Resepi Puree Kurma untuk Bayi 6 Bulan
Buah kurma merupakan buah yang akan menjadi popular dan buruan umat Islam pabila tibanya bulan Ramadhan. Tahu tak korang, dulu Nur tak pandai betul makan kurma. Bentuk dan warna dia pun serupa lipas. Memang tak reti nak telan kurma.
Tapi, seiring umur yang bertambah, Nur belajar makan buah kurma sikit-sikit
lepas dapat kesedaran akan pelbagai khasiat buah kurma. Contohnya, sumber
tenaga yang baik, meningkatkan kesihatan otak, sumber serat untuk melancarkan
pencernaan, kaya antioksidan dan sebagainya.
Malah buah kurma juga menjadi pilihan para ibu dalam penyediaan makanan
anak yang sihat. Contohnya macam Nur, Nur akan gunakan puree kurma sebagai
pemanis dalam makanan anak seperti biskut homemade, taufufa versi
baby, pengat keledek, muffin pisang dan banyak lagi.
Tapi Nur tak bagi anak-anak Nur makan puree kurma direct macam tu.
Biasanya, Nur akan campur dengan apa-apa. Macam yang Nur cakap kat atas tadi
tu. Nur gunakan puree kurma sebagai pemanis makanan anak-anak Nur sahaja. Buah
kurma tu kan manis sangat, so Nur taknak anak Nur ketagih manis dari dia
baby lagi.
Eh tapi Nur bukan cakap tak boleh bagi baby makan puree kurma tau. Itu pilihan
masing-masing dan pilihan Nur adalah seperti itu. Jom tengok macam mana Nur buat puree kurma. Sama tak dengan cara korang
buat.
Resepi Puree Kurma
1. Rendam kurma dengan 2 sudu besar garam selama 30 minit untuk buang segala
kekotoran. Nur memang guna cara gini untuk bersihkan sayur dan buah.
2. Kemudian Nur bilas dan Nur rendam lagi sekali tanpa garam selama 30 minit untuk lembutkan kulit buah kurma tu. Lagipun kita tak tahu macam mana buah kurma tersebut di bungkus. Sama ada dikeringkan dan dicampur dengan tambahan gula atau direct terus pack. So bila rendam tu dapatlah buang lebihan gula tu.
3. Lepastu, Nur akan buang biji dan kopek kulit buah kurma tu. Mana yang boleh kopek, Nur kopek lah. Mana yang tak boleh, Nur biarkan aje.
4. Seterusnya, Nur blend lumat kurma. Boleh letak air sikit-sikit kalau blender tak bergerak.
5. Kemudian, Nur masak sekejap puree kurma supaya puree kurma dapat tahan lebih lama.
6. Last sekali, simpan puree kurma dalam bekas ice cube atau bekas yang bersesuaian.
Baca juga: Panduan Makanan Bayi 6 Bulan
. . . . . . . . . . . . . . .
So far, yang Nur perasan buah kurma memang sangat membantu sistem pengahadaman
anak-anak Nur. Kalau bagi makanan yang ada kurma, confirm lancar aje dorang
membuang. So untuk ibu di luar sana yang tak tahu nak buat apa bila anak susah nak
membuang, cuba bagi makan buah kurma. In shaa Allah lancar aje nak membuang.
Legaaaaaaa!
So, itu cara Nur buat puree kurma untuk anak-anak Nur. Korang boleh juga guna cara
Nur cuci kurma tiap kali korang nak makan kurma. Iyelah, kita tak tahu apa yang
melekat dekat buah kurma tu.
Cuba rendam dan tengok air rendaman tu. Ada tak anasir luar yang bertakung?
Rendam ikut berapa kuantiti kurma yang korang makan. Jangan rendam semua tau.
Lepas rendam, kurma pun akan rasa lebih sihat. Serius. Korang cubalah!
18 Comments
Bagus ni, bukan untuk bayi je, dewasa pun boleh kan sebab banyak khasiat dalam kurma tu..
ReplyDeleteBaiklah nanti nak cuba juga, kurma memang bagus untuk penghadaman juga. Pernah cuba 3 hari diet dengan kurma masa lapar, berkesan menurunkan berat badan. Tapi itulah masalahnya mulut suka kurma-kurma premium jer. Jenuh nak layan haaaa.
ReplyDeleteciksun makan kurma ni bila puasa aje..itu pun kalo ada stok kat rumah...tapi bila Ramadhan, memang wajib la ciksun makan kurma masa berbuka..khasiat banyak sebagai memulihkan tenaga dan menstabilkan semula gula dalam darah..
ReplyDeleteEh. Rawlins pun sama blend kurma dan kemudian campur dengan air suam lalu minum. Lancar perkumuhan hahaha
ReplyDeleteBagus kurma ni. Ibu menyusu pun boleh makan untuk tambah susu. Baby pun makan lg la bagus. Nanti nak buat puree camni utk add dalam oats. Akak cuba nanti. Hehehe.
ReplyDeleteBagus kurma ni. Ibu menyusu pun boleh makan untuk tambah susu. Baby pun makan lg la bagus. Nanti nak buat puree camni utk add dalam oats. Akak cuba nanti. Hehehe.
ReplyDeletemenarik. nak buat pun senang je. bagus bila kita dapat pantau pemakanan anak2
ReplyDeleteWow. Boleh cuba ni. Anak Iza pun tengah baru nak start makan. Boleh la try jugak respei puree kurma nanti. Macam sedap pulak.
ReplyDeletemudah betul resipi ni. senang baby nak makan tiap masa. berkhasiat pun iye. betul tak? lagipun kurma ni baik untuk kesihatan.
ReplyDeleteNice..boleh cuba ni. Masak sekejap tu tanpa minyak ke macam mana ya?
ReplyDeleteKak nina memang suka kurma. Kat rumah stok sentiasa ada. Selalu bikin kurma milk shakes. Nanti try yang ni lak
ReplyDeletewa this must taste great. I love to eat dates too, sweet and very nutritious for all ppl
ReplyDeleteAku suka kurma bila time Ramadan.. Lorh.. bulan lain tak tahu pasaipa kurang pulak makan.. tapi biasanya pun makan beberapa biji je.. sebab manis nau kot... Tak pernah rasa biskut kurma... Yang penting, selagi banyak khasiat, kena biasakan makan kurma....... Kan
ReplyDeleteTerimakasih atas perkongsian ini sis. Walaupun tiada anak lagi. still ini adalah ilmu. nak kena guna suatu hari nanti. InshaAllah :)
ReplyDeleteThis looks absolutely delicious! Thanks for sharing the easy recipe and cant wait to make it for my niece nnt!
ReplyDeleteI also like kurma, ia memang bagus and banyak khasiat untuk sekeluarga, nanti nak try buat juga.
ReplyDeleteKurma ni memang banyak khasiat dia kan... Nell pun makan ni time ikut fasting time Ramadhan... serious memang boleh tahan lapar makan ni.. (Y) menarik la kalau buat cookies with puree kurma ni kan.. nak try la untuk tahun ni..
ReplyDeleteMenariknya buat puri kurma. Saya dulu anak-anak kecil, buang kulit luar kurma je. Tapi resepi ni bagus juga. Ramadan pun sah dekat.
ReplyDelete