Resepi Ayam Teriyaki yang Mudah dan Sedap
Ayam Teriyaki Citarasa Jepun menu berbuka Nur semalam. Banyak tuuuu yang nak diganti. Maklumlah bersalin masa bulan Ramadhan. Berhuhu jela gagahkan diri untuk puasa tatkala orang lain sedap makan. Hahaha dasar kuat makan!
Sebenarnya Nur gian nak makan ayam teriyaki sejak Nur makan menu lunch dari
Kluang Foodie tempoh hari. Simple dan sedap. So alang-alang puasa ni
buatlah 1 kali walaupun tak pernah masak ayam teriyaki yang membangkitkan selera ni.
Bila Google resepi, pehhhhh macam-macam versi ada. Naik pening pulak nak guna
resepi yang mana. Versi Khairulaming pun ada usha juga tapi end product dia
macam bukan yang Nur mahukan.
So Nur cedok jela resepi sana sini dan Nur gabungkan sesedap rasa ikut bahan
yang ada didapur comel Nur ni haaa. Nervous juga masa buat tu sebab first time
kan. Puasa pulak tu. Bukan dapat rasa puas-puas pun. Rasa sikit hujung
lidah pastu kumur mulut.
Tapi alhamdulillah, kejadian ayam teriyaki memuaskan tekak Nur. Suami pun approve.
Al-maklumlah suami Nur bukan jenis pemakan macam Nur. Selera dia pun lain. Dia
suka masakan kampung yang simple dan suka lauk yang banyak kuah macam
singgang, tomyam dan seangkatan dengannya.
Ayam teriyaki ni tak banyak kuah. Kuahnya pekat dan kuat rasa masin-manis tu.
Tapi kita boleh tune ikut selera masing-masing, so Nur buat kuah dia tak pekat
sangat tapi tak cair sangat. So-so aje. Nanti taklah kering sangat nasi tu kan.
Kejung karang tekak nak telan nasi.
Ayamnya pun Nur guna bahagian chicken chop yang boneless tu. Nampak cantik dan
menyelerakan bila dah siap masak. Tapi rata-rata guna bahagian dada. Hehe Nur
kurang gemar bahagian dada sebab tu beli ayam chicken chop. Hihi.
Baca juga: sotong masak kicap
Cara makan ayam teriyaki ni pun makan dengan nasi je yang sesuai. Tak perlu
banyak lauk. So Nur regukan dengan brokoli kukus ajela. Senang betul nak
sediakan menu ni. Korang memang patut cuba. Nur ada share juga rahsia buat ayam teriyaki yang sedap tau. Bahan rahsia tu Nur ada share kat bawah ni. Letsgo!
Resepi Ayam Teriyaki
Bahan yang diperlukan:
3 keping ayam bahagian chicken chop
1/2 cawan kicap manis
1 SB halia parut (tapi Nur tumbuk aje)
3 SB serbuk bawang putih. Kalau takde guna 3/4 ulas bawang putih
3 SB gula perang. Nak guna gula putih pun boleh tapi rasa dia kurang
umpphhh (Nur guna organic raw sugar cane)
1 SB minyak bijan
2 SB cuka makan
1 SK garam
Accessories seperti biji bijan, daun bawang & cili untuk tambah pedas
Bahan rahsia. Baca step 5
Cara:
- Satukan semua bahan kecuali bahan accessories ke dalam 1 mangkuk bersama ayam.
- Gaul rata dan perapkan ayam tu sekejap. Lagi lama lagi sedap. Nur perap tengah hari, petang baru masak.
- Bakar ayam dalam oven dengan suhu 200°C selama 30 minit. Kemudian terbalikkan ayam dan bakar lagi 20 minit.
- Lebihan bahan perap jangan buang tau. Ambil periuk dan masakkan lebihan bahan perap tu.
- Tambah 1/2 cawan air kedalam periuk bersama bahan rahsia. Nur gunakan 1 sudu besar puree kurma dan juga 1/2 cawan stok ayam (chicken bone broth) Raihah punya. Kalau tak ada 2 bahan ni, boleh guna 1/2 cube ayam.
- Bila kuah teriyaki dah mendidih, masukkan bancuhan air tepung jagung sehingga kuah sedikit pekat. Nur tak buat pekat sangat dan tak cair sangat. So-so aje.
- Bila ayam dah siap bakar/masak, celupkan ayam ke dalam kuah teriyaki kemudian potong ayam macam dalam gambar.
- Last sekali hiaskan ayam dengan accessories yang sesuai. Daun bawang tak ada so Nur tabur chili flakes & biji bijan sahaja.
Baca juga: Resepi Puree Kurma
Brokoli Kukus
Nur guna rice cooker aje. Nur didihkan air dalam pot terlebih dahulu, kemudian
kukus brokoli selama 5 minit. In shaa Allah cantik kejadian brokoli kukus. Tak
overcooked.
Kalau ikut kebanyakan resepi, ramai yang guna kicap cair dan kicap manis. Tapi
kat rumah Nur memang tak pernah beli kicap cair. So Nur guna kicap manis Jalen
sahaja dan tambah garam pengganti kicap cair. Iyolaaa kicap cair kan
masin. Suka hati je kan buat teori sendiri. Haha takpelah, kita yang buat dia.
Sekian resepi ayam teriyaki versi campak-campak apa ada dekat dapur dari Nur.
Kepada kawan-kawan yang request resepi, moga kejadian ayam teriyaki
yang korang masak tu kena dengan tekak korang. Salah dan silap dekat
resepi ni harap dimaafkan.
Jumpa lagi. Assalamualaikum.
15 Comments
Yummy!!!!!!!!!!!! Sedap nyer chicken teriyaki. Lame x makan. Thank you lah for sharing this delicious recipe ya.
ReplyDeleteOh yes. My sis also sejenis suka masak ayam teriyaki and somehow Rawlins tetap rasa yang dia masak gak yang sedap.
ReplyDeleteSelamat berpuasa ye.
i love terriyaki chicken too, love this recipe shared & gonna try myself cooking it to enjoy. Yummy!! cheers, siennylovesdrawing
ReplyDeleteI tak pernah lg masak mknn jepun or japanese inspired sbb malas nak cari bahan. Tapi yg ni nampak mcm senang je. Takde bahan pelik2.
ReplyDeleteOoo senang je resipinyer ya . Selama ni dok terfikir nak buat tapi nampak macam susah . Haa nanti kita try ya
ReplyDeleteKalau masak Teriyaki ni anak Sis laa suka, biasa buat Salmon.. nanti nak try pulak resepi Nur ni.. kot laa kan kena dengan tekak anak hehehe
ReplyDeleteRupanya tak perlu banyak bahan2 pun untuk buat ayam teriyaki ni kan.. senang rupanya nak buat perapan menu ni.. nak try la bahan rahsia sis ni.. :P dua resipi dah.. semalam cookies, today ayam pulak..
ReplyDeleteMenariknya ayam teriyaki ni. Tak pernah lagi buat. Thank you share resepi. Boleh cuba ni
ReplyDeletePergh tengok nampak sedap je.. Semua bahan ade dh kat dapur..hehehe..Tapi gula jela takde, kita guna gula putih. Lama tak makan teriyaki
ReplyDeletesuka hidangan ini. selalu kalau pegi kedai jepun..ini adalah menu pilihan..dah tahu resepi lepas ni bolehlah cuba sendiri
ReplyDeleteWah! This looks absolutely delicious! Can try making japanese dishes at home now using your recipe!
ReplyDeletewow sedapnya ayam terriyaki..iena suka makan chicken terriyaki ni..nanti boleh lah cuba resepi ayam terriyaki ni :)
ReplyDeletethanks sharing, bagi idea nak masak apa esok! kadang bosan masak menu sama jer.
ReplyDeleteGood to know that it is fairly easy to make teriyaki chicken. Thanks for the tips and recipe. Would want to make my own. :)
ReplyDeleteYa ampun.. sedapnya! Nak Cuba resipi ni so simple
ReplyDelete