Sedapnya Makan | Seafood & Barbecue Dinner Buffet di Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel
Assalamualaikum dan hai semua.
Mesti semua teruja dengan SOP terkini untuk negeri yang PKP, PKPB & PKPP
kan? Especially aktiviti dine in. Negeri yang PKP seperti Johor dah boleh dine
in lebih 2 orang dengan syarat mengikut keluasan meja dengan penjarakan
fizikal 1 meter antara pelanggan dan antara meja makan yang lain.
Alhamdulillah. Moga kelonggaran yang diberikan pihak kerajaan dapat kita
manfaatkan sebaiknya.
Kembali kepada tajuk, Nur nak share dengan korang tentang Seafood &
Barbecue Dinner Buffet di Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel. Mesti ramai
yang rindu keenakan masakan chef berbakat besar di Cafe BLD kan?
Orang Singapore yang suka turun Johor Bahru pun mesti dah rindu sangat nak
menginap dan lepak makan di Renaissance Johor Bahru Hotel.
Apa yang menarik di Seafood & Barbecue Dinner Buffet?
Setiap pengunjung akan menikmati kepelbagaian makanan laut yang fresh dan
dimasak dengan pelbagai masakan yang semestinya akan buatkan pengunjung rasa
teruja dan kembali mencedok lagi untuk menambah.
Haaa Nur cerita pengalaman Nur sendiri tau. Mula-mula Nur ambil sikit je. Yela
set buffet dekat Cafe BLD ni banyak tau. Karang ambil banyak tak larat nak rasa
semua.
Tapi kesedapan hidangan yang ada di Cafe BLD ni buat Nur menambah, especially
Seafood Paella Rice dia. Gabungan rasa manis udang dan kupang dekat nasi tu
serius sedap. Nur bukan peminat nasi tapi this one memang sedap sangat!
Yang suka makan udang pun boleh nikmati Udang Nyonya Nenas dan Fresh Prawn
with Dipping Sauce puas-puas. Confirm puas makan udang dekat Cafe BLD,
Renaissance Johor Bahru Hotel sebab udang dia besar dan fresh. Selain
udang segar, ada juga scallop segar dan kupang segar yang boleh dimakan bersama
pelbagai dipping sauce bersama perahan buah lemon.
Bukan itu aje, peminat ketam mesti akan rasa teruja. Sebab Cafe BLD menyediakan
3 masakan ketam yang berbeza seperti Fresh Crab with Dipping Sauce, Sweet
Chilli Crab dan juga Ketam Goreng.
Peminat daging macam Nur pun mesti teruja. Nak tahu sebab apa? Sebab.... Ada
BBQ Beef Brisket dan Beef Satay. Sos pencicah pun sedap-sedap belaka.
Boleh juga dimakan bersama Mussels, Butterfish, Chicken & Lamb Chop di
bahagian Grilled Station.
Tak lupa juga Oven Baked Salmon dan Baked Oysters. Yang suka makan salmon dan
tiram bolehlah nikmati dua hidangan ni. Nur kureng sikit sebab Nur tekak
Melayu. Hihi. Tapi presentation dia memang tiptop sangat. Yang kurang gemar ni
pun boleh jadi terliur tau.
Selain itu, ada juga hidangan popular India & Pakistan iaitu Jeera Rice
yang boleh dimakan bersama Lamb Curry, Beef Kofta dan Bean Masala. Sedap
tau Beef Kofta ni. Dia macam pepes versi daging. Tapi tak dibalut dengan daun
pisang pun. Bayangan rasa dia tu haaa macam pepes.
Pengunjung yang suka makan kambing boleh teruskan keterujaan dengan menikmati
Lamb Flap, Lamb Satay dan Nasi Briyani Kambing. Ada juga Ikan Bakar dan
Ulam-Ulaman di bahagian Asian Special.
Sebut pasal Asian Special, teringat aneka Dimsum yang dihidangkan. Sushi and
Sashimi pun ada. Sedap tu makan tuna, salmon dan tako yang fresh. Pengunjung
yang meminati makanan Jepun confirm serbu bahagian ni kan?
Puas makan yang berat-berat, nak makan hidangan yang ringan sikit pun ada tau
dekat Cafe BLD ni. Tengok gambar tu. Nur cakap dia ringan sebab ada Prawn
Melon, Kerabu Udang, Italian Mussels, Hummus, Salmon Gravlax, Popiah Basah dan
Nyonya Pie Tee.
Tak lupa juga pelbagai jenis pemanis mulut yang Cafe BLD sediakan. Memang
seronok bahagian dessert dekat sini sebab banyak betul jenis kek, kuih
tradisional dan manisan yang disediakan. Tengok gambar je dah teruja kan?
So kalau korang nak datang ke Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel untuk
menikmati Seafood & Barbecue Buffet Dinner boleh check details dekat bawah
ni okay.
Seafood & Barbecue Buffet Dinner
Jumaat & Sabtu
6:30PM - 9:30PM
RM98/seorang
Sebarang pertanyaan sila hubungi,
Cafe BLD : +60738133227
WhatsApp : https://wa.me/60177713327
Tempahan online : http://bit.ly/TableAppCafeBLD
Sebagai pengakhiran kata, kawan-kawan semua jangan lupa kita masih belum
menang. Patuhilah SOP supaya dapat mengekang wabak Covid-19 dari
terus-terusan menular. Makan, makan juga. SOP jangan dilupa ya :)
18 Comments
Kalau makan di R ni memang tak pernah mengecewakan.. apa je laa tema dia, semua sedap kann..
ReplyDeletePstt kasi extra large gambo, lagi mengancam nafsu Nur hahahaha
Semuanya sangat sedapppp wo!!!! This is my favourite place in Johor! Buffet menu yang pasti menyelerakan. huhu
ReplyDeletesegar2 nampak seafood die..wah ada sushi la. sedap nya..dah lama tak makan
ReplyDeleterindu nak jjcm 1 malaysia. salah satunya makan buffet hotel. kalau dekat dah terjah ni haha
ReplyDeleteYummy!!!!!!!!!!!!!!! Sedap nyer seafood BBQ dinner. Paling suka tengok ketam tu. hehehe.
ReplyDeleteSerius nak cakap wowww sangat. Banyak betul pilihan ya. Rindu nak makan best camni , tunggu reda sikit kita pi terjah sebab memang plan nak bawak anak-anak skali
ReplyDeleterindunya nak makan hotel buffet. memang makanan tu semua nampak sedap dan seafood pun segar. tak lama lagi nak puasa, dah boleh plan untuk berbuka
ReplyDeleteNasib la jauh dan masih takleh rentas negeri. Kalau tak, mau ada yang sampai dan pergi makan kat situ hehe
ReplyDeleteAduhhh sedihnya Renaissance Johor Bahru Hotel jauhhhh dari Selangor! Dah excited tengok Beef Brisket dengan Beef Kofta :(
ReplyDeleteMakanan dekat sini mmg sedap2... Sebab penah datang sini makan buffet dia ada event.... So far tak mengecewakan
ReplyDeleteUuuu nampak sedap2 sungguh makanan nya. Tgk baked salmon tu je dah terliur. Bestnya. Bila la dpt pi JB
ReplyDeleteUishhh menu dia semua mengancam! Kalau ke JB nanti boleh try makan kat sini
ReplyDeletePerghh, rindunya nak makan2 buffet macam ni kat hotel.. rasanya tak lama lagi bolehlah merasa ni.. lagi2 Ramadhan is around the corner! sure banyak hotel akan start offer package menarik lepas ni..
ReplyDeletesedapnya..dah lama x makan buffet dekat hotel..tgk hidangan yang ditawarkan semuanya nampak menarik dan sedap
ReplyDeleteAh sedapnya seafood! Padahal Johor ni takde la jauh mana, tapi tu la, apakan daya, takleh rentas negeri. :-(
ReplyDeletewah! banyaknya makanan! ni belum lagi kalau ramadan review mesti lagi banyak kan? hopefully kemeriahan macam ni akan remain sebab kesian tahun lepas banyak f&b yang terkesan
ReplyDeletebest yer makan kat hotel. rindu sangat2 nak penuhi jemputan food review kat hotel.. semua makanan served kat sini memang nampak sedap!
ReplyDeleteHalaahh hallahhhh.... Terliur kita tau tengok gambar awak! Sedap nya.. Bila laaa dapat terjah terbang ke sana. Huhuuu... Serius nampak sedap dan berbaloi dengan harga
ReplyDelete