4 Langkah Mudah Dapatkan Kulit Cantik dan Sihat dengan Cosmoderm Perfect Balanced
Akhirnya, yang dinanti-nanti telah selamat sampai ke pangkuanku. Si Pinky comel tak lain tak bukan Cosmoderm Perfect Balanced, rumusan terbaru dengan prebiotik dan calamine.
Pantas sungguh Cosmoderm buat kerja eh? Kejap aje dah keluarkan range produk
terbaru. Rasa macam baru semalam dorang launch range Tea Tree Oil. Tup tup
Perfect Balanced yang menggunakan prebiotik dan calamine sebagai bahan
utamanya pulak keluar.
Sejujurnya Nur agak jakun dengar nama prebiotik dan calamine dalam penjagaan
kulit muka. Yang Nur biasa dengar calamine lotion yang biasa doktor kasi
tiap kali ada masalah kulit seperti ruam dan sebagainya tapi biasanya kita
apply calamine lotion tu dekat area badan. Tapi untuk skincare ni.... Haha Nur
jakun sikit.
So Nur terangkan sikit apa itu prebiotik dan calamine dan apakah khasiatnya
terhadap kulit muka. Bila dah tahu, takdelah jakun sangat kan.
Apakah Prebiotik dan Calamine?
Prebiotik ialah probiotik makanan (bakteria baik) pada kulit dan badan kita. Ia
membantu menyeimbangkan mikrobioma kulit untuk mengelakkan kemerahan dan
peningkatan cahaya. Malah prebiotik juga bagus untuk keselesaan kulit
kerana penstrukturan semula, kesan berkhasiat &
memberi kesan menenangkan pada kulit muka.
Manakala Calamine pula merupakan bahan yang terkenal dengan khasiatnya seperti
merawat ekzema & psoriasis dengan mengurangkan kegatalan pada kulit. Ia
mengurangkan minyak pada kulit muka, menenangkan kemerahan & selaran
matahari (sunburn).
Range terbaru dari Cosmoderm mengandungi 4 unit iaitu 4 langkah seperti nombor
yang tertera pada packaging dia:
- Facial cleanser
- Toning lotion
- Soothing WOW cream
- Sun milk SPF25PA++
Cosmoderm Perfect Balanced yang mengandungi prebiotik dan calamine ini
sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. Hanya
memerlukan rutin penjagaan kulit yang mudah kita boleh memiliki kulit muka yang
sihat dan cantik. Jom tengok langkah mudah tu.
Langkah 1: Bersihkan muka 2 kali sehari menggunakan Cosmoderm Perfect
Balanced Facial Cleanser.
Pencuci muka yang lembut dan bebas sulfat ini dapat membersihkan
muka secara mendalam dan ia juga dapat membersihkan kulit sambil
menenangkan kemerahan & meningkatkan daya penyerapan kulit
terhadap bahan berkhasiat lain seperti aloe barbadensis leaf extract,
polymnia sonchifolia root juice, tomato extract, lemon extract, grapefruit
extract dan bilberry extract.
Langkah 2: Sapukan Cosmoderm Perfect Balanced Toning Lotion ke seluruh
permukaan muka
Losyen toning ini diformulasikan dengan 20000ppm calamine dan prebiotik untuk
memberikan calming effect pada muka dan juga menenangkan kemerahan sambil
meningkatkan keupayaan penyerapan kulit, seterusnya dapat meningkatkan
kelembapan kulit muka.
Langkah 3: Sapukan Cosmoderm Perfect Balanced Soothing WOW Cream pada muka dan
leher secara sekata
Krim ringan ini diformulasikan dengan calamine pekat dan prebiotik 30000ppm
yang menenangkan kulit sambil meningkatkan keupayaan permukaan luar kulit muka
(skin barrier). Dengan tiga kali ganda peningkatan kelembapan, ia membantu
mengembalikan kelembapan kulit serta mencerahkan permukaan kulit. Toning lotion
ini sesuai dipakai pada waktu pagi dan malam.
Langkah 4: Sapukan Cosmoderm Perfect Balanced Sun Milk SPF25PA++ pada muka
sebagai langkah terakhir penjagaan muka
Krim pelindung matahari ini melindungi kulit daripada UVA dan UVB. Ia
meningkatkan perlindungan kulit daripada tekanan persekitaran dan cuaca panas.
Juga membantu untuk menghilangkan sunburn dan melindungi kulit
kering.
Review Selepas Menggunakan Cosmoderm Perfect Balanced
First of all Nur sangat suka packaging dia. Simple dan nampak smart. Ala-ala
"black pink in your areahhhhh" gitu. Botol dia pun sangat mesra
pengguna. Mudah pegang, tak leceh tiap kali nak pump keluar krim dia. Lepastu
siap ada nombor dekat botol. Senang lah, kut pengguna tetiba hilang ingatan nak
guna yang mana dulu ke kan.
Kulit muka Nur tak ada rasa kering ataupun pedih lepas cuci muka
walaupun terasa betul facial clenaser ni cuci secara mendalam kulit muka
Nur. Rasa bersih betul muka ni. Maklumlah Nur kerap
duduk dapur, berminyak tau muka. Lepas cuci muka rasa fresh je.
Nur jarang guna toner tapi toning lotion ni okay je pada Nur. Cuma ada bau ubat
sikit laa. Faktor bahan utama dia prebiotik dan calamine kut.
Soothing WOW Cream dia pun best guna. Tak terasa berat sangat pun krim dia.
Lepas beberapa minit guna, muka rasa okay je. Boleh guna pagi dan malam. Dan
tak perlu pump banyak-banyak pun. Sikit je dah boleh cover 1 muka.
Last sekali dia punya sunscreen a.k.a Sun Milk SPF25PA++. Haaaa yang ni baru
ada bau wangi-lembut. Lepas guna sunscreen ni, Nur pergi masak dekat dapur.
Wahhhh so far so good. Tak berlengas sangat, tak berminyak sangat muka ni.
Best!
So buat korang yang nak dapatkan Cosmoderm Perfect Balanced ni, korang boleh
beli di semua rangkaian farmasi berdekatan rumah korang termasuklah Guardian,
Watsons dan juga Aeon Wellness.
Nak beli online pun boleh. Korang pergi je website Cosmoderm. Nak beli dekat Shopee pun boleh. Semua dihujung jari.
Nak usha rangkaian produk Cosmoderm yang lain, boleh usha media social dorang
okay.
Facebook: Cosmoderm
Instagram: Cosmoderm
Website: www.cosmoderm.com.my
13 Comments
Whoaaaa.. Nampak kuyusss!!! Hihi...
ReplyDeleteBtw, Nona pun dah try guna nih, best bila tepek kat mukaaa!!! Kalau ok, nak terus belii ni je... sejuk hati tengok pink woooo
Nampak je nona. Hahaha. So far so good kan?
DeleteCalamine tu ingat lagi sapu kat badan kalau gatal2 atau ada demam campak. Prebiotic tu macam ada campuran kuman baik je tu...sebab selalu prebiotic ni dalam vitagen ke yogurt ke...lagi satu suka packaging dia sweet sangat warnanya.
ReplyDeletemacam best je. tak pernah pakai skincare yang ada prebiotik. kena try ni.
ReplyDeleteHuda pun guna produk cosmoderm terbaru ni setiap hari. suka dengan kesannya pada kulit memang serasi
ReplyDeleteThanks sebab share manfaat set ni. Rawlins tercari-cari kotak nan cantik tu - nampak sangat menarik. Haha
ReplyDeleteEfek Calamine ni sejuk kan. Yang kita guna time anak kena chicken pox. No wonder packaging pun pink. Bagus Cosmoderm dah tambah rangkaian produk. Bleh la beli untuk anak-anak.
ReplyDeleteLawa la kotak dia. Sebelum ni pernah try produk yg ada prebiotik juga. So this one ada Calamine utk ekzema. Boleh cuba ni nanti.
ReplyDeleteDah lama perati aje cosmoderm perfect balanced ni. Hari tu kan masa diorang launch tu besar-besaran di Facebook
ReplyDeleteCantik sungguh pakaging baru ni.. Sis memang pengguna cosmoderm tapi guna facewash teatree dia jee.. nanti boleh cuba yang baru ni pulak..
ReplyDeleteWahhh cosmooderm dah ada yang baru yee. cantiknya pakaging dia. Ada calamine lagi. Sesuai lah untuk anak sulung Nina. Family Nina pun memang suka pakai produk cosmoderm ni sebab serasi dengan kulit muka.
ReplyDeleteThis looks like such a beneficial and good product for the face. Can’t wait to buy one for myself!
ReplyDeleteWahh banyak produk yang baru dan cantik khas untuk orang perempuan hehehe lepas ni lagi best lah dan makin suka lah mereka gunakan... Cosmoderm ni jenama yang dah makin dikenali juga...
ReplyDelete