Di saat dunia, malah negara tercinta kita sendiri masih belum reda dengan ujian pandemik Covid-19, siapa sangka kita diuji pula dengan bencana banjir meniti hari di awal tahun 2021. 

Lebih daripada 40,000 rakyat Malaysia di tujuh negeri terpaksa dipindahkan dari rumah mereka sejak sebulan lalu kerana banjir yang melanda, diperburukkan lagi dengan fenomena cuaca La Ninā. Apabila air banjir surut, mangsa yang pulang ke rumah mereka memerlukan bantuan untuk mulakan kehidupan semula.

Clorox Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan menyokong usaha bantuan banjir MERCY Malaysia dengan menyediakan lebih 4,000 unit produk pembersih dan pembasmi kuman untuk digunakan sebagai sebahagian daripada peralatan kebersihan bagi memudahkan proses pembersihan rumah mangsa banjir.

Clorox Bleach Original and Clorox Expert Disinfect Wipes Flow Packs

wakil dari MERCY Malaysia menyerahkan kit kebersihan dari Clorox kepada Ahmad Raepi Bin Haji Jalil dari Pertubuhan Kebajikan Dan Kesejahteraan Komuniti Kulai #PEDULIKULAI untuk kegunaan mangsa banjir

Muhammad Hapis Jamil (kanan), wakil dari MERCY Malaysia menyerahkan kit kebersihan dari Clorox kepada Ahmad Raepi Bin Haji Jalil dari Pertubuhan Kebajikan Dan Kesejahteraan Komuniti Kulai #PEDULIKULAI untuk kegunaan mangsa banjir


MERCY Malaysia akan mengedarkan kit kebersihan yang merangkumi Clorox Bleach Original dan Clorox Expert Disinfecting Wipes untuk membersihkan rumah mereka sebelum dapat didiami semula. Kawasan yang dilanda banjir teruk adalah Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu.


Mangsa banjir menerima Kit Kebersihan dari Clorox dan MERCY Malaysia
Mangsa banjir menerima Kit Kebersihan dari Clorox dan MERCY Malaysia


bantuan mangsa banjir johor dari clorox dan mercy malaysia

Clorox Bleach Original 


Pembersihan dan pembasmian kuman adalah sangat penting terutama selepas banjir kerana air banjir boleh menimbulkan risiko penyakit berjangkit seperti leptospirosis atau kencing tikus, kolera, demam kepialu dan Hepatitis A.

“Daerah-daerah yang dilanda banjir teruk memerlukan Air, Sanitasi dan Kebersihan (WASH) dengan segera. Keperluan ini meningkat akibat wabak Covid-19 yang berterusan. Kebersihan dan sanitasi yang baik adalah sangat penting untuk mematuhi SOP. Kami ucapkan terima kasih kepada Clorox Malaysia kerana telah memberikan sumbangan produk pembasmi kuman yang menjadi asas alat kebersihan untuk mangsa banjir yang pulang ke rumah mereka,” kata Pemangku Pengarah Eksekutif MERCY Malaysia, Zuraidah binti Mian-

 

"Kami berasa rendah diri melihat usaha MERCY Malaysia memberi bantuan kepada mangsa banjir, dan ingin turut serta menyokong usaha mereka kerana keperluan mendesak," kata Pengarah Jualan & Pemasaran Clorox Asia Tenggara, Paulo M. Lao. 


Pengarah Jualan & Pemasaran Clorox Asia Tenggara, Paulo M. Lao
Pengarah Jualan & Pemasaran Clorox Asia Tenggara, Paulo M. Lao

"Kami berasa gembira kerana produk pembersih dan pembasmi kuman kami dapat membantu membersihkan rumah-rumah secara berkesan untuk persekitaran yang selamat kerana Clorox percaya bahawa kebersihan adalah penting."

 

Dapatkan lebih maklumat mengenai bahan pembersih, aktiviti dan banyak lagi dari laman web Clorox Malaysia di https://www.cloroxmalaysia.com atau ikuti halaman media sosial Clorox Malaysia di https://www.facebook.com/CloroxMalaysia/ dan https://www .instagram.com/cloroxmalaysia/

 

Mereka yang ingin menyokong Misi Bantuan Banjir MERCY Malaysia sebagai sukarelawan boleh mendaftar di https://www.mercy.org.my/volunteer/


Data Mangsa Banjir 2021

Daerah terjejas

7

Mangsa terjejas

41,358

Jumlah Keluarga

11,290

Pusat Pemindahan

376

Maut

9

Dana diperlukan

RM2 million

Jumlah terkumpul

RM 528,191.44



Mengenai The Clorox Company

The Clorox Company (NYSE: CLX) adalah syarikat pengeluaran dan pemasaran produk pengguna dan profesional multinasional yang terkemuka dengan mempunyai kira-kira 8,800 pekerja di seluruh dunia dan penjualan bersih sebanyak $6.2 bilion bagi tahun fiskal 2019. Clorox adalah penandatangan United Nations Global Compact dan Ellen MacArthur Foundation's New Plastics Economy Global Commitment. Syarikat ini telah diiktiraf secara meluas atas usaha tanggungjawab korporatnya, termasuk CR Magazine's 2019 100 Best Corporate Citizens list, Barron's 2020 100 Most Sustainable Companies, the Human Rights Campaign's 2020 Corporate Equality Index dan the 2019 Bloomberg Gender Equality Index, antara lain. Sebagai sokongan komunitinyaThe Clorox Company dan yayasannya menyumbang kira-kira $12 juta dalam gabungan berbentuk geran tunai, sumbangan produk dan pemasaran untuk tahun fiskal 2019. Untuk maklumat lebih lanjut, lawati TheCloroxCompany.com, termasuk blog Good Growth, dan ikuti syarikat tersebut di Twitter di @CloroxCo.

 

Mengenai MERCY MALAYSIA

MERCY Malaysia adalah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berfokus untuk memberikan bantuan perubatan, pembangunan berkaitan kesihatan yang berpanjangan dan aktiviti pengurangan risiko bagi masyarakat yang kurang bernasib baik dalam situasi krisis ataupun bukan. MERCY Malaysia menyedari nilai bekerjasama dengan rakan kongsi dan sukarelawan serta memberi peluang kepada individu untuk berkhidmat dengan profesionalisme. Kami menjunjung Kod Tingkah Laku untuk Pergerakan Palang Merah Internasional dan Bulan Sabit Merah dan juga NGO dalam Bantuan Bencana dan bertanggungjawab kepada penderma dan penerima bantuan. Sebagai sebuah organisasi NGO, MERCY Malaysia hanya bergantung pada dana dan sumbangan dari organisasi dan individu yang dermawan untuk meneruskan perkhidmatan kami untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada penerima. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.mercy.org.my

1 Comments

  1. Tahniah buat Clorox dan Mercy... ramai yang sangat memerlukannya bagi menjamin kebersihan rumah mereka selepas banjir kan..

    ReplyDelete