaman Mendaki Gunung Lambak Kluang Bersama Anak Kecil
Alhamdulillah. Yeay akhirnya Nur dapat unlocked satu wishlist walaupun plan dah berbulan lamanya. Nur memang teringin lama dah nak bawa anak-anak naik Gunung Lambak tapi biasalah kalau dah namanya suami cuti hari Ahad je, so perlulah tunggu turn hari Ahad yang betul-betul mengizinkan kitorang buat aktiviti sendiri.
Dah kahwin, dah
meningkat usia perkahwinan, makanya makin bertambahlah komitmen yang perlu
didahulukan. So bila ada peluang ni, terus Nur rebut dan reserve untuk tunaikan
wishlist yang satu ni.
Sebelum ni Nur pernah
cerita Nur dating berdua dengan suami naik Gunung Lambak. Masa tu belum ada
anak kedua, Raihah lagi. Anak sulung, Mardhiyah Nur tinggalkan dekat rumah
mertua. Masa tu adik-adik ipar ada. So tak berat hati sangat nak tinggalkan.
Boleh tahan pewai jugalah naik sampai puncak. Maklumlah Nur ni orangnya bukan
fit tapi Nur suka aktiviti lasak macam ni.
Kali ni naik berempat
(eh berlima dengan adik ipar sorang), kitorang tak naik sampai atas pun.
Separuh gunung je. Terlalu mencabar kalau nak naik sampai atas sebab Nur tak
ada keperluan yang betul-betul selamat untuk bawa Raihah naik sampai atas.
Maklumlah Raihah baru 7 bulan. Gamble je gendong Raihah guna ring sling Mamaway. Mardhiyah pun tak biasa lagi buat aktiviti hiking. Kesian kaki dia
penat.
Mula-mula naik Gunung
Lambak suami yang gendong Raihah. Kitorang start naik dalam jam 8:30AM macam
tu. Nur risau juga sebab jam gini memang waktu makan dan waktu tidur Raihah.
Nur pun jarang gendong Raihah guna ring sling dalam waktu yang lama sebab musim
PKP ni memang jarang sangat keluar.
Ada lah merengek sikit
sebab dia tak biasa. Pulak tu dah masuk waktu tidur dia. Tapi alhamdulillah
masih terkawal rengekan dia tu.
Yang pernah naik Gunung
Lambak mesti tahu track Gunung Lambak ni mula-mula santai, kemudian diikuti
track yang sedikit mencabar. Alhamdulillah semua baik-baik saje walaupun
berkali juga Nur ajak suami patah balik sebab kurang yakin. Anak sulung Nur si
Mardhiyah tu pun bagi kerjasama yang baik walaupun dia pun first time masuk
hutan dan hiking.
Peluh Nur tak payah cakap.
Laju aje dia membanjiri muka dan badan. Puas tahu tak. Lagi sikit nak sampai
tengah tu Nur pula take over gendong Raihah sebab dia punya rengek makin
rancak. Kasi lah dia bau ibu dia yang masam ni. Dapat lah pujuk sikit sambil
zikir.
Sejam lepas tu baru sampai tengah. Lambat kan? Biasa lah bawak budak. Diri sendiri pun tak fit mana. Bila dah sampai tengah tu ya Allah lega sangat. Terasa hilang kejap beban kerisauan. Terus Nur cari tempat duduk yang sesuai untuk susukan Raihah. Ring sling Mamaway ni pula kain dia lebar. So sangat sesuai buat nursing cover. Dapatlah Raihah menyusu. Terus terlelap. Melting sangat tengok dia tidur dalam kehijauan daun ni. Suka betul hati ni tengok.
Plan asal nak bagi
Raihah makan bila dah sampai tengah. Tapi bila dia dah tidur, kitorang lah isi
perut dulu. Tengah syok makan, roti Gardenia untuk Mardhiyah kena kebas dengan
monyet. Ya Allah terkejut Nur!
Selamat lah mak mertua
bekalkan keladi goreng, so kitorang kongsi makan keladi goreng buat isi perut.
Sambil tu memang Nur perati je keliling takut monyet datang lagi. Haaaa memang
dia datang lagi. Geram betul. Takut pun ya sebab Nur takut dia apa-apakan
anak-anak Nur. Suami laaa main peranan pergi jerkah balik monyet tu.
Dah habis penat, ambil
gambar sikit, pastu kitorang terus jalan turun gunung guna track lain. Track
yang ni santai sikit cumanya jalan dia berpasir. Mujur semalamnya hujan so
pasir tu tak kering sangat. Kalau kering bahaya juga sebab licin.
On the way turun tu
Raihah celik dah. Biasalah budak telinga nipis ni. Dengar suara abah dia
gelak-gelak dengan kakak dia, terus celik mata. Jalan nak turun ni santai
sikit dapatlah bergelak tawa. Masa naik tu semua muka serius sebab track
mencabar tak boleh banyak cakap. Kitorang pun kasi fokus lebih sikit sebab bawa
anak kecik kan.
Pastu masa turun tu Nur nampak macam ada port yang sesuai je nak duduk kejap. Terus ajak suami & adik ipar stop kejap untuk bagi Raihah makan. Time ni pula Mardhiyah dia pergi main phone Nur. Tengok tu gambar yang Mardhiyah ambil. Pandai anak sulung ibu ambil gambar buat kenangan.
Dalam 11:30AM kitorang
semua selamat turun sampai bawah. Kiranya kitorang ambil masa dalam 3 jam juga
untuk naik dan turun separuh Gunung Lambak. Alhamdulillah selamat semuanya. Tak
tahu lah perlu tak beli baby carrier yang sesuai untuk hiking. Kitorang bukan
jenis selalu keluar. Masa pula agak suntuk. Sekarang pun kes Covid-19 masih
tinggi.
Jadi serba salah nak
buat apa-apa. Nur memang dah lama nak pergi Gunung Lambak sebab Nur dah terlalu
tepu duduk rumah. Nur pula bukan pesen yang boleh terperap je dalam rumah. Nur
memang perlu keluar tengok hijau biru. Warna biru je ni belum dapat. Lama juga
tak pergi pantai. Allahu, berat ujian sekarang ni kan?
Tapi hidup perlu
diteruskan. Kita perlu sesuaikan diri dan belajar untuk hidup dengan wabak
Covid-19. Kalau terus menerus berkurung dalam rumah dek perasaan yang terlalu
takut tu, boleh gila rasa Nur. Maaf cakap. Tapi itulah yang Nur rasa.
Sampai bila kita boleh
teruskan hidup dengan berkurung sahaja dalam rumah? Ekonomi terjejas,
pembelajaran anak terganggu. Emosi kita sebagai manusia ni pun sudah tentu ikut
terganggu. Sebab tu Nur ambil inisiatif buat aktiviti riadah bersama keluarga
untuk melegakan sedikit ketegangan emosi Nur sebagai seorang surirumah beranak
dua.
Yang penting
tanggungjawab sosial itu perlu kita titikberatkan. Teruskan kehidupan dengan
mengamalkan norma baharu dalam setiap inci pergerakan kita. Rakyat Malaysia dah
pun berjaya berganding bahu untuk mengurangkan kecuraman graf kes Covid-19 tapi
malangnya akibat tindakan 'orang lain', kes pun naik mendadak, dan kita sendiri
rakyat Malaysia yang dipersalahkan.
Apakan daya.
Tajuk pasal Gunung
Lambak tapi bila sampai bawah ni bebel pasal lain pula. Haha beginilah
perempuan kalau dah diberi peluang untuk membebel, habis semua aspek dia sapu.
Maaf lah terlari tajuk sikit. Bukan selalu.
In shaa Allah, next Nur
target nak bawa anak-anak tidur atas pokok pula. Ya Allah kemain lain macam Nur
punya selera kan? Tapi tak pasti lah bila wishlist yang satu ni dapat
ditunaikan. Sekarang pun musim banjir. Moga Allah selamatkan kita semua. Moga
terus kuat dan sabar buat mangsa banjir seluruh Malaysia.
Assalamualaikum.
20 Comments
Bestnyaaa.. pernah naik gunung Lambak satu kali ajer.. Teringin nak gi lagi... Gigih kauu ek.. siap bawak anak gituuuuu. hihi... Tahniahhhhhh ... walaupun half.. mmg mencabar.. gigil kaki aku masa turun gunung.. Fuhhhh!
ReplyDeleteGigih nona. Sebab aku tepu. Plus, nak anak2 aku close to nature gitu
DeleteSeronoklah bebudak tu kan.. hihi..
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok kak. Akan datang nak pergi lagi
DeleteBestnya Nur, dengan laki ko pun layan sekali.. Sis agak tak berani nak hiking dengan kesihatan diri ni, teringin juga, tapi fikir dua tiga kali, so senam aje laa di rumah..
ReplyDeleteSuami nur mesti layankan bini dia. Kalau tak, lama2 boleh wujud puting beliung kat rumah tu sebab bini dia tepu sgt hahaha
Deletekalau tak selalu bawak anak hikinh tak perlu invest baby carrier tu. kalau selalu worth beli, kalau tak nanti efek pada badan sebab bawak load yang tak sesuai nak carry
ReplyDeleteAwhhhhh mekasih byk2 bagi advice pasal baby carrier tu. Membantu sgt
DeleteBestnya spend time dengan nature. Betul2 musim pandemik ni emosi pun tak menentu sebab berkurung je dalam rumah.
ReplyDeleteSeronok anak-anak yea dapat ikut parent pergi hiking, nak-nak digendong siap boleh tidur lagi... alhamdulillah anak-anak beri kerjasama...
ReplyDeleteElok gak beriadah sesekali dengan keluarga bagi menghilangkan ketepuan disamping spending special and healthy bonding time bersama loved ones kan
ReplyDeleteWah nampak seronok si.kecil tu berjalan di hutan ya... Mendekati diri dengan alam semulajadi mmg bagus
ReplyDeleteBestnya pergi hiking dengan anak2. Nasib nak2 mood ok je kan. Pengalmana yang sangt berharga ni.. Pandai mardhiyah ambik gambr tummheh
ReplyDeleteFirst time dengar pasal Gunung Lambak ni. Tapi saya agak fobia dengan monyet, sebab pernah kena gigit kat Bali. Padahal saya tak kacau dia or bwk makanan pun. Tiba2 je datang nak curi selipar yg saya tgh pakai. Haha.
ReplyDeleteWah.. bestnya hiking dengan famili.. akak lama betul dah tak hiking..rindu betul
ReplyDeleteLama jugak tak pergi buat aktiviti riadah macam ni. Okla sekali-sekala kuar hidup udara segar. Memang tepu otak dok umah je macam lagu Gila kaka azraf. Hehe
ReplyDeletebest yer baca pengalaman hiking.terus jadi rindu sangat nak hiking. dah lama betul tak buat aktiviti macam ni
ReplyDeletewow, i am so happy to read this! kluang is my hometown and i lived there for 13 years, and gunung lambak was one of our favourite weekend family destination to relax and exercise. love your photos too!
ReplyDeleteBelum berkesempatan ke sana walaupun dekat je
ReplyDeleteHiking sini, perlu ada permit ke?
ReplyDelete